Site icon Pandai Blog

Naikkan Skor JDP 3X dengan Sawit Malaysia: Peluang ke Pusingan Akhir!

Adakah anda sudah bersedia untuk meningkatkan skor Juara Digital Pandai (JDP) dan mendaki tangga leaderboard? Inilah peluang anda!

Dengan kelas Sawit Malaysia, anda boleh gandakan skor sebanyak 3X sambil belajar tentang industri sawit Malaysia dengan cara yang menyeronokkan, menarik dan bermanfaat!

Kenapa Sawit Malaysia?

Kelas Sawit Malaysia ini dibawakan dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Council (MPOC), penaja utama Juara Digital Pandai 2026. Jadi, setiap fakta yang anda pelajari tentang industri kelapa sawit datang terus daripada sumber yang dipercayai.

Kelas ini menawarkan pelbagai info menarik tentang industri kelapa sawit. Melaluinya, anda akan tahu manfaat serta kepentingannya kepada ekonomi Malaysia. Daripada fakta asas hinggalah pengetahuan lebih mendalam termasuk manfaat pemakanan minyak sawit dan amalan kelestarian — kelas ni bantu anda tambah ilmu sambil kumpul ganjaran berharga.

Paling istimewa, anda berpeluang memperoleh 3X skor bagi setiap jawapan betul dalam kuiz modul Sawit Malaysia. Jadi, lebih banyak soalan anda jawab dengan betul, lebih tinggi kedudukan anda dalam pertandingan Juara Digital Pandai 2026!

Bagaimana Caranya?

Nak sertai? Ikut langkah mudah ni:

  1. Daftar pertandingan Juara Digital Pandai (JDP) kalau anda belum berdaftar, di my.pandai.org/program/jdp2026.
  2. Log masuk ke Pandai, kemudian klik pada Newscard Sawit Malaysia untuk mendaftar kelas Sawit Malaysia.
  3. Jawab setiap soalan dengan betul untuk memperoleh 3X skor.
  4. Gunakan skor anda untuk bermain permainan dan menebus mata Ruby.
  5. Daki leaderboard dan rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik!

Apa Yang Akan Anda Pelajari?

Melalui kelas Sawit Malaysia, anda akan mengetahui pelbagai info menarik. Antaranya:

Mengapa Anda Perlu Sertai?

Menyertai kelas Sawit Malaysia bukan sekadar menambah pengetahuan. Malah, ia bantu anda kumpul lebih banyak skor dalam JDP! Antara manfaat yang anda boleh nikmati:

Mulakan Pembelajaran Anda Hari Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk naikkan skor JDP anda sebanyak 3X! Sertai kelas Sawit Malaysia dalam aplikasi Pandai sekarang, dan mulakan perjalanan pembelajaran anda hari ini.

Anda bukan sahaja dapat pengetahuan baharu tentang industri sawit Malaysia. Sebaliknya, anda juga mengumpul 3X skor untuk membantu anda mendaki leaderboard. Ingat — semakin banyak anda belajar, semakin banyak peluang untuk anda menang!

Peluang naikkan skor 3X ni hanya sehingga 31 Ogos 2026 sahaja!

Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan pembelajaran Sawit Malaysia dan ambil langkah pertama menuju kejayaan dalam Juara Digital Pandai 2026. Selamat belajar, semoga berjaya! 🌴🏆

Senang je nak apa? Senang je nak Pandai.
Exit mobile version