Yay! Pandai telah dipaparkan dalam surat khabar KOSMO! pada 4 Oktober yang lepas. Semua beli tak paper semalam? Hehehe
Kalau belum, takpe! Mujur semua dah online kan sekarang 😉
Teruskan membaca untuk tengok apa yang mereka kongsikan tentang pengasas dan latar belakang kami 💪
..
BERKECIMPUNGÂ dalam bidang pendidikan lebih daripada 12 tahun memberi laluan mudah bagi anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini untuk mengasaskan satu platform pendidikan dalam talian dikenali sebagai Pandai.
Melihat kepada kepentingan akses pendidikan dalam talian masa kini,mendorong pemilik nama lengkap
Khairul Anwar Mohamad Zaki, 39, memperkenalkan platform berkenaan.
Pernah mengendalikan lebih 500 program di sekolah seluruh negara turut membantu mempromosikan jenama yang dibawa itu ke mata dunia.
Lebih manis, Khairul Anwar dan dua rakan kongsinya turut dilantikmenjadi penasihat kepada Kementerian
Pendidikan bagi mata pelajaran Sains Komputer.
Melalui konsep pendidikan berkualiti dan diperibadikan untuk semua, Pandai berhasrat untuk membantu agenda pendidikan negara ke arah lebih cemerlang demi menjadikan anak-anak Malaysia lebih pandai dan
holistik dalam segala aspek.
1) Siapa saudara dan apa karier yang dijawat sebelum ini. Adakah memang terlibat secara langsung dalam arena pendidikan atau bagaimana?
Sebelum tertubuhnya Pandai, saya telah menamatkan pengajian di Purdue University, Amerika Syarikat dan memulakan kerjaya di Motorola Technology sebagai Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan.
Pada tahun 2007, saya dan rakan-rakan telah menubuhkan Aidan Group of Companies yang mempunyai anak syarikat Aidan Technologies (syarikat penyelesaian teknologi) dan Ardent Educational Consultants (syarikat perunding pendidikan) yang memberikan kami pengalaman dalam bidang edutech selama lebih 12 tahun.
Menerusi ArdentEdu, kami telah menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan di sekolah-sekolah, mengeluarkan bahan pendidikan bercetak dan menganjurkan pertandingan akademik di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
2) Apa yang mendorong saudara untuk mengasaskan platform pembelajaran online dan kelebihannya berbanding segmen perniagaan lain?
Kami bersyukur kerana program-program pendidikan yang kami jalankan sebelum ini telah berkembang baik, mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, dan disertai hampir 100,000 pelajar sekolah seluruh Malaysia setiap tahun.
Namun, kami mempunyai impian untuk memberikan impak yang lebih besar kepada para pelajar.Oleh itu, tercetuslah idea untuk aplikasi Pandai, sebuah inisiatif untuk menawarkan pendidikan berkualiti melalui teknologi secara berterusan kepada pelajar-pelajar sekolah.
Kami optimis dengan potensi aplikasi Pandai ini memandangkan anak-anak kita rata-ratanya celik menggunakan peranti seperti komputer, tablet dan telefon pintar.
3) Setiap perniagaan yang diusahakan pasti ada cabaran dan dugaan tersendiri. Boleh saudara kongsikan antara cabaran yang terpaksa ditempuhi saudara sepanjang mengasaskan Pandai?
Kami telah melancarkan aplikasi Pandai pada Januari 2020. Pada peringkat awal, sambutan aplikasi Pandai kurang memberangsangkan kerana masih baharu.
Namun, dengan penambahbaikan berterusan yang dibuat, kami mula mendapat sambutan yang menggalakan
terutama ketika sekolah-sekolah mula ditutup akibat penularan virus maut Covid-19.
Dengan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam dan luar negara yang berkaitan, kami telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran awal.
Dalam masa yang singkat, kini lebih dari 300,000 pelajar sekolah dari seluruh Malaysia sudah menggunakan aplikasi Pandai.
4) Perancangan perjalanan perniagaan saudara untuk lima ke sepuluh tahun akan datang?
Kami berhasrat untuk menjadikan Pandai sebagai sebuah platform pendidikan ‘one-stop-centre’ atau pusat sehenti yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan dan mempunyai fungsi-fungsi yang diperibadikan, holistik serta menyeronokkan bagi para pelajar, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara.
Pandai juga akan dilengkapi dengan modul khas untuk ibu bapa dan guru-guru agar mereka dapat berinteraksi di samping menilai dan memantau prestasi pelajar secara berterusan.
Ia sekali gus mengekalkan minat pelajar untuk belajar sendiri dan akhirnya membantu meningkatkan gred serta tahap pengetahuan.
5) Sedikit tip bagi anak muda atau mana-mana individu di luar sana yang berminat dalam perniagaan dan ingin mencuba menggunakan perkhidmatan Pandai?
Selagi masih muda dan bertenaga, carilah pengalaman di mana-mana sahaja seperti bekerja, berniaga, mengembara, jadi aktivis, sertai badan kebajikan atau apa sahaja.
Proses mengenali diri sendiri seperti memahami kecenderungan atau bakat yang ada adalah sangat penting supaya kita tahu hala tuju yang sesuai.Bina keupayaan dan kemahiran berdasarkan apa yang kita tetapkan. Urusan inilah yang akan diguna pakai untuk membina kehidupan, menyara keluarga, dan mencipta legasi hidup anda sendiri dan untuk ditinggalkan bila sudah tiada nanti.
Di Pandai, kami turut menyediakan peluang menjana pendapatan sampingan melalui program Konsultan Pandai dan kami mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi sebahagian dari pasukan kami. Untuk maklumat lanjut tentang Pandai, layari www.pandai.org. – K! ONLINE
*Untuk membaca di laman web KOSMO!, tekan sini.
Terima kasih Kosmo kerana mengeluarkan artikel yang menarik mengenai Pandai.
Oleh itu, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai Pandai di www.pandai.org.
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#senangjenakpandai