Hulu Selangor, Selangor — Pandai telah melaksanakan Pandai School Tour (PST) x Hulu Selangor dari 11 Mei 2026 hingga 15 Mei 2026, melibatkan 44 buah sekolah di sekitar daerah Hulu Selangor.
Sepanjang lima hari pelaksanaan program ini, sesi bersama murid dijalankan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan Aplikasi Pandai sebagai medium pembelajaran kendiri yang lebih mudah, interaktif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran semasa. Dalam masa yang sama, sesi ini turut memperkenalkan pendekatan pembelajaran abad ke-21 serta menyokong usaha meningkatkan keaktifan DELIMa di sekolah.
Dengan capaian seramai 12,569 murid dan 4,958 ibu bapa, lawatan ini memperlihatkan sambutan yang sangat baik daripada sekolah-sekolah di Hulu Selangor terhadap inisiatif pembelajaran digital yang dibawa terus ke sekolah.
Membawa Pembelajaran Digital Lebih Dekat Kepada Murid
Melalui PST x Hulu Selangor, murid diberi pendedahan tentang bagaimana teknologi boleh membantu mereka belajar dengan lebih teratur, lebih fleksibel dan lebih yakin. Sesi yang dijalankan bukan sahaja memperkenalkan fungsi Aplikasi Pandai, tetapi juga menunjukkan bagaimana pembelajaran digital boleh dimanfaatkan dalam rutin harian murid.
Pendekatan seperti ini penting kerana murid hari ini semakin dekat dengan dunia digital. Apabila teknologi digunakan dengan cara yang betul, pembelajaran boleh jadi lebih interaktif, lebih mudah diakses, dan lebih dekat dengan cara murid menerima maklumat.
Sepanjang siri lawatan ini, sesi telah dikendalikan oleh speaker Pandai iaitu Taufik, Luqman, Nafees, Affiq dan Nasrullah.
Lima Hari Bersama Sekolah-Sekolah di Hulu Selangor
Program ini dijalankan dari Isnin hingga Jumaat, dengan tiga sesi setiap hari pada pukul 8.00 pagi, 10.00 pagi dan 12.00 tengah hari.
Isnin, 11 Mei 2026
- SK Rasa
- SK Kerling
- SMK Kalumpang
- SMK Syed Mashor
- SK Bandar Sungai Buaya
- SK Sungai Buaya
Selasa, 12 Mei 2026
- SK Kuala Kubu Bharu Dua
- SK Batang Kali
- SK Hulu Bernam
- SK Sungai Choh
- SK Ulu Yam Bharu
- SK Antara Gapi
Rabu, 13 Mei 2026
- SK Sungai Selisek
- SMK Ampang Pecah
- SAMT Kuala Kubu Bharu
- SK Kalumpang
- SK Kuala Kubu Bharu
- SK Kampung Kuantan
- SK Bukit Beruntung 2
- SMK Bandar Sungai Buaya
Khamis, 14 Mei 2026
- SK Gedangsa
- SK Kampung Soeharto
- SMK Gedangsa
- SMK Bandar Baru Batang Kali
- SK Taman Bunga Raya 2
- SMK Bukit Sentosa
- SMK Bukit Sentosa 2
Jumaat, 15 Mei 2026
- SK Sungai Tengi
- SAM Sungai Selisek
- SMK Kuala Kubu Bharu
- SK Ampang Pecah
- SK Bukit Sentosa
- SMK Taman Bunga Raya 1
- SM Sains Hulu Selangor
Sokongan Sekolah Yang Menguatkan Pelaksanaan Program Ini
Sepanjang pelaksanaan tour ini, program berjaya reach seramai 12,569 murid dan 4,958 ibu bapa. Angka ini menunjukkan sambutan yang sangat baik daripada sekolah-sekolah di daerah Hulu Selangor terhadap inisiatif yang membawa pembelajaran digital lebih dekat kepada murid.
Apabila sesi seperti ini dibawa terus ke sekolah, murid dapat melihat sendiri bagaimana platform digital boleh membantu mereka belajar dengan lebih konsisten dan lebih menarik. Pada masa yang sama, sekolah juga dapat melihat potensi penggunaan teknologi dalam menyokong pembelajaran secara lebih aktif.
Pencapaian Sekolah Yang Memberi Gambaran Positif
Sepanjang pelaksanaan PST x Hulu Selangor, beberapa sekolah turut mencatat pencapaian yang membanggakan.
Antara yang paling menonjol ialah:
- SK Bukit Beruntung 2 — No. 1
Selain itu, Hulu Selangor juga mencatat satu lagi pencapaian yang sangat memberangsangkan apabila 8 buah sekolah dari PPD Hulu Selangor berada dalam top ranking.
Berdasarkan maklumat yang diterima, sekolah dengan percentage reached tertinggi ialah:
- SK Bandar Sungai Buaya
- SMK Bandar Sungai Buaya
- SK Bukit Beruntung 2
Respon Guru Yang Menguatkan Nilai Program Ini
Selain capaian dan penyertaan sekolah, maklum balas daripada guru-guru turut menjadi antara petunjuk penting bahawa program ini diterima dengan baik.
Respon yang diterima menunjukkan bahawa sesi yang dijalankan bukan sahaja membantu murid mengenali Aplikasi Pandai dan pembelajaran digital dengan lebih dekat, tetapi juga memberi dorongan kepada sekolah untuk terus mengaktifkan penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan murid.
Sokongan Kuat Daripada Semua Pihak Terlibat
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada SSTP Selangor, PPD Hulu Selangor, pihak sekolah, guru-guru, admin DELIMa dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan sepanjang Pandai School Tour x Hulu Selangor berlangsung.
Penghargaan khusus turut dirakamkan kepada Tuan Mohammad Nuri Bin Hussin daripada SSTP Selangor, serta En. Shahrul, En. Mohd Rashdi, Pn. Khairul Faridah dan Puan Chek Norila daripada Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), PPD Hulu Selangor, atas sokongan dan penglibatan mereka dalam menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua sekolah di Hulu Selangor dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memartabatkan pendidikan digital di daerah ini.
Menuju Arah Pengalaman Belajar Yang Lebih Relevan Untuk Murid
PST x Hulu Selangor memperlihatkan bagaimana program turun padang seperti ini boleh membantu memperluaskan pendedahan terhadap pembelajaran digital di sekolah. Dengan penglibatan 44 buah sekolah, capaian kepada 12,569 murid dan 4,958 ibu bapa, program ini menjadi satu langkah yang bermakna dalam membawa pembelajaran yang lebih moden, interaktif dan relevan kepada murid.
Melalui sokongan pihak sekolah, PPD, SSTP dan komuniti pendidikan setempat, lebih ramai murid kini mendapat ruang untuk melihat bahawa teknologi bukan sekadar alat tambahan, tetapi boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman belajar yang lebih berkesan.

