Site icon Pandai Blog

Peperiksaan makin dekat? Jangan risau Young Pandai!

Inscription Are you ready for exams? and stationary on grey background, top view

Hi Young Pandai! Pernahkah adik-adik lalui detik-detik dimana apa yang dipelajari tak dapat difahami dengan jelas? Jika ya, ia mungkin berpunca dari cara ulangkaji yang tak efektif atau tak berkesan pada adik-adik. Jangan risau, artikel kali ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengulangkaji dengan cara yang efektif!

Masa yang sesuai

Dalam mengulangkaji, masa itu sangatlah penting. Dengan menyusun jadual, ia dapat membantu anda untuk menjadi lebih terurus dan bersesuaian dengan kemampuan anda untuk ulangkaji. Jika anda terus mengulangkaji tanpa rehat, ini boleh menyebabkan minda yang penat dan apa yang dipelajari tak dapat difahami sepenuhnya. Aturkan masa ulangkaji dan aktiviti lain dengan munasabah supaya diri, mental, dan fizikal tidak penat.

Tidur yang mencukupi

Untuk memastikan otak dan minda yang sihat, tidur adalah satu faktor yang sangat penting. Tidur dan rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu anda dalam aktviti harian. Ia memberi aspek yang sangat besar dalam prestasi akademik anda. Terdapat juga kajian yang mengatakan pelajar yang mendapat rehat yang mencukupi, mereka mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak mencukupi rehat. Jadi, untuk pastikan ulangkaji yang efektif, tidur yang mencukupi dapat membantu anda.

Nota Ringkas

Nota ringkas juga membantu anda untuk memahami isi-isi penting dalam satu subjek atau topik. Nota ringkas boleh dirujuk sebelum anda ulangkaji dengan lebih mendalam tentang satu topik. Dengan adanya nota ringkas, anda boleh lebih bersedia dan mendapat gambaran tentang soalan yang mungkin ada dalam kertas soalan. Namun, tetaplah bersedia dengan soalan yang mungkin diluar jangkaan anda. Oleh sebab itu, wujudnya nota ringkas untuk membantu anda memahami topik bagi setiap subjek.

Set soalan peperiksaan lepas

Set soalan peperiksaan lepas dapat membantu anda untuk memahami tentang format peperiksaan. Anda boleh mengulangkaji dengan menjawab set-set soalan yang lepas supaya dapat anda dapat sediakan diri dengan peperiksaan yang bakal diduduki. Bukan itu sahaja, ada kemungkinan bahawa soalan yang telah dijawab dalam set soalan peperiksaan yang lepas akan keluar di peperiksaan yang akan datang. Anda juga boleh akses set soalan yang lepas menggunakan Pandai. 

Dengan harapan, tips yang diberikan dapat membantu adik-adik untuk menjawab peperiksaan dengan jayanya. Selamat berjaya, Young Pandai!

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Exit mobile version