
Ramai pelajar lepas SPM rasa semangat nak sambung belajar, tapi bila fikir bab duit… terus rasa buntu. Yuran pengajian, sewa rumah, buku, makan minum – semua tu perlukan kos, dan bukan semua keluarga mampu tanggung. Tapi tahu tak, sebenarnya banyak bantuan kewangan yang boleh bantu korang capai impian tu – sama ada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman pendidikan untuk lepasan SPM. Cuma yang penting, kena tahu beza antara dua ni, dan mana satu paling sesuai ikut situasi masing-masing.
Anda Pelajar Cemerlang SPM? Ini Senarai Biasiswa & Pinjaman Lepasan SPM Untuk Membantu Anda Kurangkan Beban Kewangan!
Biasiswa memang best – tak payah bayar balik. Tapi biasanya, syarat ketat dan saingan pun ramai. Pinjaman pula lebih mudah nak mohon, tapi ada komitmen lepas grad nanti.
Tak kisah jalan mana pun yang korang pilih, yang penting – jangan biarkan kekangan kewangan jadi penghalang untuk berjaya. Jom kita kenal-kenal dulu apa beza antara biasiswa dan pinjaman. Mana tahu, rezeki korang ada kat salah satu daripadanya.
Biasiswa
Biasiswa adalah bantuan kewangan yang TIDAK PERLU DIBAYAR BALIK. Namun, persaingannya tinggi dan biasanya memerlukan pelajar cemerlang dari segi akademik serta aktif kokurikulum.
1. Biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)
- Kelayakan: Minimum 9A SPM, aktif kokurikulum.
- Program: Biasiswa Dalam Negara & Luar Negara (bidang kritikal).
- Tarikh Tutup: Mac – Mei.
- Nota: Melibatkan temuduga dan ujian psikometrik.
- Cara Mohon:
- Layari portal rasmi: https://esilav2.jpa.gov.my
- Daftar akaun (jika belum ada).
- Isi borang permohonan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Tunggu emel untuk jemputan temuduga/ujian.
- Layari portal rasmi: https://esilav2.jpa.gov.my
2. Biasiswa Yayasan Khazanah
- Kelayakan: SPM cemerlang, aktif dalam kepimpinan & kokurikulum.
- Tajaan: Dalam & luar negara (termasuk program pra-universiti).
- Tarikh Tutup: April – Mei.
- Nota: Melalui beberapa peringkat saringan termasuk esei dan temuduga.
- Cara Mohon:
- Kunjungi laman: https://www.yayasankhazanah.com.my
- Pilih program yang sesuai (contoh: Khazanah Global Scholarship).
- Isi borang atas talian dan hantar sebelum tarikh tutup.
- Kunjungi laman: https://www.yayasankhazanah.com.my
3. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM)
- Kelayakan: 9A ke atas SPM, minat bidang ekonomi/kewangan.
- Tajaan: Foundation + Degree (lokal & luar negara).
- Tarikh Tutup: Mac – April.
- Nota: Wajib lalui ujian khas dan temuduga.
- Cara Mohon:
- Layari laman rasmi: https://www.bnm.gov.my
- Klik bahagian “Scholarship” dan pilih kategori SPM.
- Mohon secara online dan sediakan dokumen seperti salinan IC, slip SPM, dan sijil-sijil berkaitan.
- Layari laman rasmi: https://www.bnm.gov.my
4. Biasiswa Petronas Education Sponsorship Programme (PESP)
- Kelayakan: Straight A SPM, bidang STEM.
- Tajaan: Asasi + Ijazah (dalam/luar negara).
- Tarikh Tutup: Mac – April.
- Cara Mohon:
- Kunjungi: https://educationsponsorship.petronas.com.my
- Buat akaun dan lengkapkan permohonan atas talian.
- Sediakan dokumen seperti result SPM, resume, dan aktiviti kokurikulum.
- Kunjungi: https://educationsponsorship.petronas.com.my
5. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)
- Kelayakan: Pelajar cemerlang, minat bidang kejuruteraan.
- Tajaan: Program Asasi & Ijazah (terutamanya ke UNITEN).
- Tarikh Tutup: April – Mei.
- Nota: Pelajar aktif luar bilik darjah digalakkan mohon.
- Cara Mohon:
- Layari: https://ytn.tnb.com.my
- Klik pada “Permohonan Biasiswa”.
- Lengkapkan permohonan dan hantar dokumen lengkap dalam sistem.
- Layari: https://ytn.tnb.com.my
PINJAMAN PENDIDIKAN
Pinjaman sesuai untuk pelajar yang tidak layak menerima biasiswa tetapi masih ingin sambung belajar. Sesetengah pinjaman boleh ditukar ke biasiswa jika prestasi akademik cemerlang.
1. PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
- Kelayakan: Semua pelajar IPTA/IPTS yang diiktiraf MQA.
- Boleh tukar ke biasiswa?: Ya, jika tamat pengajian dengan First Class.
- Cara Mohon: Melalui laman web PTPTN. Perlu daftar SSPN terlebih dahulu.
- Syarat: Pengajian di peringkat diploma dan ijazah, kursus mesti diiktiraf MQA.
2. MARA (Majlis Amanah Rakyat)
- Kelayakan: Pelajar Bumiputera sahaja. Keputusan akademik baik.
- Boleh tukar ke biasiswa?: Ya, jika keputusan akademik cemerlang.
- Cara Mohon: Laman web rasmi MARA.
- Nota: Tawaran lebih banyak untuk bidang kejuruteraan, teknikal, profesional & luar negara.
3. Yayasan Negeri (Contoh: Yayasan Terengganu, Yayasan Sabah, Yayasan Selangor)
- Kelayakan: Pelajar asal negeri tertentu.
- Boleh tukar ke biasiswa?: Sesetengah yayasan tawar biasiswa penuh, sesetengahnya pinjaman boleh ubah.
- Cara Mohon: Laman web rasmi yayasan negeri masing-masing, seperti Terengganu, Selangor, Pahang, Sabah dan Perak.
- Nota: Syarat berbeza ikut negeri.
4. Pinjaman Pendidikan Bank (Contoh: Maybank Education Financing, RHB Education Loan)
- Kelayakan: Pelajar yang sudah mendapat tawaran IPT, penjamin diperlukan.
- Boleh tukar ke biasiswa?: Tidak.
- Cara Mohon: Permohonan di cawangan bank atau laman web rasmi Maybank Education Financing atau RHB Education Loan
- Nota: Yuran perkhidmatan & kadar faedah dikenakan.
Tak kira sama ada anda mohon biasiswa atau pinjaman, yang paling penting adalah buat kajian awal dan jangan tunggu saat akhir. Pastikan semua dokumen lengkap dan fahami syarat setiap permohonan.
Tip Bonus: Gunakan kalendar dan reminder untuk track tarikh tutup permohonan, dan sediakan resume ringkas + dokumen sokongan (salinan IC, keputusan SPM, sijil aktiviti).
Kalau ada rezeki, satu hari nanti anda pula yang bantu orang lain capai impian mereka
Terdapat lebih 80 senarai biasiswa untuk pelajar lepasan SPM 2025, untuk senarai penuh biasiswa terkini, sila lawati Biasiswa Malaysia.
Dapatkan Info Terkini Biasiswa di Telegram
Untuk maklumat terkini mengenai biasiswa dan peluang pendidikan, sertai saluran rasmi Telegram Biasiswa Malaysia Scholarships 2025 di pautan berikut:
👉 https://t.me/BiasiswaMalaysia
Atau, anda boleh mengimbas kod QR di bawah untuk terus menyertai saluran tersebut:

# Tips Tambahan
- Semak Kelayakan: Periksa syarat kelayakan bagi setiap biasiswa sebelum memohon.
- Sediakan Dokumen Sokongan: Sediakan salinan keputusan SPM, sijil-sijil kokurikulum, dan dokumen lain yang diperlukan.
- Pantau Tarikh Penting: Sentiasa peka dengan tarikh tutup permohonan untuk mengelakkan terlepas peluang.
Semoga berjaya dalam permohonan!