Site icon Pandai Blog

Tema Hari Kemerdekaan/Hari Kebangsaan 2024 Malaysia

Rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun pada 31 Ogos, memperingati kemerdekaan pada tahun 1957. Hari Malaysia pula disambut pada 16 September, menandakan pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. Berikut adalah informasi mengenai Tema Hari Kebangsaan 2024 dan Hari Malaysia 2024, serta Gambar Logo Rasmi untuk makluman semua.

Pada tahun 2024, tema hari kemerdekaan yang dipilih adalah “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”. Tema ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, pada 5 Jun 2024. Tema hari kemerdekaan tahun lepas adalah “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, selaras dengan slogan kerajaan perpaduan, Malaysia Madani.

Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024: Malaysia Madani : Jiwa Merdeka

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 adalah acara tahunan untuk memperingati sejarah dan pencapaian negara sejak kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Pelbagai aktiviti diadakan untuk meningkatkan semangat kebangsaan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Sambutan ini juga membantu memperkukuh identiti kebangsaan Malaysia dan menghargai kepelbagaian budaya, agama, dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

Di bawah ini adalah maklumat berkaitan. Orang ramai boleh merujuk tarikh dan lokasi acara sambutan yang bakal dianjurkan serta memahami tema hari kemerdekaan, logo, dan lagu yang dihasilkan untuk bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Sambutan akan bermula dengan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 13 Julai 2024.

Majlis rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2024 akan diadakan di lokasi berikut:

Maksud Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia Madani

Di bawah adalah makna tema hari kemerdekaan dan logo yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini:

Malaysia Madani
Menggalakkan kemakmuran dan kemajuan Malaysia melalui sokongan terhadap enam nilai utama.

Jiwa Merdeka
Menyatakan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif dalam menghayati semangat patriotik dan cinta kepada negara melalui berbagai cara, termasuk pemikiran, integrasi sosial, dan ekonomi, untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu, harmonis, dan progresif.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka
Simbol kesepaduan holistik negara yang maju dan progresif, memayungi rakyat pelbagai kaum yang bersatu hati dan teguh dalam identiti mereka.

Logo Malaysia Madani Jiwa Merdeka 2024

Sumber: https://www.infoupu.com/tema-hari-kebangsaan


Serlahkan Semangat Patriotisme dengan Semarak Merdeka Pandai!

Setiap tahun, Pandai akan menganjurkan satu pertandingan atau kempen khas untuk para pelajar sertai sempena menyambut hari kemerdekaan kita. Semarak Merdeka adalah pertandingan pertandingan mewarna yang terbuka kepada semua pelajar sekolah dari umur 7 sehingga 17 tahun di seluruh Malaysia. Kami mengajak semua pelajar untuk turut serta dalam pertandingan ini dan menunjukkan bakat kreativiti mereka sambil memeriahkan semangat kemerdekaan. Tekan di sini untuk info lanjut tentang Semarak Merdeka sebelum ini.

Jangan lupa ikuti sosial media Pandai untuk dapatkan maklumat terkini tentang program Semarak Merdeka akan datang!


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial

Exit mobile version