Site icon Pandai Blog

Game Roblox bahaya? Ini Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

Baru-baru ini tular kisah seorang abang yang bertindak luar kawalan terhadap adiknya hanya kerana points Roblox yang dikumpulnya hilang. Bunyi kedengaran biasa, tapi cukup menunjukkan bagaimana game boleh menguasai emosi anak-anak hari ini.

Kisah seperti ini bukan perkara biasa. Kini, semakin ramai pelajar jadi cepat marah, sukar fokus belajar, dan terlalu terikat dengan dunia maya. Bila dikaji, bukan game yang salah, tapi cara bermain dan cara ibu bapa yang mengawalnya. Jadi, apa yang patut ibu bapa lakukan?.

1. Dunia Game Dicipta Untuk Buat Anak Rasa “Menang Cepat”

Game direka supaya otak pemain rasa puas setiap kali mereka menang, naik level atau dapat points baharu. Setiap kemenangan aktifkan hormon dopamin yang buat mereka rasa seronok dan mahu terus bermain. Sebab itu anak boleh tahan tiga jam main, tapi 15 minit belajar pun dah bosan.

Apa ibu apa boleh buat?

Jelaskan pada anak tentang “masa hiburan” dan “masa fokus”. Tetapkan jadual yang fix. Contohnya, game hanya boleh main selepas waktu belajar atau selepas solat Maghrib tetapi dalam masa yang singkat sahaja. Ibu bapa jangan sekat sepenuhnya, tapi ajar keseimbangan antara hiburan dan tanggungjawab.

2. Bila Anak Hilang Kawalan Emosi Bila Kalah

Kemarahan atau tangisan bila kalah bukan sekadar “emosi budak-budak”. Ia tanda bahawa anak mula terperangkap dalam dunia game yang beri identiti palsu, dimana mereka hanya rasa hebat bila menang. Bila kalah, rasa rendah diri muncul, dan itu bahaya untuk perkembangan emosi.

Apa ibu bapa boleh buat?

Gunakan situasi kalah dalam game sebagai ruang untuk ajar nilai sabar. Katakan, “Tak apa kalah, yang penting belajar kenapa kalah.” Ibu bapa perlu ajar anak perbezaan antara kalah dalam game dan kalah dalam hidup sebenar. Perkara ini akan bantu mereka urus emosi dengan lebih matang.

3. Jangan Rampas Telefon, Tapi Jadi “Coach”

Tindakan spontan kebanyakan ibu bapa bila anak terlalu leka bermain game adalah rampas telefon atau marah. Tapi larangan keras selalunya hanya menyebabkan anak bermain secara sembunyi-sembunyi.

Apa ibu bapa boleh buat?

Tukar peranan daripada “pengawal” kepada “pembimbing.” Duduk bersama anak, tengok game apa mereka main, fahami kenapa mereka suka. Bila anak rasa difahami, mereka lebih mudah terima had masa atau nasihat. Boleh juga buat perjanjian kecil seperti, “Kalau belajar 1 jam, boleh main 30 minit.”. Pendekatan lembut lebih berkesan daripada hukuman.

4. Ubah Minat Game Jadi Semangat Belajar

Kalau anak suka bersaing, jangan hapuskan minat tu, tetapi salurkan ke arah yang bermanfaat. Ramai pelajar sebenarnya suka cabaran, cuma cabaran belajar nampak membosankan. Tapi kalau belajar pun boleh rasa macam “game”, mereka akan cepat tertarik.

Apa ibu bapa boleh buat?

Perkenalkan permainan atau aplikasi pendidikan yang menyeronokkan. Dalam Pandai App, ada ciri Quiz Battle, tempat pelajar boleh berlawan menjawab soalan sebenar dalam masa nyata. Konsepnya sama seperti game: ada markah, leaderboard, dan points. Bezanya, setiap kali mereka “menang”, mereka juga menambah ilmu. Jadi, anak masih boleh rasa seronok bersaing, tapi kali ini, keseronokan itu membawa nilai.

5. Jadikan Game Alat Didik, Bukan Ancaman

Teknologi bukan musuh, tapi cuma perlukan panduan. Bila ibu bapa belajar guna teknologi untuk kebaikan, anak akan ikut. Game ni boleh jadi alat melatih fokus, strategi dan refleksi, tapi hanya jika kita kawal isi dan masa.

Apa ibu bapa boleh buat?

Bimbing anak memilih permainan yang ada unsur pembelajaran, bukan sekadar hiburan. Galakkan mereka guna masa skrin untuk benda berfaedah seperti Quiz Battle, tempat mereka boleh “main sambil belajar”. Bila belajar jadi sama seronok macam game, mereka tak akan rasa dipaksa lagi.

Ibu Bapa Perlu Bertindak Dengan Bijak

Kejadian abang dan adik yang bergaduh kerana points Roblox menunjukkan betapa besarnya pengaruh dunia maya terhadap emosi anak-anak. Tetapi daripada melihatnya sebagai ancaman, ibu bapa boleh ambil pendekatan baru; ubah game jadi ruang pembelajaran.

Dengan Quiz Battle, anak masih boleh bermain, berlawan dan menang. Setiap kemenangan kali ini bukan sekadar angka di skrin, tetapi tanda kefahaman dan usaha mereka sendiri. Bila game jadi alat belajar, anak bukan saja tenang, tapi juga jadi lebih Pandai.

Exit mobile version