Site icon Pandai Blog

Cara Terbaik Belajar: Buku Teks atau Nota Ringkas?

Persediaan yang berkesan untuk peperiksaan selalunya melibatkan penggunaan strategik bahan pembelajaran. Pelajar sering tersepit di antara membaca buku teks atau nota ringkas sebagai rujukan, terutamanya apabila peperiksaan sudah hampir. Buku teks menyediakan pengetahuan komprehensif yang mendalam dan terperinci. Sebaliknya, nota ringkas menawarkan pengetahuan ringkas yang fokus kepada konsep utama. Oleh itu, kedua-dua bahan pembelajaran ini mempunyai kelebihan tersendiri. Namun, nota ringkas merupakan bahan yang amat bermanfaat bagi pecutan terakhir pelajar sebelum peperiksaan.

Penjimatan Masa

Nota ringkas menjimatkan masa pelajar untuk merujuk maklumat dengan cepat daripada menghabiskan masa menyelak halaman buku teks yang tebal. Ini kerana nota ringkas fokus kepada konsep-konsep penting dan penjelasan yang pendek. Nota ringkas juga mudah didapati dan dibaca di atas talian seperti dari aplikasi Pandai. Pandai mempunyai ciri Quick Notes dalam bentuk penulisan dan rajah bagi 14 mata pelajaran teras. Quick Notes ini berguna dalam mengingatkan pelajar tentang konsep-konsep dan penerangan yang penting dalam masa yang singkat. 

Pengekalan Maklumat 

Nota ringkas main peranan dalam meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengekalkan maklumat dalam tempoh yang panjang. Ini kerana pelajar boleh mengaplikasikan cara pembelajaran Active Recall menggunakan nota ringkas. Pelajar boleh menguji ingatan dan pemahaman dengan merujuk terus ke nota ringkas. Quick Notes Pandai boleh digunakan untuk tujuan ini kerana ia mempunyai nota dalam bentuk jadual, point form dan rajah. Nota ringkas dari Pandai ini dapat mengukuhkan bahan yang dipelajari dalam ingatan jangka panjang. 

Keutamaan Kandungan

Berbeza dengan buku teks, nota ringkas mengutamakan topik yang lebih berkemungkinan disoal dalam peperiksaan. Ini memudahkan pelajar mengulang kaji kerana pelajar boleh memberi tumpuan kepada konsep-konsep yang penting. Quick Notes Pandai bukan sahaja menyediakan nota ringkas bagi setiap bab, malah setiap topik kecil yang perlu diberi perhatian. Dengan Pandai, pelajar dapat terus mengulang kaji topik yang diingini hanya dalam beberapa sentuhan skrin. 

Buku teks memang penting bagi pelajar untuk memahami sesuatu konsep dengan mendalam, tetapi nota ringkas juga memainkan peranan untuk pelajar mengulang kaji dan menghafal. Ciri Quick Notes di dalam aplikasi Pandai boleh menjadi rakan mengulang kaji para pelajar terutamanya sebelum peperiksaan. Jadi, bagi pelajar yang tidak mampu membeli buku nota ringkas dan juga malas untuk membuat nota sendiri, tunggu apa lagi? Jom download Pandai!


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial

Exit mobile version