Site icon Pandai Blog

5 Amalan yang Bermanfaat di Bulan Ramadan

Assalamualaikum semua! Macam mana Ramadan setakat ni? Okay tak berpuasa? Mesti semua tertanya-tanya apa amalan atau perkara yang kita boleh amalkan semasa bulan Ramadan ini, kan?

Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dalam agama Islam. Umat Islam berpuasa sepanjang hari dan beribadat dengan lebih kerap. Ramadan juga menjadi bulan yang membawa pelbagai kebaikan seperti meningkatkan kesabaran, memperdalam hubungan kita denga Tuhan secara spiritual. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan bulan di mana keberkatan dan kemurahan rezeki dikurniakan dengan lebih melimpah. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya agar dapat merasai keberkatan dan keindahan bulan suci ini.

Hari ini kami ingin kongsikan 5 amalan yang bermanfaat untuk kita semua dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini!

1. Tadarus Al-Quran

Pertama sekali, amalan yang sangat baik untuk kita lakukan pada bulan Ramadan adalah tadarus Al-Quran. Membaca Al-Quran bukan hanya membantu kita untuk memperbaiki penghayatan dan pengamalan Islam kita, tetapi juga menjadi amalan yang sangat baik untuk meningkatkan kesabaran dan keimanan kita. Sebaik-baiknya, kita membaca Al-Quran sebanyak satu juzuk sehari, dan menghayati maksud-maksud yang terkandung di dalamnya.

Kita juga boleh bertadarus Al-Quran secara dalam kumpulan. Contohnya, di sekolah selalunya mempunyai program tambahan seperti kelas Tasmik atau program khatam Al-Quran sepanjang bulan puasa. Selain itu juga, kita boleh mengamalkan tadarus Al-Quran setelah sesi sekolah bersama rakan-rakan ataupun di rumah bersama keluarga tersayang. Bertadarus Al-Quran secara asasnya mempunyai banyak manfaat, tetapi ia menjadi berlipat kali ganda jika diaamalkan dalam bulan Ramadan. Jadi jangan lupa untuk mengambil bahagian dalam tadarus Al-Quran!

Selain daripada itu, ada juga aplikasi mudah alih yang boleh membantu kita untuk memudahkan dan mengembangkan amalan membaca Al-Quran kita. Antara aplikasi tersebut ialah iQuran, Muslim Pro, dan Quran Majeed. Ini adalah beberapa aplikasi yang dapat membantu kita untuk membaca Al-Quran di mana saja dan pada bila-bila masa.

2. Solat Tarawih

Kita semua maklum denken solat tarawih sepanjang bulan Ramadan. Solat tarawih adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak dan boleh dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau di rumah. Solat tarawih membantu kita untuk meningkatkan kekhusyukan dan konsentrasi dalam beribadat. Selain membantu kita untuk memperbaiki solat kita, solat tarawih juga dapat membantu kita mengurangkan stres dan meningkatkan kesabaran kita.

Amalan solat tarawih pada bulan Ramadan memang memerlukan kesungguhan dan tekad yang kuat. Sama seperti tadarus Al-Quran, solat terawih lebih digalakkan dan meriah jika diamalakan secara berjemaah di masjid mahupun rumah. Jumlah rakaat yang selalu diamalkan adalah 8 rakaat. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada kemampuan masing-masing untuk melakukan lebih atau kurang!

Untuk memudahkan pelaksanaan solat tarawih di rumah, kita juga boleh memuat turun aplikasi seperti Muslim Pro atau Ramadan 2023 untuk mengetahui waktu solat terkini serta memudahkan kita untuk mengikut panduan solat. Selain itu, aplikasi ini juga boleh membantu kita menghitung jumlah rakaat solat tarawih yang kita lakukan.

3. Bersedekah

Amalan yang bermanfaat untuk dipraktikkan sepanjang Ramadan adalah bersedekah. Amalan ini sudah sedia maklum dan sangat popular di kalangan masyarakat kita. Sudan menjadi sifat orang Malaysia yang suka memberi! Bersedekah adalah satu amalan yang sangat mulia dan digalakkan sepanjang bulan Ramadan. Bulan Ramadan itu sendiri bertujuan untuk memahami situasi orang yang tidak berkemampuan. Jadi bersedekah ini diamalkan untuk mempertingkatkan lagi niat dan kualiti ibadah kita.

Bersedekah ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk bukan duit semata-mata. Bersedekah bermaksud memberi sesuatu dengan suka rela untuk membantu orang lain yang memerlukan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, tetapi juga memberi kebaikan kepada diri kita sendiri. Contohnya,kita boleh menyumbangkan makanan atau pakaian yang masih layak pakai kepada mereka yang memerlukan, sebagai satu bentuk bersedekah yang sangat baik.

Kita juga boleh meningkatkan amalan bersedekah dengan memberi sedekah pada waktu-waktu tertentu seperti menjelang waktu berbuka. Contohnya menyumbang tenaga dalam persediaan makanan dalam komuniti dan berkongsi juadah berbuka puasa bersama-sama. Selagi niat kita suci dan bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sudah memadai. Malahan, memberi beberapa biji kurma kepada mereka yang ingin berbuka puasa juga dikira amalan yang mulia!

4. Bersahur

Amalan yang seterusnya yang kita semua patut lakukan sepanjang bulan Ramadan ialah bersahur. Kita semua tahu bersahur tu sangat dalam bulan Ramadan ni! Bersahur merupakan makan sebelum fajar waktu pagi atau sebelum waktu solat subuh. Tujuan kita makan sebelum waktu subuh ni untuk dapatkan tenaga dan kekuatan untuk berpuasa sepanjang hari. Bersahur ini boleh dikatakan langkah yang paling asas dan penting sebagai persediaan untuk berpuasa.

Bangun sahur di awal pagi memang boleh jadi suatu yang mencabar. Terapi, tahukah anda, mengakhirkan bersahur atau melewatkan proses bersahur adalah digalakkan? Ramai yang mengambil mudah dan bersahur awal seperti makan lewat malam atau pada waktu yang terlalu awal. Kita selalunya terlelap setelah bersahur di mana tidur selepas makan adalah tidak elok untuk kesihatan. Dilewatkan di sini maksudnya bersahur dekat dengan waktu solat subuh. Hal ini untuk memudahkan kita bersiap solat Subuh dan menjalani hari tersebut.

Dengan bangun bersahur juga maka kita dapat menggunakan waktu yang singkat itu dengan efektif. Jadi, jangan lupa untuk amalkan bersahur sepanjang bulan Ramadan ini!

5. Menyegerakan berbuka

Seterusnya, untuk amalan yang kelima dan terakhir ini, semua sedia maklum yang kita harus berbuka puasa. Waktu yang paling dinanti-nantikan setelah azan maghrib berkumandang! Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu yang kita sepatutnya menyegerakan berbuka puasa! Menyegerakan berbuka adalah suatu sunnah yang memberi kita keringanan dan kemudahan bagi melakukan aktiviti di baki hari. Ini untuk memastikna kita lebih fokus dan bertenaga untuk membuat ibadah setelah waktu maghrib seperti solat terawih dan membaca Al-Quran.

Selain menyegerakan berbuka puasa, kita juga boleh berbuka mengikut sunnah dengan buah tamar iaitu kurma dan air ataupun dengan sesuatu yang manis. Hal ini kerana, sesetengah ulama berpendapat yang puasa mengurangkan tenaga dan boleh menjejaskan penglihatan kita. Jadi, untuk membantu pulihkan penglihatan kita semasa berbuka, kurma adalah salah satu pilihan terbaik untuk dimakan semasa berbuka.

Tetapi kami faham ada sesetengah yang tidak berapa suka makan kurma, jangan risau, ada lagi satu pilihan lain yang hampir sama kesannya – makanan manis! Samada nak makan kek, kuih atau minum jus buah-buahan yang manis-manis, semua boleh membantu pulihkan penglihatan kita. Kita juga boleh menambah baik keadaan ni dengan hanya seteguk air. Yep, air kosong memang asas dan ringkas, tapi kalau kita bersyukur dan makan dengan penuh kesederhanaan, berkatnya akan datang dengan sendirinya. Jadi, jangan lupa berbuka dengan segera, penuh syukur dan kesederhanaan, okay!

Selamat menunaikan ibadah berpuasa!

Kesimpulannya, bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemurahan daripada Tuhan buat yang beragama Islam. Oleh itu, kita harus memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan kesedaran dan kecintaan kita pada agama dan Tuhan. Semoga kita dapat memperoleh keberkatan dan keredhaan Allah melalui amalan-amalan ini. Jangan lupa untuk selalu menjaga kesihatan dan kebersihan diri semasa berpuasa. Ambillah masa untuk berehat dan beribadat dengan penuh kesedaran dan ketenangan hati. Selamat menyambut bulan Ramadan!

Log in or Sign Up at www.pandai.org 
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether

Exit mobile version