Site icon Pandai Blog

37 Sekolah, Ribuan Murid dan Satu Gambaran Jelas Tentang Pembelajaran Digital di Tampin

Tampin, Negeri Sembilan — Pandai telah melaksanakan Pandai School Tour (PST) x Tampin dari 9 Jun 2026 hingga 11 Jun 2026, melibatkan 37 buah sekolah di sekitar daerah Tampin.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan program ini, sesi bersama murid dijalankan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan Aplikasi Pandai sebagai medium pembelajaran kendiri yang lebih mudah, interaktif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran semasa. Dalam masa yang sama, sesi ini turut memperkenalkan pendekatan pembelajaran abad ke-21 serta menyokong usaha meningkatkan keaktifan DELIMa di sekolah.

Dengan capaian seramai 9,547 murid dan 3,574 ibu bapa, lawatan ini memperlihatkan sambutan yang sangat baik daripada sekolah-sekolah di Tampin terhadap inisiatif pembelajaran digital yang dibawa terus ke sekolah.

Pendedahan Awal Yang Lebih Dekat Dengan Murid

Melalui PST x Tampin, murid diberi pendedahan tentang bagaimana teknologi boleh membantu mereka belajar dengan lebih teratur, lebih fleksibel dan lebih yakin. Sesi yang dijalankan bukan sahaja memperkenalkan fungsi Aplikasi Pandai, tetapi juga menunjukkan bagaimana pembelajaran digital boleh dimanfaatkan dalam rutin harian murid.

Pendekatan seperti ini penting kerana murid hari ini semakin dekat dengan dunia digital. Apabila teknologi digunakan dengan cara yang betul, pembelajaran boleh jadi lebih interaktif, lebih mudah diakses, dan lebih dekat dengan cara murid menerima maklumat.

Sepanjang siri lawatan ini, sesi telah dikendalikan oleh speaker Pandai iaitu Taufik, Luqman, Nafees, Affiq dan Nasrullah.

Tiga Hari Merentasi Tiga Zon di Tampin

Program ini dijalankan selama tiga hari dan dibahagikan mengikut tiga zon utama, iaitu Zon Gemas, Zon Gemencheh, dan Zon Tampin. Setiap hari berlangsung dalam tiga sesi, bermula pada waktu pagi sehingga tengah hari.

Pada 9 Jun 2026, sesi diadakan di Zon Gemas, melibatkan sekolah-sekolah seperti SK Jelai 2 (Felda), SK Gemas, SMK Tuanku Abdul Rahman, SK (Felda) Pasir Besar, SK Kampong Ladang, SK Jelai 1, SMA Gemas, SMK Gemas, SMK Pasir Besar, SK Londah, SK (Felda) Jelai 3, SK Tuanku Abdul Rahman, SK Kem Syed Sirajuddin, dan SK Sungai Kelamah RKTP.

Siri lawatan kemudian diteruskan ke Zon Gemencheh pada 10 Jun 2026, dengan penglibatan sekolah-sekolah seperti SK Bukit Rokan (LKTP), SK Datuk Abdullah, SK Gedok, SMK Bukit Rokan, SK Bukit Rokan Utara, SK Rokan, SMK Dato Mohd Taha, SMK Bukit Jalor, SK Sungai Jerneh, SK Air Kuning Selatan, dan SK (Felda) Bukit Jalor.

Menutup siri lawatan ini, sesi pada 11 Jun 2026 beralih ke Zon Tampin dengan penyertaan sekolah seperti SK Keru, SK Tengku Zainun, SK Tunku Besar Tampin, SMK Taman Indah, SMK Jelai, SMA Repah, SK Dr. Sulaiman, SK Tunku Syed Syaaban, SMK Tunku Besar, SK Sungai Dua, dan SMK Tunku Syed Idrus.

Penyertaan Sekolah Yang Menghidupkan Sepanjang Tour Ini

Sepanjang pelaksanaan tour ini, program berjaya reach seramai 9,547 murid dan 3,574 ibu bapa. Angka ini menunjukkan sambutan yang sangat baik daripada sekolah-sekolah di daerah Tampin terhadap inisiatif yang membawa pembelajaran digital lebih dekat kepada murid.

Apabila sesi seperti ini dibawa terus ke sekolah, murid dapat melihat sendiri bagaimana platform digital boleh membantu mereka belajar dengan lebih konsisten dan lebih menarik. Pada masa yang sama, sekolah juga dapat melihat potensi penggunaan teknologi dalam menyokong pembelajaran secara lebih aktif.

Sekolah-Sekolah Yang Menonjol Sepanjang Siri Lawatan Ini

Sepanjang pelaksanaan PST x Tampin, beberapa sekolah turut mencatat pencapaian yang membanggakan.

Antara yang paling menonjol ialah:

Selain itu, Tampin juga mencatat satu lagi perkembangan yang sangat memberangsangkan apabila 8 buah sekolah dari PPD Tampin berada dalam top ranking.

Berdasarkan maklumat yang diterima, sekolah dengan percentage reached tertinggi ialah:

Apa Yang Dikongsikan Guru Selepas Sesi Berlangsung

Selain capaian dan penyertaan sekolah, maklum balas daripada guru-guru turut menjadi antara petunjuk penting bahawa program ini diterima dengan baik.

Respon yang diterima menunjukkan bahawa sesi yang dijalankan bukan sahaja membantu murid mengenali Aplikasi Pandai dan pembelajaran digital dengan lebih dekat, tetapi juga memberi dorongan kepada sekolah untuk terus mengaktifkan penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan murid.

Terima Kasih Kepada Semua Yang Turut Menjayakan Siri Lawatan Ini

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada SSTP Negeri Sembilan, PPD Tampin, pihak sekolah, guru-guru, admin DELIMa, pengetua, guru besar, serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan sepanjang Pandai School Tour x Tampin berlangsung.

Penghargaan khusus turut dirakamkan kepada Puan Najwa Binti Mohd Rozmi, Pegawai Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), PPD Tampin, serta Tuan Aiman, Ketua Penolong Pengarah SSTP Negeri Sembilan, atas sokongan dan penglibatan mereka dalam menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua sekolah di daerah Tampin dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memartabatkan pendidikan digital di kawasan ini.

Apa Yang Tour Ini Buka Untuk Masa Depan Pembelajaran Murid

PST x Tampin memperlihatkan bagaimana program turun padang seperti ini boleh membantu memperluaskan pendedahan terhadap pembelajaran digital di sekolah. Dengan penglibatan 37 buah sekolah, capaian kepada 9,547 murid dan 3,574 ibu bapa, program ini menjadi satu langkah yang bermakna dalam membawa pembelajaran yang lebih moden, interaktif dan relevan kepada murid.

Melalui sokongan pihak sekolah, PPD, SSTP dan komuniti pendidikan setempat, lebih ramai murid kini mendapat ruang untuk melihat bahawa teknologi bukan sekadar alat tambahan, tetapi boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman belajar yang lebih berkesan.

Exit mobile version