
Bulan Ramadan dan Syawal semakin hampir, dan tahun ini, Pandai bawakan sesuatu yang lebih istimewa untuk anda! Sertai Raya Sungguh!, kempen khas Ramadan & Raya yang penuh dengan aktiviti menarik dan peluang memenangi Duit Raya Pandai! Jangan lepaskan peluang untuk meriahkan sambutan anda dengan hadiah-hadiah menarik.
Apa Itu Raya Sungguh!?
Raya Sungguh! adalah kempen khas sempena bulan Ramadan dan Syawal yang berlangsung dari 17 Mac hingga 22 April. Sepanjang kempen ini, anda berpeluang memenangi lebih RM1,000 Duit Raya Pandai dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik.
Menariknya, kempen ini terbuka kepada semua pengguna Pandai dan percuma untuk disertai! Jadi, jom sama-sama sertai keseronokan Raya Sungguh! bersama Pandai.
Cara Untuk Menang Duit Raya Pandai
Nak menang RM50 Duit Raya Pandai? Mudah sahaja!
- Kumpul 20 skor dalam aplikasi Pandai – Setiap kali anda mencapai 20 skor, anda berpeluang untuk menang RM50!
- Tempoh pertandingan: 17 Mac – 22 April (rehat dari 27 Mac – 1 April)
- Sertai pertandingan media sosial @pandaiofficial – Lagi banyak penyertaan, lagi besar peluang untuk menang!
Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Ramadan & Raya
Bukan sekadar pertandingan, Raya Sungguh! juga menawarkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan penuh dengan ilmu! Antaranya:
- Cari Sungguh-Sungguh – Uji ketelitian anda dalam mencari jawapan yang betul dalam cabaran khas ini.
- Dulu Lain, Sekarang Lain #MyRayaStory – Kongsi perubahan pengalaman Ramadan & Raya anda dari dulu hingga sekarang.
- Silang Sana Sini Ramadan Raya – Cabaran teka silang kata yang menguji pengetahuan anda tentang budaya & tradisi Raya.

Cara Sertai Pertandingan di Media Sosial
Nak tambah peluang menang Duit Raya Pandai? Sertai pertandingan di media sosial dengan langkah mudah ini:
- Follow @pandaiofficial di Instagram
- Komen pada post pertandingan dengan jawapan atau penyertaan anda
- Tag 2 rakan untuk turut serta
Jangan Lepaskan Peluang!
Sambut Ramadan & Syawal dengan lebih meriah tahun ini bersama Raya Sungguh! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi Duit Raya Pandai dan nikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini.
Sertai sekarang dan follow @pandaiofficial untuk maklumat lanjut!