Site icon Pandai Blog

Daya Saing: Adakah ini sifat yang bermanfaat dalam usaha akademik?

Daya saing merujuk kepada keupayaan individu untuk bersaing dan mengatasi prestasi individu lain dalam konteks atau persekitaran tertentu. Kata mudah bagi sifat daya saing ini ialah keinginan untuk menang. Daya saing ini sering diperhatikan dalam domain seperti sukan, perniagaan, pendidikan dan pembangunan peribadi. Walaupun sifat daya saing ini boleh dilihat sebagai sifat yang negatif, ia juga boleh menjadi suatu motivasi positif dalam pembelajaran jika seimbang. 

Kelebihan Daya Saing dalam Belajar:

  1. Motivasi

Semangat berdaya saing boleh mendorong pelajar untuk menetapkan matlamat yang tinggi supaya mereka boleh berdiri sama atau lebih tinggi dari pelajar yang lain. Matlamat ini menjadi motivasi bagi pelajar untuk bekerja keras dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan melebihi had sendiri. 

  1. Pengurusan Masa

Persaingan biasanya memerlukan pengurusan masa yang cekap supaya dapat memaksimakan persediaan pelajar sebelum peperiksaan. Pelajar boleh mengubah semangat daya saing ini menjadi daya yang membina. Pelajar akan lebih cekap dalam mengutamakan tugas dan mengekalkan jadual belajar yang tersusun supaya dapat menguasai kesemua subjek pembelajaran. 

  1. Persediaan untuk Cabaran Dunia Sebenar

Sifat daya saing ini amatlah diperlukan dalam dunia profesional. Setiap individu harus bersaing dengan individu lain demi mendapatkan tempat yang kukuh dalam pekerjaan. Oleh itu, keupayaan untuk mengendalikan persaingan dalam persekitaran akademik boleh menjadi persediaan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan. 

  1. Refleksi Kendiri

Persaingan yang sihat membolehkan pelajar menilai kekuatan dan kelemahan mereka. Kesedaran diri ini boleh menjadi usaha untuk menambah baik kelemahan diri dan pengetahuan subjek atau topik yang kurang mahir. Oleh itu, sifat daya saing ini boleh menjadi pemangkin untuk pembangunan peribadi pelajar dan mendorong mereka untuk mencapai matlamat akademik yang tinggi.

Namun begitu, setiap yang baik ada keburukannya.



Keburukan Daya Saing dalam Belajar: 

  1. Tekanan dan Kebimbangan

Persaingan yang tidak sihat boleh menyebabkan tekanan dan kebimbangan yang berlebihan. Kadangkala, daya saing ini boleh menjadi keterlaluan apabila bersaing dengan rakan sebaya yang berprestasi tinggi. Perbandingan yang berterusan, ketakutan kegagalan dan mengejar kesempurnaan akan mewujudkan persekitaran toksik yang menghalang proses pembelajaran sihat. 

  1. Burnout

Dalam mengejar kecemerlangan akademik tanpa tandingan, pelajar sering lupa untuk berehat yang menyebabkan keletihan. Adalah penting bagi pelajar untuk mencari keseimbangan antara keseimbangan antara usaha akademik dan aspek lain dalam kehidupan mereka. Ini supaya pelajar dapat menjaga kesihatan mental yang baik sambil mencapai kecemerlangan akademik.

  1. Kurang Sifat Kerjasama

Orang yang bersifat daya saing lebih cenderung untuk bekerja secara bersendiri. Persaingan yang berlebihan boleh menghalang kerjasama dan perkongsian idea di kalangan pelajar kerana pelajar terlalu fokus akan kejayaan sendiri. Pelajaran kolaboratif juga penting untuk pembangunan holistik. Selain bersaing secara sihat, pelajar juga boleh belajar dari antara satu sama lain. 

  1. Dinamik Sosial Negatif

Persaingan tidak sihat boleh membawa kepada dinamik sosial negatif dalam kalangan pelajar. Persaingan ini boleh memupuk rasa dendam dan pengasingan dalam diri pelajar jika tidak berjaya mencapai matlamat pembelajaran. Akibatnya, hubungan interpersonal pelajar akan terjejas dan menimbulkan suasana pembelajaran yang tidak sihat. 

Secara ringkasnya, daya saing boleh memberi manfaat kepada pelajar jika disalurkan secara sihat dan seimbang. Pelajar harus mengingati tujuan mereka belajar adalah untuk menambah pengetahuan dan kemahiran demi kejayaan peribadi dan profesional. Dengan ini, menggalakkan persaingan sihat yang memupuk kerjasama, peningkatan diri dan cinta untuk belajar boleh menyumbang secara positif kepada pengalaman pendidikan. Untuk bersaing dengan sihat, pelajar boleh menggunakan ciri Battle dari aplikasi Pandai. Battle memberikan platform bagi pelajar yang minat persaingan untuk berlawan dengan pelajar lain. Pelajar boleh memilih subjek yang mereka mahir dan bersaing menjawab soalan dengan tepat dan pantas. Kemenangan dalam battle ini akan mendapatkan pelajar coin yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran. 


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial

Exit mobile version