Setiap kali Ramadan menjelma, mesti ramai yang teruja nak ke bazaar Ramadan, kan? Memang seronok tengok deretan gerai menjual pelbagai juadah tradisional, kuih-muih, dan makanan viral yang menggoda selera. Tapi pernah tak korang sedar, kadang-kadang kita terbeli lebih daripada keperluan—sampai duit pun lesap sebelum habis bulan?
Jadi, betul ke bazaar Ramadan ni syurga makanan, atau sebenarnya perangkap yang boleh buat poket bocor?
So, Bazaar Ramadan tu Heaven atau Perangkap?
Kenapa bazaar Ramadan best? Tak dinafikan, bazaar Ramadan memang ada banyak kelebihan untuk orang yang berpuasa. Salah satunya adalah kepelbagaian makanan. Dari nasi kerabu ke roti john, semuanya ada dalam satu tempat. Air jangan cakap la, tak terkira balang dengan warna yang menarik lagi. Selain itu, ia sangat memudahkan terutama bagi mereka yang sibuk bekerja dan tak sempat memasak, jadi bazaar jadi penyelamat waktu berbuka. Paling penting, dengan membeli di bazaar, kita juga dapat menyokong peniaga tempatan yang mencari rezeki lebih di bulan Ramadan.
dannn…kenapa bazaar Ramadan boleh jadi punca poket bocor? Tanpa perancangan, bazaar boleh jadi tempat “membazir” duit. Kadang-kadang kita terbeli makanan bukan sebab lapar, tapi sebab semua nampak sedap! Akhirnya, banyak makanan terbeli dan tak habis makan. Selain itu, ada juga makanan yang dijual dengan harga lebih mahal berbanding kalau kita masak sendiri dekat rumah. Kadang tu lagi mahal dari foodfest! Bila dah teruja membeli, kita tak sedar duit makin susut, dan akhirnya menyesal sebab perbelanjaan dah terlebih daripada bajet.
Macam mana nak shopping dengan bijak?
Supaya tak “terbabas” di bazaar, cuba ikut tips ni:
#1 Set Bajet
Sebelum keluar rumah, tetapkan limit belanja supaya tak terlebih shopping. Bila ada bajet yang jelas, korang akan lebih berhati-hati untuk berbelanja dan elakkan pembelian impulsif yang boleh mengosongkan dompet tanpa sedar. Challenge diri untuk bawa RM10 je.
#2 Survey Harga
Jangan terus beli di gerai pertama yang korang jumpa. Pusing dulu bazaar tu, bandingkan harga dan pastikan korang dapat makanan yang berbaloi dengan harga yang dibayar. Kadang-kadang, gerai sebelah jual benda yang sama tapi lebih murah! Bazirlah kan kalau beli mahal-mahal lepastu tak sedap.
#3 Beli ikut keperluan
Ingat, beli makanan yang pasti di makan. Jangan sebab excited, beli terlalu banyak sampai akhirnya membazir. Jangan terlalu ikut nafsu. Lebih baik beli cukup-cukup daripada tengok makanan terbuang begitu sahaja.
Simpan Duit Untuk Ilmu, Bukan Hanya Makan
Daripada habiskan semua duit kat bazaar, apa kata simpan sikit untuk benda lebih bermanfaat? Contohnya, subscribe Pandai App! Bukan je boleh tambah ilmu, tapi boleh guna duit dengan lebih bijak. Bulan Ramadan ni bukan sekadar untuk makan, tapi juga masa terbaik untuk self-improvement!
Penghujungnya, bazaar Ramadan memang best, tapi kalau tak kawal, boleh jadi perangkap kewangan. So, belanja dengan bijak, beli apa yang perlu, dan jangan lupa simpan duit untuk masa depan. Jangan kenyangkan perut je, tapi bagi makan minda juga!
Apa pilihan korang? Shopping tak terkawal atau rancang belanja dengan bijak?
Log in atau daftar di www.pandai.org
Download Pandai App melalui Google Play atau App Store
Follow social media kami sekarang!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial