Bimbang dengan persediaan SPM yang belum mencukupi? Perlukan strategi skor SPM pada saat-saat akhir? Subjek-subjek lemah masih menjadi halangan? Ingin Tahu Strategi Latihan yang berkesan? Jangan risau, Pandai ada berita baik untuk anda! Hai, calon-calon SPM! peperiksaan sudah semakin hampir, masa juga semakin suntuk. Adakah anda sudah bersedia untuk membuat lonjakan terakhir sebagai persediaan SPM ? The Last Push yang dibawakan khas oleh dua motivator profesional mampu membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh anda!
Apa itu “The Last Push SPM?”
“The Last Push SPM” dihasilkan untuk membantu pelajar memaksimumkan persediaan sebelum menjelang SPM dengan memberi tumpuan kepada beberapa aspek kritikal. Pelajar akan dibimbing untuk melakukan persediaan yang maksimum bagi membolehkan mereka merangka strategi pembelajaran yang berkesan.
Kenali Motivator Anda
Dr. Shukri Abdullah
Temui Dr. Shukri Abdullah, motivator berpengalaman dalam bidang pendidikan serta memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang akademik! Memulakan kerjaya di Universiti Sains Malaysia (USM), beliau pernah memegang jawatan sebagai Profesor Madya dan Timbalan Dekan. Sejak tahun 1992, Dr. Shukri telah menganjurkan banyak Seminar Strategi dan Kemahiran Belajar bukan sahaja di Malaysia malahan juga di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan pengarang bagi 9 buah buku motivasi antaranya “Melekat Pada Gajet” dan “Genius Guna Gajet”
Dr. Siti Rokhmah
Beliau memegang ijazah dan MA dalam bidang Sains Komputer dan Ph.D. daripada University of Birmingham United Kingdom dengan pengkhususan dalam bidang aplikasi komputer dan psikologi. Beliau pernah menjadi pensyarah sains komputer di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan turut terlibat dalam projek Big Data bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyelidikannya tentang pengaruh gajet komputer terhadap kanak-kanak, membawa sumber ilmu yang penting dalam konteks pendidikan dan pembelajaran digital.
Ketahui Kelebihan yang Anda Akan Peroleh Melalui Kelas Ini
- Strategi Penetapan Sasaran Berkesan
Membantu anda menetapkan matlamat yang jelas dan realistik untuk perancangan lonjakan terakhir. - Pemikiran Positif
Bina keyakinan dan strategi khusus untuk menghadapi cabaran akhir sebelum peperiksaan. - Teknik Mengatasi Subjek Lemah
Membekalkan strategi khusus untuk menangani subjek yang lemah - Strategi Menjawab Soalan
Kuasai cara menjawab soalan dengan tepat, cepat, dan hebat. - Pengurusan Emosi & Daya Ingatan
Memberi bimbingan mengawal emosi dan mengukuhkan daya ingatan bagi menghadapi SPM
Kelas ini dilengkapi dengan strategi lonjakan terakhir yang menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan SPM dengan cemerlang. Kelas ini dilengkapi 11 video merangkumi pelbagai topik yang mampu memberikan memberikan manfaat kepada pelajar. Antaranya
SASARAN SPM
TANGANI SUBJEK LEMAH
STRATEGI LATIHAN
TINDAKAN SEKITAR HARI PEPERIKSAAN
TO BE GREAT
JAWAB DENGAN TEPAT, CEPAT DAN HEBAT
URUS MASA HADAPI PEPERIKSAAN
TIPS KUKUH INGATAN
EMOSI POSITIF HADAPI PEPERIKSAAN
Bagaimana untuk sertai kelas ini?
- Muat Turun Aplikasi Pandai dan Log Masuk
- Pastikan aplikasi Pandai telah dimuat turun di peranti anda. Jika belum, anda boleh memuat turun melalui App Store atau Google Play. Pandai juga boleh diakses di web browser anda. Daftar sekarang di Pandai untuk mendapatkan akses kepada modul terbaru ini.
- Modul ini tersedia di dalam aplikasi Pandai. Mulakan carian modul ini pada bahagian menu ‘Kelas’ yang bertajuk The Last Push For SPM
- Lakukan pembayaran untuk mengakses kesemua modul
- Ikuti Setiap video beserta kuiz dan dapatkan sijil anda
Klik link di bawah dan daftar untuk sertai kelas!
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial