GET PANDAI APP NOW

Articles

Jenis-Jenis Universiti di Malaysia: Apa Pilihan Terbaik Untuk UPU?

Setiap tahun, ribuan pelajar lepasan SPM akan melalui satu fasa yang cukup mencabar – memilih laluan untuk lanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini bukan sekadar soal nak sambung belajar di mana, tapi keputusan yang bakal menentukan masa depan dan kerjaya impian mereka. Di Malaysia, ada pelbagai jenis universiti awam seperti universiti penyelidikan, universiti komprehensif, dan universiti berfokus yang memainkan peranan penting. Dengan pelbagai pilihan institusi pengajian tinggi ini di Malaysia, tekanan untuk buat keputusan yang tepat sering kali membuatkan mereka rasa buntu dan keliru, terutamanya dalam memilih untuk kemasukan ssistem UPU. Jadi, macam mana nak pilih universiti yang sesuai dengan minat dan potensi anda? Jangan risau, kami ada untuk bantu anda buat pilihan yang lebih mudah dan jelas!

Tapi sebelum tu, jom kenali dulu jenis-jenis universiti awam di Malaysia. Tahu tak, universiti awam ni ada tiga kategori utama: universiti penyelidikan, universiti komprehensif, dan universiti berfokus. Nak tahu apa bezanya? Teruskan baca penerangan di bawah!

Jenis-jenis Universiti Awam di Malaysia

1. Universiti Penyelidikan (Research University)

Universiti penyelidikan ialah universiti yang berfokuskan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan.

Antara bidang yang sesuai dengan universiti penyelidikan ialah:

  1. Sains dan Teknologi
  2. Perubatan dan Kesihatan 
  3. Kejuruteraan 
  4. Sains Sosial dan Kemanusiaan 
  5. Alam Sekitar dan Sumber Asli
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  7. Perniagaan dan Pengurusan 
  8. Sains Asas

Antara institusi pengajian tinggi atau universiti awam yang tergolong dalam kategori universiti penyelidikan ialah:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM)

2. Universiti Berfokus (Focused University)

Universiti berfokus ialah universiti yang memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya. Kebiasaannya, universiti dalam kategori ini akan memberi fokus dalam bidang kejuruteraan, pendidikan dan pertahanan. 

Antara universiti yang diiktiraf sebagai universiti berfokus ialah:

  1. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  3. Universiti tUN Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  5. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  6. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  7. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  8. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  9. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  10. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

3. Universiti Komprehensif (Comprehensive University)

Universiti komprehensif ialah universiti yang menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian dalam satu universiti, sesuai untuk pelajar yang ingin mendalami pelbagai bidang atau dapatkan akses kepada pilihan pengajian yang lebih meluas.

Antara universiti awam yang termasuk dalam kategori universiti komprehensif ialah: 

  1. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Untuk maklumat lanjut tentang universiti awam di malaysia, boleh rujuk di sini!.  

Temui Jenis Universiti Impian Anda dengan Padanan Universiti Pandai!

Memilih universiti yang sesuai dengan minat dan bidang pengajian memang boleh jadi agak mencabar. Tapi dengan feature Padanan Universiti dari Pandai, proses ini jadi jauh lebih mudah dan pantas! Anda boleh cari universiti terbaik untuk masa depan anda dengan hanya beberapa klik.

Kenapa Pilih Padanan Universiti Pandai?

Kalau anda masih rasa ragu-ragu nak pilih universiti, feature ni memang direka khas untuk anda. Ia boleh jimatkan masa, beri panduan yang jelas, dan bantu anda buat keputusan yang paling tepat.

Cara Guna:

  1. Log masuk ke akaun Pandai anda di app.pandai.org/app/login atau buka aplikasi Pandai.
  2. Guna laman web? Klik bahagian Potential.
  3. Guna aplikasi mudah alih? Klik bahagian Extra.

Kami juga galakkan anda rujuk maklumat rasmi UPU dan dapatkan nasihat dari guru atau kaunselor pendidikan untuk lebih yakin dengan pilihan anda.

Mudah je kan? Jadi, log masuk ke Pandai sekarang dan mula langkah pertama anda menuju universiti idaman! 🎓✨

Log in atau daftar di www.pandai.org