Program Baucar Buku MADANI, yang diumumkan oleh kerajaan sejak Mei 2024 yang lalu, terus mendapat sambutan hangat apabila 97.98% pelajar dan mahasiswa telah membuat penebusan setakat ini. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah dan mahasiswa mendapatkan bahan pembelajaran secara percuma, sekali gus meringankan beban kewangan keluarga. Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan bahawa pemberian Baucar Buku MADANI ini merupakan usaha kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan amalan membaca dalam kalangan generasi muda.
Jika anda belum membuat penebusan, jangan risau, proses penebusan baucar buku tersebut boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2024! Artikel ini akan membantu anda untuk membuat penebusan baucar buku dengan mudah.
PENEBUSAN BAGI MURID SEKOLAH
1. Pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan ID/Password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
2. Pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
3. Pelajar boleh memilih buku yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
4. Setelah selesai memilih, pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
Untuk maklumat lanjut tentang penebusan baucar buku RM50, boleh klik di sini.
PENEBUSAN BAGI PELAJAR UNIVERSITI
1. Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
2. Kemudian, klik di bahagian ‘register’ dan masukkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor matrik.
3. Kod akan dijana sekiranya layak.
4. Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
5. Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
Maklumat lanjut tentang Baucar Buku MADANI, boleh dilayari di sini.
Tingkatkan Pembelajaran dengan Buku Teks Percuma di Aplikasi Pandai
Selain memanfaatkan Baucar Buku MADANI, anda juga boleh menggunakan aplikasi Pandai sebagai sumber pembelajaran tambahan. Aplikasi ini menawarkan buku teks digital percuma yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelebihan Buku Teks Percuma di Pandai:
- Percuma: Buku teks boleh dimuat turun tanpa sebarang bayaran.
- Digital & Mudah Diakses: Simpan semua buku teks anda dalam satu aplikasi yang mudah diakses melalui telefon pintar atau tablet.
- Interaktif: Selain buku teks, Pandai menyediakan kuiz, nota, dan latihan interaktif untuk membantu pemahaman pelajar.
Cara Muat Turun Buku Teks di Pandai:
- Log masuk ke akaun Pandai anda.
- Tekan bahagian learn dan pilih textbooks.
- Dan kemudian anda boleh memilih buku teks yang anda ingin muat turun.
Baucar Buku MADANI adalah satu inisiatif hebat yang membolehkan pelajar sekolah dan mahasiswa mengakses bahan pembelajaran secara percuma, sekali gus meringankan beban kewangan keluarga. Dengan proses penebusan yang mudah dan pelbagai pilihan buku, program ini bukan sahaja membantu pelajar memenuhi keperluan akademik para pelajar tetapi juga menyemai budaya membaca dalam kalangan generasi muda.
Sebagai pelengkap kepada program ini, aplikasi Pandai menyediakan buku teks digital percuma serta bahan pembelajaran interaktif yang memudahkan pelajar untuk belajar di mana sahaja. Gabungkan penggunaan Baucar Buku MADANI dengan aplikasi Pandai untuk pengalaman pembelajaran yang lebih komprehensif dan menyeronokkan.
Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan kedua-dua inisiatif ini! Tebus baucar anda sebelum 31 Disember 2024, dan muat turun aplikasi Pandai hari ini untuk melangkah lebih jauh dalam perjalanan akademik anda.
Sekarang belajar boleh di mana-mana dan bila-bila masa sahaja! Tunggu apa lagi? Jom gunakan feature buku teks dalam Pandai Apps!
Log in atau daftar di www.pandai.org
Download Pandai App melalui Google Play atau App Store
Follow social media kami sekarang!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial