Adik-adik yang tengah cuti sekolah ni mesti bosan nak ulang-kaji pelajaran kan? Maklumlah, mood belajar pun dah tak ada sangat, apatah lagi nak buka buku, betul tak? Adik-adik sedar tak, dengan menggunakan Spotify, Joox dan Apple Music untuk mendengar lagu, ianya membantu adik-adik untuk belajar sesuatu perkataan baru? Haaa, mesti adik-adik tak sedar kan sebelum ni? Haaa meh, Team Pandai kongsikan tiga faedah menggunakan lagu dalam pembelajaran.
1. Mengembangkan Kosa Kata
Tahu tak, dengan mendengar lagu, adik-adik dapat mengembangkan kosa kata yang boleh digunapakai dalam pembelajaran, contohnya dalam penulisan karangan. Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata. Kadang-kadang, adik-adik tak sedar pun yang adik-adik belajar sesuatu perkataan baru yang mungkin tidak familiar sebelum ni. Bila fikir balik, seronok kan? Ya lah, sambil berhibur, adik-adik pun dapat belajar sesuatu ilmu baru. Tak lah rasa stress sangat, betul tak? Haaaa kalau adik-adik nak tau, kosa kata dalam lagu biasanya bersifat puitis, oleh itu, ia dapat membantu penulisan adik-adik menjadi lebih kreatif. Tapi ingat, pastikan lagu yang adik-adik dengar tu menggunakan laras bahasa yang standard, tak kiralah bahasa apa sekalipun tau!
2. Meningkatkan Daya Ingatan
Secara amnya, sifat lagu mempunyai melodi yang menarik dan lirik yang mudah diingati. Adik-adik tahu tak, melodi lagu yang menarik dapat membantu merangsang daya ingatan. Dengan menggunakan lagu sebagai alat bantu belajar, adik-adik sebenarnya dapat mengingati sesuatu perkataan baharu dengan lebih mudah. Sebagai contoh, kalau adik-adik perasan, lagu biasanya mempunyai pengulangan perkataan dan frasa-frasa yang membantu mengukuhkan ingatan jangka panjang. Lagipun, lagu boleh membuatkan situasi belajar lebih menyeronokkan dan menciptakan mood belajar yang lebih santai. Menarik tak?
3. Meningkatkan Kemahiran Berbahasa
Mendengar dan menyanyikan lagu dapat membantu meningkatkan kemahiran berbahasa, termasuklah tatabahasa, sebutan dan pembendaharaan kosa kata. Kalau adik-adik nak tahu, kemahiran tersebut sangatlah penting untuk adik-adik skor dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Inggeris dan pelbagai subjek bahasa yang lain. Selain daripada menggunakan lagu, Pandai juga boleh membantu adik-adik meningkatkan kemahiran bahasa tau! Kalau adik-adik nak tau, sempena dengan Seminar Permulaan Baru, tutor-tutor Pandai akan membantu adik-adik semua bersiap-sedia sebelum melangkah ke sesi persekolahan yang baru. Kiranya, adik-adik boleh kukuhkan basic sebelum naik ke darjah atau tingkatan yang seterusnya. Excited tak? Kalau adik-adik berminat nak join, boleh subscribe ke Pandai premium!
Secara keseluruhannya, pembelajaran pada masa kini dapat dilakukan dengan mudah, khususnya buat adik-adik yang suka menghabiskan masa dengan telefon bimbit. Sambil berseronok dengar lagu, kita juga dapat mempelajari sesuatu yang baru. Tapi lagi seronok kalau adik-adik belajar dengan Pandai tau! Nak nota? Nak kuiz? Nak live tuition? Semua ada tau! Tunggu apa lagi, sekolah pun dah nak buka nanti, jadi… jom jadi pandai!
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial