GET PANDAI APP NOW

ArticlesCorporatePandaiProgram

Apa Jadi Bila Pandai Turun ke 40 Sekolah di Rembau? Ini yang Kami Lihat pada Murid dan Sekolah

Rembau, Negeri Sembilan — Pandai telah melaksanakan Pandai School Tour (PST) x Rembau dari 28 April 2026 hingga 30 April 2026, melibatkan 40 buah sekolah di sekitar daerah Rembau.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan program ini, sesi bersama murid dijalankan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang penggunaan Aplikasi Pandai sebagai medium pembelajaran kendiri yang lebih mudah, interaktif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran semasa. Dalam masa yang sama, sesi ini turut memperkenalkan pendekatan pembelajaran abad ke-21 serta menyokong usaha meningkatkan keaktifan DELIMa di sekolah.

Dengan capaian seramai 7,326 murid dan 3,845 ibu bapa, lawatan ini memperlihatkan sambutan yang sangat baik daripada sekolah-sekolah di Rembau terhadap inisiatif pembelajaran digital yang dibawa terus ke sekolah.

Bila Pembelajaran Digital Dibawa Terus ke Sekolah

Melalui PST x Rembau, murid diberi pendedahan tentang bagaimana teknologi boleh membantu mereka belajar dengan lebih teratur, lebih fleksibel dan lebih yakin. Sesi yang dijalankan bukan sahaja memperkenalkan fungsi Aplikasi Pandai, tetapi juga menunjukkan bagaimana pembelajaran digital boleh dimanfaatkan dalam rutin harian murid.

Pendekatan seperti ini penting kerana murid hari ini semakin dekat dengan dunia digital. Apabila teknologi digunakan dengan cara yang betul, pembelajaran boleh jadi lebih interaktif, lebih mudah diakses, dan lebih dekat dengan cara murid menerima maklumat.

Sepanjang siri lawatan ini, sesi telah dikendalikan oleh speaker Pandai iaitu Taufik, Luqman, Nafees, Affiq dan Nasrullah.

Tiga Hari, Tiga Sesi Sehari di Rembau

Program ini dijalankan selama tiga hari dengan tiga sesi setiap hari, iaitu pada pukul 8.00 pagi, 10.00 pagi dan 12.00 tengah hari.

Selasa, 28 April 2026

Sesi 1: 8.00 pagi – 9.30 pagi

  • SK Legong Ulu
  • SK Semerbok
  • SMA Haji Mohd Yatim
  • SK Chengkau

Sesi 2: 10.00 pagi – 11.30 pagi

  • SK Titian Bitangor
  • SK Astana Raja
  • SK Kota
  • SK Kampong Tanjong
  • SK Salak Nama

Sesi 3: 12.00 tengah hari – 1.30 tengah hari

  • SK Sawah Raja
  • SMK Dato’ Undang Haji Adnan
  • SK Tun Haji Abdul Malek
  • SK Kampong Batu

Rabu, 29 April 2026

Sesi 1: 8.00 pagi – 9.30 pagi

  • SK Kundor
  • SK Bongek
  • SK Undang Rembau
  • SK Pedas
  • SK Sepri

Sesi 2

  • SK Pulau Besar
  • SMK Undang Rembau (Sesi 1)
  • SMK Pedas

Sesi 3: 12.00 tengah hari – 1.30 tengah hari

  • SM Sains Rembau
  • SK Pilin
  • SMK Undang Rembau (Sesi 2)
  • SMA Haji Ibrahim Rembau

Khamis, 30 April 2026

Sesi 1: 8.00 pagi – 9.30 pagi

  • SK Kayu Ara
  • SK Seberang Batu Hampar
  • SK Dato’ Shah Bandar

Sesi 2: 10.00 pagi – 11.30 pagi

  • SK Chembong
  • SMK Datuk Abdullah

Sesi 3: 12.00 tengah hari – 1.30 tengah hari

  • SMK Dato’ Sedia Raja
  • Kolej Vokasional Dato’ Undang Hj. Muhamad Sharip

Sambutan Baik Daripada Sekolah-Sekolah di Rembau

Sepanjang pelaksanaan tour ini, program berjaya reach seramai 7,326 murid dan 3,845 ibu bapa. Angka ini menunjukkan sambutan yang sangat baik daripada sekolah-sekolah di daerah Rembau terhadap inisiatif yang membawa pembelajaran digital lebih dekat kepada murid.

Apabila sesi seperti ini dibawa terus ke sekolah, murid dapat melihat sendiri bagaimana platform digital boleh membantu mereka belajar dengan lebih konsisten dan lebih menarik. Pada masa yang sama, sekolah juga dapat melihat potensi penggunaan teknologi dalam menyokong pembelajaran secara lebih aktif.

Antara Perkara Yang Menarik Perhatian Kami di Rembau

Sepanjang pelaksanaan PST x Rembau, beberapa sekolah turut mencatat pencapaian yang membanggakan.

Antara yang paling menonjol ialah:

  • SK Titian BitangorNo. 1 di Malaysia

Selain itu, Rembau juga mencatat satu lagi pencapaian yang sangat memberangsangkan apabila 8 buah sekolah dari Rembau berada dalam top ranking di Malaysia.

Berdasarkan maklumat yang diterima, sekolah dengan percentage reached tertinggi ialah:

  • SMA Haji Mohd Yatim
  • SK Semerbok
  • SK Sawah Raja

Maklum Balas Positif Daripada Guru-Guru

Selain capaian dan penyertaan sekolah, maklum balas daripada guru-guru turut menjadi antara petunjuk penting bahawa program ini diterima dengan baik.

Respon yang diterima menunjukkan bahawa sesi yang dijalankan bukan sahaja membantu murid mengenali Aplikasi Pandai dan pembelajaran digital dengan lebih dekat, tetapi juga memberi dorongan kepada sekolah untuk terus mengaktifkan penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan murid.

Sokongan Kuat Daripada PPD Rembau dan Semua Pihak Terlibat

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada PPD Rembau, SSTP Negeri Sembilan, serta semua sekolah yang terlibat atas kerjasama dan sokongan sepanjang Pandai School Tour x PPD Rembau berlangsung.

Penghargaan khusus juga dirakamkan kepada:

  • Tuan Mazlan bin Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau
  • Puan Sanizah binti Amberi, Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau
  • Puan Hajah Norazah binti Abu Bakar, Penolong PPD, Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pegawai-pegawai PPD, Penolong PPD, Pengetua, Guru Besar, PIC School Tour x Rembau, Admin DELIMa, serta semua sekolah daerah Rembau dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memartabatkan pendidikan digital di daerah ini.

Membuka Lebih Banyak Ruang Untuk Murid di Rembau

PST x PPD Rembau memperlihatkan bagaimana program turun padang seperti ini boleh membantu memperluaskan pendedahan terhadap pembelajaran digital di sekolah. Dengan penglibatan 40 buah sekolah, capaian kepada 7,326 murid dan 3,845 ibu bapa, program ini menjadi satu langkah yang bermakna dalam membawa pembelajaran yang lebih moden, interaktif dan relevan kepada murid.

Melalui sokongan PPD, SSTP, pihak sekolah dan komuniti pendidikan setempat, lebih ramai murid kini mendapat ruang untuk melihat bahawa teknologi bukan sekadar alat tambahan, tetapi boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman belajar yang lebih berkesan.