Pandai Teacher memperkenalkan Class Insight! Paparan satu halaman yang membolehkan cikgu melihat keseluruhan prestasi pelajar dalam semua penilaian yang diberikan.
Berbeza dengan paparan sedia ada di bahagian Class Assessment, Class Insight memberi gambaran menyeluruh dan ringkas tentang siapa yang telah menjawab, skor pelajar, dan corak prestasi dalam kelas. Lebih menarik lagi, cikgu kini boleh klik untuk lihat markah dan jawapan setiap soalan daripada setiap pelajar, secara terus dalam satu paparan! Ini membantu cikgu memahami dengan lebih mendalam cara pelajar berfikir, di mana mereka salah, dan topik mana yang perlu diberi lebih perhatian.
Ciri ini dibangunkan hasil maklum balas dan pemerhatian langsung semasa bengkel bersama guru-guru, di mana ramai yang teruja melihat data penilaian yang dipaparkan dengan begitu jelas dan mudah difahami.
Kenapa Class Insight Penting untuk Cikgu?
- Semuanaya Dalam Satu Laman
Tak perlu klik banyak-banyak! Cikgu boleh tengok prestasi semua pelajar, semua penilaian terus dari satu paparan ringkas. - Lihat Markah & Jawapan Pelajar
Setiap keputusan penilaian pelajar dipaparkan dengan jelas, dan cikgu boleh akses terus setiap jawapan pelajar dalam satu klik. - Kenal Pasti Pelajar Yang Perlukan Bantuan
Dengan maklumat skor dan statistik kelas, cikgu boleh cepat tahu siapa yang sedang ketinggalan dan ambil tindakan awal. - Jimat Masa, Kurang Tekanan
Tak perlu semak satu demi satu penilaian secara manual. Class Insight bantu cikgu buat keputusan berdasarkan data sebenar, dengan lebih cepat dan tepat.
Class Insight bukan sahaja menjimatkan masa, malah menjadikan pemantauan pelajar lebih mudah, pantas dan bermakna. Inilah cara Pandai Teacher menyokong guru sebagai pemacu reformasi pendidikan dengan menyediakan alat yang ringkas tetapi penuh impak.
Cara Menggunakan Class Insight!
Mudah sahaja untuk gunakan ciri Class Insights! Cikgu boleh pergi ke Class (Kelas) dan dapati ‘Class Insights’ menu di sebelah kiri. Log masuk ke Pandai Teacher dan alami sendiri kemudahannya hari ini!
Apakah Pandai Teacher? Platform Pintar Daripada Guru untuk Guru
Dengan pelbagai ciri seperti latihan kuiz automatik, pemarkahan automatik, dan pelaporan yang menyeluruh, Pandai Teacher telah membantu ribuan guru di seluruh Malaysia menjadikan proses pengajaran lebih mudah dan berkesan. Kini, kami tampil dengan satu lagi ciri yang bakal menjadi kegemaran ramai!
Dalam dunia pendidikan moden, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah mengurus penilaian, memantau kemajuan pelajar, dan merancang pembelajaran, semuanya dalam masa yang terhad. Menyedari keperluan guru hari ini, Pandai Teacher hadir sebagai platform pintar yang direka daripada guru, untuk guru.