Site icon Pandai Blog

Di Balik Nama Top 20 Alpha Elite: Siapa Wan Nur Hidayah?

Setiap nama dalam senarai Top 20 Alpha Elite Pandai datang dengan cerita tersendiri. Di sebalik markah cemerlang dan kedudukan teratas itu, tersembunyi kisah perjuangan, harapan, dan usaha yang luar biasa. Namun satu nama benar-benar menarik perhatian kami: Wan Nur Hidayah Solehah binti Wan Ismail.

Hidayah bukanlah pelajar dari sekolah elit, jauh sekali anak orang ternama. Dia berasal dari Jinjang Utara dan bersekolah di SMK Jinjang. Tapi semangatnya, cara dia mendidik diri sendiri, dan kepercayaannya pada potensi diri telah membawa dia ke satu tahap yang jarang dicapai oleh pelajar sebayanya — berada dalam kelompok pelajar terbaik Pandai seluruh negara.

Di usianya yang baru mencecah 16 tahun, Hidayah memikul pelbagai tanggungjawab sebagai pelajar: Pembimbing Rakan Sebaya, Penolong Ketua Kelas, Naib Setiausaha PRS, dan juga Naib Setiausaha Kelab Geografi. Apabila ditanya bagaimana dia boleh uruskan semua itu sambil kekal konsisten dalam pelajaran, jawapannya ringkas tetapi bermakna: “Bila nak belajar, belajar betul-betul. Bila nak main, main betul-betul.”

Sumber dari Hospital UiTM

Cita-cita Hidayah bukan biasa-biasa. Dia mahu menjadi seorang ahli forensik patologi — satu bidang yang memerlukan bukan hanya kecemerlangan akademik, tetapi juga disiplin, fokus, dan kecekalan mental yang tinggi. Menyedari laluan ke arah impian itu tidak mudah, dia tahu dia perlu belajar dengan cara yang lebih tersusun dan berkesan. Dan itulah titik pertemuannya dengan aplikasi Pandai.

Pada mulanya, Hidayah menggunakan versi percuma Pandai. Tapi lama-kelamaan, dia mula merasai had yang wujud — soalan kuiz yang terhad, tiada akses ke kelas live tuition, dan tiada jadual belajar yang boleh dia pegang secara konsisten. Namun dia tidak mudah mengalah. Peluang datang apabila dia mendapat tajaan daripada program HOPE, dan tidak lama selepas itu, dia menerima biasiswa penuh daripada Pandai dan Axiata untuk menggunakan Pandai Premium sepenuhnya.

Dengan Pandai Premium, semuanya berubah. Hidayah dapat akses kepada ribuan kuiz mengikut topik-topik penting, menghadiri kelas live yang dijalankan oleh tutor profesional, dan yang paling penting — dia dapat merancang sesi ulangkaji mengikut kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Ibunya turut memberi sokongan penuh, malah sanggup membelikan sebuah tablet khas untuk memudahkan Hidayah belajar dengan lebih selesa.

“Dalam Pandai, saya boleh fokus ikut topik mana saya lemah. Lepas buat kuiz, saya nampak sendiri peningkatan markah saya,” katanya dengan yakin.

Namun, aplikasi Pandai bukan sekadar tempat untuk ulangkaji akademik. Apa yang menjadikan ia lebih bermakna kepada Hidayah ialah rasa komuniti yang wujud dalam aplikasi itu. Dia jumpa ramai pelajar lain yang turut bersemangat dan berdedikasi. Dia rasa disokong, tidak keseorangan, dan lebih bermotivasi untuk terus maju.

Kini, selain menumpukan perhatian kepada subjek sekolah, Hidayah juga sedang belajar lima bahasa asing — Sepanyol, Jerman, Thai, Vietnam dan Korea. Baginya, belajar sesuatu yang baharu adalah satu cara untuk terus mencabar diri. “Saya suka belajar benda baru. Saya suka cabar diri saya,” katanya sambil ketawa kecil.

Ramai kawan Hidayah mula perasan perubahan dalam dirinya. Mereka tertanya-tanya aplikasi apa yang dia gunakan. Apabila dia bercerita tentang Pandai — bagaimana Pandai memberikan markah PAJSK, menawarkan sijil rasmi, ganjaran bulanan, dan membolehkan pelajar bersaing secara sihat di leaderboard — ramai yang terkejut dan mula memuat turun aplikasi tersebut.

“Kalau tak ada Pandai, saya tak rasa saya akan sampai tahap ni. Saya tak rasa saya genius. Tapi saya percaya saya konsisten. Dan saya pilih cara belajar yang sesuai dengan saya,” kata Hidayah dengan rendah diri.

Hari ini, setiap kali dia membuka aplikasi Pandai, Hidayah tahu dia bukan sekadar menjawab kuiz atau menonton kelas live — dia sedang membina masa depan satu langkah demi satu langkah. Dia juga telah menerima Anugerah Kecemerlangan di sekolah hasil konsistensi dan disiplin yang dia pupuk sendiri.

Semua itu bermula dari satu tindakan kecil — memuat turun aplikasi Pandai.

Saya hanyalah pelajar biasa. Tapi saya ada impian. Dan Pandai bantu saya buktikan bahawa pelajar biasa pun boleh jadi luar biasa

Apa Yang Kami Harap Anda Dapat Daripada Kisah Ini

Kisah Hidayah bukan sekadar kisah kejayaan — ia adalah kisah tentang peluang yang terbuka untuk semua, tidak kira latar belakang atau lokasi. Ia adalah kisah tentang usaha dan konsistensi, tentang keberkesanan Pandai Premium, dan tentang bagaimana teknologi boleh mengubah masa depan pelajar secara nyata.

Kami berharap dengan adanya testimoni ini dapat memberi semangat kepada pelajar dan ibu bapa di seluruh Malaysia, untuk percaya bahawa dengan alat yang betul, pelajar biasa boleh mencipta kisah yang luar biasa.


Sudah Sedia Untuk Jadi Seperti Hidayah?

Jangan tunggu lagi. Muat turun aplikasi Pandai sekarang di go.pandai.org/download dan mula bina perjalanan belajar anda hari ini.

Dan jika anda bersedia untuk capai potensi sebenar seperti Hidayah, naik taraf ke Pandai Premium. Siapa tahu, mungkin nama anda pula akan muncul dalam senarai Alpha Elite yang seterusnya.

Sumber

  1. Universiti Teknologi MARA. (n.d.). Jabatan Forensik. UiTM Hospital. https://hospital.uitm.edu.my/index.php/ms/jabatan-forensik 
Exit mobile version