Site icon Pandai Blog

Bagaimana Matematik Digunakan Dalam Kehidupan Seharian?

Ramai pelajar rasa matematik itu susah, membosankan dan “tak nampak kegunaannya dalam dunia sebenar.” Tapi sebenarnya, kita semua guna matematik setiap hari tanpa sedar! Dari waktu kita bangun pagi, beli sarapan, masak makan malam, sampai la urus bajet bulanan dan semuanya perlukan matematik.

Jom kita tengok, kat mana matematik ‘menyelinap’ masuk dalam kehidupan kita:

1. Dalam Beli-Belah & Urus Duit Poket

Sumber dari Harian Metro

Bayangkan anda pergi kedai dengan RM10. Anda nak beli air kotak RM2.20 dan roti RM3.80. Cukup ke duit? Perlu kira betul-betul sebelum bayar supaya tak malu di kaunter!

Setiap kali kita keluar beli barang, kita sebenarnya guna:

Bila bijak kira, kita jadi pengguna yang bijak dan tak mudah terpedaya dengan harga promosi palsu.

2. Dalam Memasak & Sukatan Resipi

Masak bukan sekadar “campak-campak je.” Kalau ikut resipi betul-betul, matematik sangat penting!

Contoh:

Kalau pakai termometer atau ketuhar, kita guna suhu dalam darjah Celsius dan masa dalam minit.

Kalau tersilap kira, kek boleh bantat, atau kari jadi terlalu masin. Jadi, matematik = kunci masakan yang sedap!

3. Dalam Sukan & Skor Perlawanan

Minat bola sepak, badminton, atau e-sukan?

Contoh mudah:

Dalam bola keranjang, kita guna statistik pemain: purata mata setiap game, jumlah rebound, dan kadar kejayaan tembakan.

Malah, strategi permainan banyak bergantung kepada analisis data dan logik nombor. Jurulatih profesional guna matematik untuk rancang strategi menang!

4. Dalam Ibadah Harian Seperti Solat

Ini yang ramai tak sangka, matematik juga penting dalam ibadah harian umat Islam.

Ia menunjukkan bahawa Islam juga menghargai ilmu kira-kira dalam kehidupan dan ibadah.

5. Dalam Teknologi & Coding

Sumber dari Sirap Limau

Coding dan teknologi memang tak lari dari matematik. Kadang-kadang kita tak nampak, tapi ia sangat asas dalam dunia digital sekarang.

Contoh:

Tak hairanlah ramai yang masuk bidang teknologi mesti ada asas matematik kukuh.

6. Dalam Kehidupan Harian Yang Kita Tak Sangka

Kadang-kadang, kita guna matematik secara automatik tanpa sedar pun!

Contohnya:

Walaupun kecil, semua ini bantu kita jadi lebih tersusun dan rasional dalam membuat keputusan.

Kesimpulan: Matematik Itu Hidup, Bukan Hanya Subjek

Sumber dari Math Tour

Matematik bukanlah sesuatu yang asing atau hanya terhad dalam buku teks, ia wujud dalam setiap aspek kehidupan kita. Dari makanan yang kita masak, keputusan yang kita buat, urusan kewangan harian, hinggalah kepada cara kita merancang masa depan, semuanya melibatkan matematik. Dengan menguasai asas matematik, pelajar bukan sahaja dapat lulus peperiksaan, malah akan menjadi individu yang lebih bijak membuat keputusan, lebih cekap mengurus kewangan, lebih memahami teknologi masa kini, dan lebih bersedia menghadapi cabaran dunia kerjaya. Pendek kata, matematik bukan sekadar kira-kira,  ia adalah kemahiran hidup.

Tak pandai sangat matematik? Tak apa! PBOT sedia bantu anda kira, faham dan ulangkaji!
📲 Muat turun Pandai App sekarang dan cuba PBOT hari ini!

Sumber

  1. Rahim, R. N. R. (2020, March 17). Pasaraya Mydin Buka Kaunter Khas Oku, Warga Emas. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/555553/pasaraya-mydin-buka-kaunter-khas-oku-warga-emas 
  2. Roselan, N. (2025, February 13). Kalkulator Casio Sekolah yang tunjuk jalan Kira Lebih bagus. SirapLimau.com. https://siraplimau.com/kalkulator-casio-model-paling-tepat-pengiraan/ 
  3. Unknown. (n.d.). Apa Itu Matematik?. Apa itu matematik? https://thelittlenaddy.blogspot.com/2015/07/apa-itu-matematik.html 
Exit mobile version