Site icon Pandai Blog

Teknik Menjawab Kertas Soalan Bahasa Melayu; Edisi SPM!

Untuk Bahagian A, pelajar akan menjawab Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan yang mempunyai beberapa kriteria penting untuk skor 25-30 markah dan panjang karangan hendaklah 150-200 patah perkataan. Pada bahagian ini, pelajar perlu ingat untuk menyertakan ungkapan-ungkapan yang menarik seperti; peribahasa, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat ataupun hadis.

Jangan pening-pening! Baca sampai habis–

Cr: Vecteezy

Kita mulakan dengan pendahuluan

Pelajar perlu mula menulis ayat yang menyatakan definisi/berita/statistik/isu semasa berkaitan kehendak soalan. Kemudian, perkembangan situasi dengan isu yang dibincangkan pada masa ini dan huraikan menggunakan formula 

Selepas itu, berikan contoh yang paling relevan dan bertepatan dengan kehendak soalan dan pelajar perlu nyatakan kembali pendirian mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.

Contoh;

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan sukar dibanteras. Keadaan ini membimbangkan kerana apabila dibiarkan, perkara ini akan menjadi seperti api dalam sekam. Fenomena ini bakal melahirkan masyarakat yang tiada integriti dan maruah. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk menbanteras gejala rasuah untuk mendidik generasi baru menjadi lebih berakhlak

Cr: Scribd- IdreezAwang

Pelajar perlu mulakan ayat dengan menyatakan fokus yang dikenal pasti dalam bahan rangsangan yang diberikan untuk dijadikan pencetus idea untuk pengembangan ayat yang seterusnya. Kemudian huraikan sehingga 3-4 ayat uuntuk menunjukkan kesinambungan ayat dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai. 

Pelajar juga boleh memberikan  satu atau lebih contoh yang relevan dan bertepatan dengan fokus bahan rangsangan yang ditulis dalam ayat fokus agar ayat terakhir, yang merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi boleh ditegaskan semula dengan ayat berbeza.

Cr: Vecteezy

Akhirnya, masa untuk ayat penutup!

Pelajar perlu tahu yang ayat kesimpulang terdiri daripada satu ayat sahaja. Oleh itu, mereka harus fokus kepada bahan rangsangan yang ditulis sebagai ayat kesimpulan. Sebagai contoh, ayat cadangan boleh digunakan mengikut kehendak soalan dan hubungkan dengan kata hubung sebagai ayat harapan.

Cr: Cikgu Norazwira Mohd Naw

” Kesimpulanya, masalah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan cekal dan amanah seperti mengadakan kempen tentang baik dan buruk rasuh agar pentadbiran negara menjadi lebih baik”

Cr: Scribd -IdreezAwang

Mari kita senaraikan ciri-ciri markah cemerlang! 

Cr: Cikgu Sazali PPD Kulai

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Exit mobile version