Site icon Pandai Blog

Dari Keliru ke Keyakinan: Perjalanan Kejayaan Hudiya & Pandai

“Kejayaan bukan milik orang bijak, tapi milik mereka yang tidak pernah berhenti mencuba.” Ini mungkin ayat yang paling menggambarkan perjalanan seorang pelajar berusia 11 tahun bernama Hudiya Nur Iman binti Muhammad Ekrul Rizal.

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Segambut Makmur ini merupakan anak ke-3 dalam keluarga dan sejak kecil lagi, dia sudah kenal erti usaha. Walaupun masih muda, kisah Hudiya membuktikan bahawa semangat untuk berjaya boleh bermula dari rumah, tanpa perlu tunggu jadi ‘budak pandai’.

Inspirasi Seorang Anak Kecil: “Ibu Saya”

Ketika ditanya siapa inspirasinya, Hudiya menjawab ringkas, “Ibu.”

Dan mungkin dari situlah segalanya bermula. Ibu yang memperkenalkan dia kepada aplikasi Pandai sejak tahun 2020 lagi, dan sejak itu, Pandai menjadi sebahagian daripada rutin pembelajarannya.

“Saya mula kenal Pandai dari ibu. Dah lama guna, sejak 2020 lagi,” katanya dengan bangga.

Dalam kesibukan sebagai pelajar sekolah, Hudiya lebih selesa belajar ketika waktu cuti, di ruang tamu rumah yang katanya paling selesa. Dengan nota warna-warni sebagai teknik utama, dia teruskan belajar dengan gaya sendiri dan ternyata, gaya ini berjaya.

“Pernah juga rasa nak putus asa,” akui Hudiya. “Sebab susah nak faham. Tapi saya teruskan belajar guna Pandai.”

Di sinilah peranan Pandai benar-benar memberi kesan. Aplikasi ini menyediakan pelbagai bahan interaktif dan menyeronokkan, dan 3 ciri kegemaran Hudiya ialah:

Dengan bantuan ini, dia bukan sahaja mengatasi rasa putus asa, malah mula meraih pencapaian yang membanggakan. “Saya bangga setelah menggunakan Pandai,” ujarnya ringkas tapi bermakna.

Bila Pelajar Mula Percaya Diri, Hasilnya Luar Biasa. Satu perkara yang menarik ialah Hudiya bukan simpan kejayaan ini untuk diri sendiri. Dia juga sudah kongsikan Pandai kepada kawannya, Kesha, yang katanya terkejut dengan betapa menariknya aplikasi ini.

Perubahan paling ketara? “Ada peningkatan. Saya nampak perubahan lepas guna Pandai,” katanya sambil senyum kecil.

Mudah sahaja jawapan Hudiya bila ditanya tentang subjek kegemaran. Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Dan ketiga-tiga subjek ini memang ada dalam Pandai,  lengkap dengan latihan, video dan kuiz interaktif.

Kepada kawan-kawan yang masih tertanya-tanya sama ada Pandai ini sesuai untuk mereka atau tidak, Hudiya ada satu pesanan:

“Korang memang patut guna apps Pandai.”

Tiada ayat yang lebih jujur daripada itu.

Dalam dunia hari ini yang serba digital, Pandai bukan sekadar platform pembelajaran, ia kawan belajar yang sentiasa ada bila diperlukan, dari pagi hingga malam, dari topik mudah ke yang susah.

Sertai Hudiya & Ribuan Pelajar Lain Yang Dah Berjaya Bersama Pandai!

Kalau Hudiya boleh ubah cara belajar dan mula bangga dengan pencapaiannya, awak pun boleh.

Aplikasi Pandai direka khas untuk pelajar Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 — lengkap dengan kuiz, latihan, battle dan kad imbas.

📱 Muat turun sekarang di Pandai App
💎 Belajar cara baru, dapatkan markah lebih tinggi & capai tempat tertinggi dalam leaderboard!

Jangan tunggu lagi. Jadi pelajar yang berusaha & yakin seperti Hudiya.

Exit mobile version