Site icon Pandai Blog

6 Langkah Menjadi Pelajar Yang Produktif dengan betul.

​​Ada sesetengah pelajar yang bimbangkan prestasi pelajarannya yang merosot kerana bimbang akan prestasi akademiknya yang tidak meningkat. Sudah menjadi fitrah pelajar yang ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang. 

Persoalannya, bagaimana?

Kadang kita dengar ada orang yang belajar 1 jam sehari sahaja sudah cukup, tetapi ada orang yang mengadap buku sehingga 3 jam, tetapi hanya faham satu muka surat sahaja.  Ini kerana pembelajaran mereka tidak menghasilkan produktiviti yang sepatutnya! 

Pandai akan menyingkapkan satu persatu cara untuk meningkatkan prestasi pelajaran dengan meningkatkan produktiviti belajar dan juga prestasi akademik dengan betul.

1. Duduk, Tulis dan Atur (DTA). 

Pernah dengar tak istilah ini?

Pertama sekali, ambil kertas, dan senaraikan apakah perkara yang perlu pelajar lakukan termasuklah kerja rumah, mengulangkaji pelajaran, menyiapkan kerja kursus, latihan bola tampar ataupun membasuh baju! Jangan biarkan tugasan-tugasan itu berserabut di dalam kepala pelajar. Tuliskan di atas kertas dengan teratur. 

Cr: studentlife.com

2. Kreatif dalam Mencipta kepelbagaian dalam Pembelajaran. 

Untuk mengelakkan kebosanan, pelajar perlu lakukan langkah ini. Jangan terbelenggu dengan kaedah yang sama dalam belajar. Contohnya, selain daripada membaca dan membuat nota, pelajar boleh melakukan latihtubi serta belajar dalam kumpulan. Selain itu, daripada mengulangkaji di meja belajar, mungkin pelajar boleh mengulangkaji di halaman rumah atau di perpustakaan. 

3. Sentiasa “up to date”  dalam pelajaran. 

Jangan tergelincir! 

Apa yang boleh dilakukan adalah, pelajar boleh menulis matlamat dan sasaran belajar pelajar di atas “study board” dan letakkan pada tempat yang mudah untuk dilihat. Jika perlu, buat versi “pocket-size” dan boleh bawa ke mana-mana. Jika belum buat, berusahalah sekarang!

4. Elakkan berlengah-lengah

Pelajar perlu elakkan penangguhan kerja kerana kerja rumah yang ditangguhkan boleh menjadi dua kali banyaknya unutuk esok, minggu ini dan minggu hadapan. Akibatnya, semakin banyak kerja-kerja yang mesti dibuat. Jadi, jauhkan sifat melarikan diri dari timbunan kerja. Cepat-cepatlah atasi dari sekarang!

5. Katakan tidak kepada “perfectionist”

Selalu nya, jika pelajar itu inginkan kerja nya sempurna dan tersusun, mereka akan menghabiskan banyak masa untuk hasil yang tidak seberapa. Kadangkala pelajar banyak menghabiskan masa untuk perkara yang tidak penting; semata-mata untuk menjadikannya sempurna sampai berpuluh minit hanya untuk satu perenggan! Akibatnya mereka akan menjadi lebih penat akan target yang perlu dicapai.

Cr: studentlife.com

6. Berikan masa dan ruang yang cukup!

Jika ada banyak benda yang boleh diselesaikan, memberikan sedikit masa untuk menyusunya. Contohnya, ketidakfahaman konsep dalam belajar. Dalam situasi sebegini, tinggalkanlah ia buat sementara dan “bookmark” di bahagian tepi. Berilah sedikit masa untuk otak berfikir tentangnya. Jika masih tak dapat, bertanyalah kepada guru dan rakan pelajar. 

Di Pandai, kami percaya akan peningkatan pelajar jika mereka berusaha. Cubalah satu persatu dan jadikan sebagai satu senarai harian untuk diamalkan secara beransur-ansur. Tetapkan sasaran peningkatan dari sehari ke sehari kemudian, buat lah analisa pelajaran pelajar setiap kali tiba hujung bulan. 

Selamat berjaya!

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Exit mobile version