Site icon Pandai Blog

Pemakaian Uniform di Sekolah; tingkatkan Etika pelajar?

Group of cartoon multinational children in school uniform, standing with books and school bags. Isolated on white.

Pernahkan anda terfikir?

Mengapa sekolah-sekolah di Malaysia dan sebahagian besar negara di Malaysia mewajibkan pemakaian uniform di sekolah? Berlainan dengan sekolah-sekolah di Amerika atau Sweden yang hanya berpakaian casual? Ini disebabkan, pakaian seragam menggambarkan perpaduan dan memupuk rasa kesaksamaan antara semua. Tambahan pula Malaysia mempunyai latar belakang penduduk berbilang kaum. Setiap pelajar datang dari sosioekonomi keluarga yang berbeza dan uniform akan membuatkan mereka setaraf di sekolah.

Oleh itu, kerapnya berlaku kejadian membuli walaupun memakai pakaian seragam. Kejadian buli mungkin bertambah teruk jika tanpa pakaian seragam. Ini kerana, manusia sering menggunakan pakaian sebagai salah satu ekspresi diri termasuklah kanak-kanak. Jika seorang pelajar itu mengekspresikan diri mereka dengan cara yang berbeza dengan orang lain, dia mungkin akan dianggap pelik dan mudah menjadi mangsa buli atau ejekan. Malah, perbezaan ini juga mampu mencipta jurang antara pelajar.

Cr: iStock

Seterusnya, pakaian seragam mencegah daripada rasa kurang yakin pelajar. Tapa uniform, pelajar yang tidak memiliki pakaian fesyen terkini mungkin akan berasa kurang yakin. Kurang keyakinan bole menjadi salah satu penghalang terbesar dalam pertumbuhan akademik. Uniform juga membuatkan pelajar lebih fokus kepada pembelajaran, bukannya kepada pemilihan pakaian yang sesuai atau mengikut trend.

Apabila mengenakan pakaian seragam, minda pelajar akan berubah kepada mood belajar.

Di samping itu, dengan pemakaian uniform, pelajar dengan mudah dapat membezakan diri mereka dengan orang luar. In dapat meningkatkan keselamatan diri pelajar di waktu sekolah. Di luar sekolah pula, pemandu di jalan raya juga dapat lebih berhati-hati ketika menghampiri pelajar berpakaian uniform. Ketika lawatan di luar sekolah, orang ramai mudah mengenali pelajar beruniform sekiranya mereka terpisah daripada kumpulan.

Cr; iStock

Apabila sekolah mewajibkan pakaian seragam, kod pemakaian pelajar akan menjadi lebih ringkas. Jika sekolah membenarkan pakaian biasa pula, mereka perlu menyenaraikan standard pakaian yang lebih panjang. Para guru pula tidak perlu memeriksa murid dengan kerap bagi mencari kesalahan pemakaian sekiranya sekolah mewajibkan uniform. Pemakaian uniform juga dilihat lebih sopan berbanding pakaian biasa.

Bagi para ibu bapa pula, persiapan pada waktu pagi akan menjadi lebih mudah bagi pelajar dan ibu bapa. Mereka tidak perlu memikirkan apa yang perlu dipakai setiap hari sekiranya sekolah mewajibkan pemakaian uniform. Hasilnya menjadi lebih tenang pada permulaan hari juga akan memberi kesan yang besar kepada seluruh pembelajaran mereka pada hari itu.

Ini juga dapat merancang kewangan ibu bapa dengan lebih baik. Kebanyakan uniform dijual pada harga yang berpatutan dan tidak terlalu membebankan. Uniform juga biasanya akan dibeli setahun sekali atau lebih. Jika berpakaian biasa ke sekolah, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang dipakai oleh rakan mereka. Mereka akan meminta ibu bapa membeli pakaian berjenama tau trend yang berubah-ubah, sama seperti rakan mereka dan ia mungkin lebih mahal berbanding uniform.

Cr; Clipart

Akhir sekali, pakaian seragam sekolah membantu pelajar untuk lebih bersedia menghadapi dunia nyata. Apabila diajar sejak kecil untuk memakai uniform yang kemas dan seragam, kanak-kanak tidak akan berasa kekok berpakaian secara profesional ketika di alam pekerjaan kelak.

Jelaslah bahawa terdapat kebaikan dalam mewajibkan murid-murid memakai pakaian seragam sekolah, walaupun jika murid-murid tidak menggemarinya. Perkongsian di media sosial juga menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa lebih selesa dengan polisi pemakaian uniform sekolah. Dari segi sosiologi, sememangnya penggunaan uniform setiap organisasi dilihat dapat menyingkirkan konflik status antara ahli-ahli uniform. 

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Exit mobile version