Sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita pada tahun 2020, pelbagai pembaharuan yang perlu kita lalui terutama dari segi sektor pendidikan. Kita bukan sahaja tidak boleh pergi ke sekolah malah kita perlu bersedia dan membiasakan diri dengan belajar secara online. Jadi, kebanyakan ibu bapa, pelajar dan guru sendiri akan mencari pelbagai aplikasi pembelajaran online yang boleh digunakan dalam melaksanakan pembelajaran online memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih.
Keadaan ini mengakibatkan semua pelajar terpaksa menormalisasikan diri mereka agar belajar melalui atas talian.
Walaupun sesi persekolahan kini kembali secara bersemuka, pembelajaran online masih kekal relevan pada tahun 2025 kerana ia memberi fleksibiliti, akses tanpa batasan lokasi, dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Ramai guru dan ibu bapa kini terus menggunakan aplikasi digital sebagai alat tambahan untuk ulang kaji, persediaan peperiksaan, serta aktiviti bilik darjah.
Apakah maksud Aplikasi?
Maksud aplikasi berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah satu atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu. Dengan wujudnya aplikasi, pengguna dapat menyampaikan maklumat atau menjalankan tugasan secara maya dengan lebih mudah.
Manfaat Aplikasi Pembelajaran Online
- Mampu menarik minat pelajar ketika sesi pembelajaran online.
- Mengukur tahap kefahaman pelajar tentang topik yang diajar.
- Mendedahkan pelajar dengan teknologi digital.
- Memudahkan ibu bapa memantau prestasi anak melalui analitik atau rekod capaian.
Jenis-Jenis Aplikasi Pembelajaran Online
Antara aplikasi yang popular dalam kalangan guru di Malaysia ialah WhatsApp, Telegram, Google Meet, Google Classroom dan Zoom. Semua aplikasi ini kerap digunakan kerana mudah diselenggara serta mampu menampung bilangan pelajar yang ramai.
Namun, selain aplikasi tersebut, terdapat juga beberapa platform lain yang semakin mendapat perhatian kerana ciri-ciri interaktif dan mudah digunakan. Berikut adalah 4 aplikasi pembelajaran online yang boleh dimanfaatkan oleh guru, ibu bapa dan pelajar di Malaysia:
Kahoot merupakan satu aplikasi permainan yang mampu menarik fokus pelajar dan mengukur tahap pemahaman mereka terhadap pembelajaran. Lebih menarik lagi, aplikasi ini membolehkan para guru untuk membina soalan dan jawapan sendiri berdasarkan topik yang diajar pada hari tersebut. Selain itu, guru juga boleh membina soalan dengan memasukkan audio, video atau rajah yang berkaitan dengan soalan yang ingin ditanya.
Kelebihan Kahoot:
- Mudah digunakan.
- Percuma sepanjang penggunaan.
- Sesuai untuk aktiviti kuiz berpasukan.
Ramai guru di Malaysia kini menggunakan Kahoot untuk menjadikan kelas lebih menyeronokkan, terutamanya dalam sesi ulang kaji menjelang peperiksaan.
2. Pandai
Pandai adalah aplikasi pembelajaran yang sangat aktif digunakan oleh pelajar-pelajar kita buat masa ini dan ianya boleh didapati secara percuma atau berbayar. Walaubagaimanapun, pelajar masih boleh menggunakan secara percuma kerana Pandai dapat membantu pelajar menjawab soalan dalam mengulangkaji pelajaran mereka setiap hari dengan adanya kuiz, soalan-soalan ujian, soalan topikal dan banyak lagi.
Apa yang bagus, jawapan dan penerangan disediakan dan sangat lengkap. Ianya memudahkan pelajar untuk belajar dari kesilapan. Jangan risau, semua soalan dalam Pandai sentiasa dikemas kini mengikut silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dalam Pandai ini juga, ibu bapa boleh ‘track performance’ anak-anak mereka sendiri.
Fungsi utama Pandai:
- Kuiz harian, soalan ujian topikal, peperiksaan percubaan.
- Jawapan lengkap dengan penerangan terperinci.
- Persediaan untuk peperiksaan utama seperti UASA, PKSK, dan SPM.
- Live Tuition bersama tutor berpengalaman.
- Analitik prestasi untuk pelajar dan pemantauan ibu bapa.
- Gamifikasi seperti leaderboard, streak harian, dan battle quiz.
Apa lagi, anda semua boleh muat turun aplikasi Pandai di Google Play atau App Store. Lawati juga www.pandai.org untuk maklumat lanjut. Pendaftaran adalah percuma! Selamat belajar!
3. Google Form
Google Form adalah salah satu aplikasi percuma di bawah Google. Aplikasi ini mesra pengguna kerana terdapat pelbagai fungsi untuk memanfaatkannya. Contohnya, dalam bidang penyelidikan, kebiasaannya para penyelidik menggunakan aplikasi ini untuk membuat tinjauan soal jawab tentang penyelidikan mereka.
Begitu juga fungsinya dalam bidang pendidikan. Guru-guru boleh menggunakan Google Form untuk mereka soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Bezanya dengan aplikasi yang lain adalah Google Form ini kelihatan sedikit formal dan hanya boleh memasukkan rajah ketika membina soalan.
Kelebihan Google Form:
- Membolehkan guru membina soalan kuiz atau ujian.
- Mudah untuk mengumpul data dan analisis automatik.
- Kini boleh diintegrasikan dengan Google Classroom bagi memudahkan pengurusan tugasan.
Walaupun kelihatan formal dan terhad kepada teks serta rajah, Google Form tetap menjadi pilihan untuk ujian pantas atau soal selidik.
4. Wordwall
Wordwall adalah aplikasi yang memberi lima template percubaan secara percuma dan yang paling menarik adalah permainan pembelajaran di dalam aplikasi ini jarang-jarang dijumpai di dalam aplikasi lain. Anda hanya perlu mendaftar akaun menggunakan emel anda dan anda boleh menggunakan semua template yang tersedia. Antara template yang terdapat di dalam Wordwall adalah Unjumble, Word Search, Random Wheel dan banyak lagi.
Aplikasi ini sesuai digunakan untuk pelbagai subjek termasuklah subjek Bahasa Arab kerana ia membenarkan untuk menggunakan tulisan jawi semasa membina soalan dan jawapan.
Kami berharap agar artikel ini mampu membantu pelajar, ibu bapa dan guru untuk menjadi lebih kritis dan kreatif untuk pembelajaran online nanti. Selamat mencuba!