Site icon Pandai Blog

Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 & Tingkatan 4 2024

Permohanan PKSK bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2024/2025 telah dibuka pada 1 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023. PKSK merupakan satu cara penilaian standard yang berpusat bagi penerimaan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus pada tahun 2022 melalui talian dengan menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point merujuk kepada satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian untuk penerimaan ke sekolah khusus, yang menggunakan aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sebagai padanannya.

Permohonan Ke Sekolah Khusus (PKSK)

  • Tarikh Permohonan : 01 Ogos – 17 September 2023
  • Tarikh Semakan Pusat PKSK Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023
  • Tarikh Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023
 
  • Tarikh Semakan Tawaran: 1 Mac 2024
  • Pendaftaran Sekolah: 18 Mac 2024
  • Warganegara Malaysia
  • Daftar dalam sistem APDM KPM (Modul Pengurusan Murid)
  • Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2023 
    • Berumur 12 tahun atau 
    • Lahir pada 2 Januari 2011 – 1 Januari 2012
  • Murid Tingkatan 3 Sesi 2023 
    • Berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2008 – 1 Januari 2009
  • Pastikan maklumat peribadi adalah tepat, betul, dan dicatat buat panduan.
  • Gunakan nombor telefon dan alamat email yang betul dan aktif.
  • Pilih jurusan atau program yang sesuai dengan minat dan kemampuan anak-anak.
  • Isi maklumat penting seperti jumlah pendapatan dengan betul dan jujur.
  • Pilih DLP untuk mendapat pilihan yang lebih banyak.
  • Buat salinan permohonan; simpan dalam bentuk PDF atau cetak slip permohonan.
  • Ingat kata kunci yang digunakan untuk permohonan.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
Untuk Maklumat Lanjut:

Secara keseluruhannya, haruslah kita mengmbil masa untuk membuat kajian sebelum membuat permohonan. Keawalan permohonan tidak akan menentukan peluang yang lebih tinggi. Kebiasannya, bagi Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai ranking tinggi dijangka untuk mendapat jumlah permohonan yang tinggi, jadi saingan juga lebih sengit. Selain itu, penting juga untuk mengambil kira pendapat anak-anak soal pilihan jurusan, lokasi sekolah, dan persediaan untuk bersekolah asrama.

LINK PERMOHONAN PKSK

Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my


Log in or Sign Up at www.pandai.org 
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether

Exit mobile version