Site icon Pandai Blog

Dulu Pemalu, Kini Berani Tanya Soalan – Kisah Pelajar Cemerlang

Dulu, Damia bukanlah pelajar yang menonjol dalam kelas. Dia duduk diam, dengar guru mengajar, tapi bila tak faham… dia pendam saja. Bukan sebab dia malas. Tapi sebab dia segan. Dia tak rasa yakin dengan diri sendiri. Damia cuma anak tunggal, 15 tahun, dari Sekolah Kebangsaan Taman Seraya. Cita-citanya besar — nak jadi cikgu — tapi dalam diam, dia rasa macam “tak cukup bagus”.

Damia seorang yang pemalu, pendiam… tapi sebenarnya kelakar bila dah selesa. Dalam kelas, dia jarang tanya soalan walaupun banyak benda yang dia tak faham. Kadang-kadang dia fikir, “Kalau aku tanya, nanti orang gelak ke?” Jadi dia pilih untuk diam.

Titik perubahan bermula tahun lepas. Waktu itu Damia tengah buat persiapan untuk peperiksaan. Ibunya perkenalkan satu aplikasi — Pandai App. “Damia, cuba aplikasi ni. Banyak latihan, ada nota, ada kelas live sekali.” Tanpa fikir panjang, dia cuba. Dari satu kuiz ke satu nota. Dari suka-suka, jadi rutin. Hari berganti minggu, minggu jadi bulan… dan sekarang, dah hampir setahun Damia guna Pandai Premium, yang dilanggan oleh ibunya.

Rutin belajarnya pun berubah. Damia suka belajar waktu malam — lebih tenang. Lokasi pilihan? Ruang tamu. Kat situ senang kalau nak tanya sesiapa. Tapi sebenarnya, lepas guna Pandai, dia jarang perlu tanya orang. Banyak benda dia boleh faham sendiri melalui kuiz, nota warna-warni, dan paling penting — kelas live tuition. Dekat situlah Damia mula rasa satu benda yang dia tak pernah rasa sebelum ni: berani.

“Kalau dekat sekolah, saya banyak diam. Tapi bila dalam Pandai, saya rasa lebih berani nak tanya,” kongsi Damia.

Dulu, bila nampak soalan susah, dia terus rasa nak putus asa. Tapi sekarang, bila jumpa soalan mencabar dalam Pandai, dia cari jawapan, join kelas live, ulang balik nota. Bila akhirnya dia faham — perasaan puas hati tu tak boleh digambarkan. Dia sendiri bangga dengan pencapaian dia, walaupun kecil.

Apa yang Damia suka tentang Pandai? Tiga benda: Latihan, Nota, dan Live Tuition.  Tiga subjek kegemaran dia? English, Matematik, dan Sains.

Tapi lebih dari semua tu, yang dia paling hargai ialah pengalaman dan ilmu yang tak semestinya ada dalam bilik darjah. Kadang kita rasa pelajaran tu cuma apa yang ada dalam buku. Tapi Pandai buka mata Damia bahawa ilmu datang dalam macam-macam bentuk.

Damia bukan simpan semua ni untuk diri sendiri. Dia pernah cerita tentang Pandai dekat kawan-kawannya. Reaksi mereka? “Bestlah! Macam menarik je…” Siap ada yang diajak bincang balik soalan Pandai dekat sekolah.

Dari rasa diri ‘tak pandai sangat’, sekarang Damia mula rasa yakin. Bila tengok leaderboard Pandai, tengok pencapaian dia sendiri — barulah dia sedar, “Oh, aku boleh sebenarnya.” Bila ada sistem yang bantu dan sokong pelajar ikut gaya mereka sendiri, semangat tu datang sendiri.

Sekarang, Damia dah buat keputusan. Dia nak terus guna Pandai sampai Tingkatan 5. Dia tahu perjalanan masih panjang, tapi dia dah jumpa ‘teman belajar’ yang boleh bantu sepanjang jalan tu. Aplikasi ni dah ubah cara dia belajar, dan secara tak langsung — ubah cara dia lihat diri sendiri.

Bila ditanya, apa nasihat untuk rakan-rakan yang masih ragu-ragu nak guna Pandai, Damia jawab mudah:

“Jangan rasa diri tu lemah semangat ataupun tak pandai. Bila kita cuba Pandai, kita akan dapat banyak ilmu dan yakin dengan diri sendiri.”

Kadang-kadang, satu perubahan besar datang dari satu keputusan kecil. Dan bagi Damia, semuanya bermula dengan satu klik, muat turun Pandai App. Hari ni, dia bukan lagi pelajar yang duduk diam di belakang kelas. Dia ialah pelajar yang berani tanya, berani mencuba, dan paling penting dan percaya pada diri sendiri.

Exit mobile version