Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumukan pelanjutan tarikh tutup permohonan UPU Online bagi sesi 2023/2024 dilanjutkan sehingga 13 Jun 2023. Sebarang pertukaran tarikh akan dikemaskini dari masa ke semasa pada portal rasmi UPU. Mari kita lihat secara spesifik apa itu UPU.
Apa itu UPU?
Unit Pusat Univertisiti (UPU) adalah satu portal rasmi sistem permohonan atas talian bagi kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau seangkatannya ke institusi pengajian tinggi (IPT). Antara IPT yang ditawarkan adalah:
- Universiti Awam
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi Latihan Kemahiran Awam
Syarat Kelayakan Permohononan UPU
Sebelum membuat permohonan, pelajar harus menyemak kelayakan terlebih dahulu. Setiap pusat pengajian mempunyai syarat minima untuk melanjutkan pengajian mengikut ketetapan masing-masing dan menawarkan program yang berbeza. Pelajar boleh melayari laman-laman web di bawah untuk membuat rujukan lanjut:
- e-Panduan Permohonan UPU: https://online.mohe.gov.my/epanduan/
- Syarat Kemasukan bagi Pelajar lepasan SPM: https://online.mohe.gov.my/epanduan/kategoriCalon?jenprog=spm
- Syarat Kemasukan bagi pelajar lepasan STPM/Setaraf: https://online.mohe.gov.my/epanduan/kategoriCalon?jenprog=stpm
- Senarai Program UPU Online: https://online.mohe.gov.my/epanduan/senaraiAgensi
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Online
Cara Permohonan UPU Online
- Layari laman web rasmi UPU Online: https://upu.mohe.gov.my/
- Buat semakan semasa mendaftar seperti:
- Kategori calon
- Kategori Program Pilihan
- Syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
- Isi permohonan UPUOnline.
- Pastikan maklumat bertanda (*) diisi dengan lengkap.
- Lengkapkan borang permohonan dan klik simpan dan mohon.
- Seterusnya cetak slip permohonan anda sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Log in or Sign Up at www.pandai.org
Download Pandai App now via Google Play or App Store.
Follow us on our Social Media Now for more updates!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#AchieveTogether