Site icon Pandai Blog

Kenapa selalu hujan? Kenali jenis cuaca, musim, dan iklim di Malaysia!

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan terkenal dengan corak cuaca yang pelbagai. Walaupun negara kita tiada 4 musim yang biasa (seperti musim luruh, musim sejuk, musim bunga, dan musim panas), Malaysia masih mempunyai cuaca yang menarik dan berbeza-beza sepanjang tahun. Jom kita teroka jenis-jenis cuaca dan musim di Malaysia!

Cuaca Harian di Malaysia

Cuaca harian di Malaysia boleh jadi agak panas dan lembap. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa dan terletak di kawasan tropika, yang bermaksud matahari bersinar dengan terik sepanjang tahun. Malaysia boleh dikira all-year-summer lah! Disebabkan ini, selalunya bagi negara Malaysia ada dua musim cuaca yang statik iaitu musim hujan dan musim kemarau.

Musim Hujan

Musim hujan biasanya berlaku pada akhir tahun sekitar November hingga Februari. Pada masa ini, hujan lebat dan angin kuat boleh menjadi norma harian. Beberapa kawasan di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia boleh mengalami banjir pada musim hujan. Tapi, sebab musim hujan ini juga boleh membawa kesegaran kepada alam sekitar, menjadikan landskap alam sekitar lebih segar, hijau dan subur.

Musim Kemarau

Musim kemarau biasanya berlaku di pertengahan tahun dari Mei hingga September. Cuaca di Malaysia pada musim ini cenderung lebih panas dan kering. Cuaca terik adalah waktu yang sesuai untuk melancong ke pantai dan membuat aktiviti outdoor. Beberapa kawasan di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, dan Port DIckson adalah destinasi popular untuk berehat dan bersantai pada musim panas.

Suhu

Suhu di Malaysia agak stabil sepanjang tahun, dengan purata suhu harian antara 25 hingga 30 darjah Celsius. Bagi sesetengah orang, suhu ini mungkin agak panas, tetapi cuaca Malaysia yang lembap membuatkan suhu terasa lebih sejuk. Bagi memastikan keselesaan sepanjang hari, kita kena pakai pakaian yang selesa dan melindungi diri dari sinaran UV dengan menggunakan pelindung matahari.

Sebenarnya ada banyak lagi benda yang kita boleh pelajari tenatng cuaca dekat Malaysia. Contohnya jenis hujan dan angin di Malaysia, faktor yang mempengaruhi cuaca-cuaca ini, kesan perubahan cuaca di Malaysia, dan macam-macam lagi! Menarik kan?

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang cuaca dan iklim di Malaysia? Jom baca nota dalam aplikasi Pandai! Mari fahami dan jelajah keindahan cuaca di negara kita!

Exit mobile version