Site icon Pandai Blog

Program Cuti Sekolah Pandai Daily Funtivities 2025: Jelajah Dunia!

Pandai kembali lagi dengan edisi istimewa Daily Funtivities sempena cuti sekolah September ini! Kali ini, tema yang dipilih ialah ✨ Jelajah Dunia ✨, di mana para pelajar berpeluang menjelajahi budaya, bahasa, makanan, dan seni dari pelbagai negara — semuanya dari bilik anda sendiri!

📅 Tarikh: 17 – 19 September 2025 (Rabu – Jumaat)
🕙 Masa: 10.00AM – 12.00PM & 2.00PM – 4.00PM
👩‍🎓 Peserta: Terbuka kepada semua pelajar
💰 Yuran: Percuma!
👉 Daftar sekarang di: www.pandai.org

Aktiviti Menarik Menanti Anda!

Pelbagai program interaktif menanti anda, daripada seni lukisan makanan Jepun, resipi ringkas dari Perancis, misi angkasa Rusia, keindahan budaya Nusantara, hingga ke asas bahasa Korea. Mari kita lihat jadual penuh:

📌 Jadual Program

TarikhMasaNama ProgramTutorRingkasan AktivitiBahan Diperlukan
17/9/2025 (Rabu)10.00AM – 12.00PMOishii! Rasa Tradisi JepunCikgu MariaSelami budaya makanan Jepun & hasilkan lukisan sushi menggunakan warna air. 🎨🍣Kertas lukisan, set warna air, pensel warna, berus lukisan, air
2.00PM – 4.00PMBonjour, France!Cikgu SakinahKenali budaya & bahasa Perancis, dan cuba resipi tartine — roti Perancis penuh citarasa. 🥖👩‍🍳Roti Perancis/biasa, hirisan tomato & timun, mentega, keju, sapuan coklat
18/9/2025 (Khamis)10.00AM – 12.00PMRussia di AngkasaSir MuzBelajar bahasa Rusia & ketahui bagaimana ia menjadi bahasa rasmi di dunia aeroangkasa! 🌍✨
2.00PM – 4.00PMBayang NusantaraSir Shah & Miss BelleJelajahi budaya Indonesia, kenali wayang kulit, & hasilkan wayang kulit anda sendiri. 🎭✨Kertas A4, pensel warna, pen, gunting, pembaris, gam, cellophane tape
19/9/2025 (Jumaat)10.00AM – 12.00PMAnnyeong, Korea!Miss FeezaTerokai tradisi & bahasa Korea, belajar asas Hangul dan frasa harian yang biasa digunakan. 📝🗣️

Kenapa Sertai Pandai Daily Funtivities?

✔️ Aktiviti interaktif, kreatif & menyeronokkan
✔️ Pendedahan budaya dunia dalam suasana santai
✔️ Belajar kemahiran baru (bahasa, seni, memasak & sains)
✔️ Sesuai untuk semua pelajar – percuma sepenuhnya


Cara-cara untuk join program PDF 2025

Melalui aplikasi Pandai
Log in akaun Pandai.Klik pada poster program yang dipaparkan dalam aplikasi Pandai pada hari program.Poster tersebut hanya akan dipaparkan mengikut tarikh dan masa program.

Melalui web Pandai
Log in akaun Pandai anda melalui web.Klik pada poster program yang dipaparkan di bahagian ‘home’ pada hari program.Poster tersebut hanya akan dipaparkan mengikut tarikh dan masa program.

Jangan lepaskan peluang untuk menjelajah dunia bersama Pandai dalam cuti sekolah kali ini. Tempat adalah terhad – pastikan anda daftar segera di 👉 www.pandai.org

Exit mobile version