Game, game, game! Siapa je tak suka main game? Best dan tak membosankan. Tapi, sebagai pelajar sekolah, sangat senang untuk kita tenggelam dan leka dengan main game.
Dalam era digital 2025, banyak aplikasi yang menggabungkan elemen permainan dengan pembelajaran, menjadikan belajar lebih interaktif dan seronok. Jom tengok 5 aplikasi popular yang boleh dicuba untuk main sambil belajar!
1. Pandai App
Pandai menawarkan Quiz Battle yang sangat disyorkan kalau adik-adik nak main sambil belajar! Pembelajaran dalam aplikasi Pandai berasakan permainan yang melibatkan pertandingan yang boleh kita fahami konsep-konsep dengan lebih mendalam.
Selain itu, Pandai kini mempunyai:
- Battle Quiz & Leaderboards untuk bersaing dengan kawan-kawan.
- Daily Streaks & Gamification untuk kekal konsisten.
- Live Tuition & modul UASA, PKSK, SPM untuk persediaan peperiksaan.
Pandai bukan sekadar aplikasi kuiz, tapi juga bantu pelajar membina keyakinan, mengasah bakat, dan mengembangkan kemahiran akademik mereka.
Muat turun Pandai di Google Play atau App Store. Daftar percuma sekarang hanya di www.pandai.org.
2. Kahoot!
Kahoot! ni memang jadi pilihan popular untuk guru-guru kat sekolah. Kenapa? Sebab aplikasi ini buat pembelajaran jadi lebih seronok dengan cara main game. Dengan Kahoot!, kita boleh main sendiri atau bersaing dengan kawan-kawan dalam kelas atau pun di rumah. Dalam proses ni, kita boleh pilih untuk belajar pelbagai topik samada subjek yang kita belajar di sekolah – macam matematik, sejarah, sains, atau belajar tentang perkara umum yang entertaining!
Kahoot kini juga menyokong integrasi dengan Google Classroom untuk memudahkan guru mengurus aktiviti.
3. Duolingo
Pernah rasa nak belajar bahasa asing tak? Teringin nak faham apa orang Sepanyol maksudkan bila mereka kata que pasa? Haha! Kita boleh cuba guna aplikasi Duolingo. Aplikasi ini menawarkan pembelajaran pelbagai bahasa dengan cara yang santai dan menyeronokkan. Tak kira kalau kita nak belajar Bahasa Inggeris, Mandarin, atau bahasa Arab sekali pun, Duolingo boleh bantu!
Kini terdapat juga Duolingo Math & Duolingo Music sebagai tambahan pembelajaran kreatif selain bahasa.
4. BrainPOP
BrainPOP merupakan homepage untuk GameUp, portal di mana kita boleh kenali subjek-subjek yang berasaskan kurikulum melalui coding puzzles, dan pelbagai jenis cabaran yang boleh tingkatkan kemahiran sosial dan emosi kita. Ia ada pelbagai video pendek yang ajar tentang sains, sejarah, matematik, dan banyak lagi. Pasti takkan bosanlah sebab animasi comel dalam video tu akan buat kita rasa best nak belajar.
Kelebihan BrainPOP ialah fokus kepada kemahiran sosial dan emosi (SEL) di samping subjek akademik — sesuai untuk pelajar abad ke-21.
5. Quizlet
Quizlet memudahkan persediaan untuk ujian dengan membenarkan kita latih mengingat sebanyak mungkin menggunakan set kad flash di telefon atau komputer. Aplikasi ini menawarkan pelbagai kaedah ujian, termasuk multiple choice question, soalan true or false, dan terdapat pelbagai set permainan yang pelajar lain hasilkan dengan audio background yang menarik!
Kini Quizlet menggunakan AI Learning Assistant untuk membantu pelajar mengingat fakta dengan lebih efektif, menjadikannya alat yang lebih pintar untuk persediaan peperiksaan.
Dengan aplikasi-aplikasi ini, pelajar bukan sahaja boleh bermain tetapi juga menambah ilmu pengetahuan dengan cara yang menyeronokkan.
Nak belajar sambil bermain di Malaysia? Senang je nak apa? Senang je nak Pandai!
Log in or Sign Up at www.pandai.org | Download Pandai App now via Google Play or App Store
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook | Twitter | Tiktok | Instagram
#SenangJeNakPandai