Site icon Pandai Blog

Program Cuti Sekolah: Pandai Daily Funtivities Kembali Lagi!

Young Pandai dah bersedia untuk isi masa lapang dengan aktiviti yang menarik? Kalau tak ada apa-apa rancangan lagi, jom sertai pelbagai aktiviti menarik dalam Pandai Daily Funtivities kali ini! Program Cuti Sekolah PDF Semarak Merdeka ini khas untuk belajar kemahiran baru bersama tutor-tutor Pandai! Kebetulan juga cuti sekolah kali ini dekat-dekat dengan hari kebangsaan negara kita, jadi kali ni dia jadi extra menarik! 😜

Program PDF Semarak Merdeka ni terbuka kepada siapa?

Pandai Daily Funtivities terbuka kepada SEMUA pelajar di seluruh Malaysia dari darjah 1 sehingga tingkatan 5 secara PERCUMA! PDF Semarak Merdeka akan bermula dari 28 Ogos 2023 sehingga 30 Ogos 2023.

Ada aktiviti apa dalam PDF Semarak Merdeka?

Program Cuti Sekolah PDF Semarak Merdeka kali ini akan menawarkan 6 kelas yang berbeza bersama tutor-tutor Pandai. Yang lebih menarik, aktiviti-aktiviti kali ini mempunyai elemen yang bertemakan kemerdekaan sempena menyemarakkan lagi semangat patriotisma di bulan kemerdekaan kita! Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah:

  1. Bedah Filem: Mat Kilau bersama Sir Azri
  2. Reka-reki Canva: Edisi Merdeka bersama Cikgu Irfan & Cikgu Izham
  3. Puisi Merdeka buat Anakanda bersama Cikgu Man
  4. Jom Buat Tengkolok! bersama Sir Shah & Teacher Atiqah
  5. Senjata Perang Alam Melayu bersama Cikgu Sakinah
  6. Puppet Show: Pakaian Tradisional Kita bersama Teacher Zahida & Teacher Dini

Buka sekolah nanti, bolehlah berkongsi pengetahuan baru dengan kawan-kawan baru!

ProgramTarikhHariMasa
Bedah Filem: Mat Kilau28 OgosIsnin10AM – 12PM
Senjata Perang Alam Melayu28 OgosIsnin3PM – 5PM
Puisi Merdeka untuk Anakanda29 OgosSelasa10AM – 12PM
Jom Buat Tengkolok29 OgosSelasa3PM – 5PM
Reka-reki Canva: Edisi Merdeka30 OgosRabu10AM – 12PM
Puppet Show: Pakaian Traditional Kita30 OgosRabu3PM – 5PM
Jadual PDF 6.0

Jom sertai Pandai Daily Funtivities!

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang menarik untuk belajar sambil have fun! Layari go.pandai.org/cutisekolah untuk info lebih lanjut.


Log masuk atau daftar di www.pandai.org 
Muat turun Pandai di Google Play or App Store.
Follow Pandai di sosial media untuk info lebih lanjut!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial ; @youngpandai ; @youngpandaijr
Blog: blog.pandai.org
#SenangJeNakPandai

Exit mobile version