Site icon Pandai Blog

Tips Untuk Pelajar Yang Selalu Ulangkaji “Last Minute”

Siapa dekat sini yang suka study last minute? Semua student selalunya gemar study bila dah nak final exam. Hari-hari terakhir tu mula lah nak refer balik notes yang bersepah-sepah tanpa ada tujuan yang betul. Hari ini, PANDAI nak share serba sedikit tips buat student yang buntu nak ulang kaji masa last minute.

“Relaks. Jangan panic”

Source : www.chinemeiloh.com

1. Rujuk nota-nota ringkas

Guna highlighter yang berwarna-warni untuk point out definisi, fakta penting dan isi kandungan dalam buku teks yang confirm masuk exam! Nota-nota pendek selalu nya straight to the point dan senang nak hafal. Semak key point yang penting untuk buat summary yang padat. Biasanya untuk dapat teknik menghafal dengan berkesan, student selalu menggunakan teknik “Mnemonic Device” iaitu teknik singkatkan huruf untuk membentuk acronym. Jadi, boleh cuba taktik macam ini.

Pandai pon ada ciri khas Nota ringkas tau. Nota Pandai adalah inisiatif penyediaan nota ringkas pembelajaran berdasarkan kurikulum sekolah kebangsaan (KSSR & KSSM). Setiap nota disusn mengikut tahun, subjek, bab dan topik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Inisiatif ini merupakan usaha Pandai untuk memastikan semua pelajar sekolah mendapat nota pendidikan yang berkualiti.

Source : istockphoto

2. Study Group Works!

Bagi yang suka study sendiri tu, ulang kaji beramai-ramai sangat lah berguna di saat-saat akhir. Lebih-lebih lagi untuk berkongsi nasihat cikgu semasa dalam kelas. Konsep idea-idea bernas akan keluar secara berulang kali bila dibuat dalam kumpulan. Cara study group juga menjimatkan masa tau, student akan jadi lebih fokus kerarah point-point penting. Dapat juga mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan!

Source : Dreamstime.com

3. Elak gangguan teknologi

Memang susah nak berenggang dengan internet lagi-lagi bila semua informasi dalam laptop. Kebanyakkan maklumat cikgu bagi dalam laptop ialah kerana kelas online. Tapi, pelajar mestilah bijak menggunakan masa supaya tak tengok benda yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, pelajar boleh rujuk ciri ciri yang ada dalam Aplikasi Pandai. Pandai mempunyai flashcard yang colourful, kuiz yang tidak berulang, jawab contoh soalan peperiksaan dan macam macam lagi. Boleh ke website kami https://pandai.org/ untuk tahu lebih lanjut ya!

Source : Health Lab Blog – Michigan Medicine

4. Tidur yang cukup!

Pastikan tidur secukupnya sebelum menjelang peperiksaan. Kalau kurang tidur, badan jadi lemah, susah nak fokus dan silap-silap semua point yang hafal semalam hilang! Jadi, potensi untuk blank atau hilang fokus sangat besar kerana otak tidak berfungsi dengan baik. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, student perlu mengamalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan segar, smoothies, telur, ikan, kacang dan green tea. Semua makanan tu ada fiber yang tinggi untuk tolong otak berfikir dengan lebih effektif.

Source : MDLinx

5. Lapangkan fikiran!

Bila dah last minute tu, macam macam nak fikir. Kad matrik tiba-tiba hilang lah, slip exam lambat print dan banyak lagi. Jadi, waktu-waktu macam ini kena isolate ke tempat yang sesuai untuk belajar seperti library ke atau pun tempat tidak menganggu perhatian. Tinggalkan komitmen yang ada terlebih dahulu dan tumpukan sepenuhnya untuk belajar. Student juga boleh memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri supaya lebih bermotivasi.

Jom ikuti 5 Tips ni untuk pelajar yang suka study last minute! Lebih baik sebenarnya kalau kita bersiap sedia dengan lebih awal, tapi kalau belajar last minute lagi senang nak hadam maklumat, ikutlah yang mana kita lebih selesa.

Log in atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficialBlog: blog.pandai.org

Exit mobile version