Sudah tiba masanya bagi pelajar untuk mengucapkan bye-bye kepada gaya pembelajaran konvensional. Dalam dunia pendidikan moden yang serba pantas ini, integrasi teknologi telah menjadi keperluan dalam pembelajaran. Dengan peperiksaan SPM yang semakin hampir, peranan aplikasi pembelajaran telah meningkat sebagai game-changer dalam mengejar kecemerlangan akademik.
Daripada pelbagai aplikasi pendidikan yang dicipta, Pandai dan JomStudy berdiri di tangga yang sama bagi aplikasi yang paling popular dikalangan pelajar tingkatan 5. Jadi, pelajar patut download yang mana satu? Kedua-dua aplikasi terdapat keistimewaan tersendiri dan boleh digunakan ikut kemahuan dan keperluan pelajar.
Persamaan
Terdapat 4 persamaan ciri aplikasi Pandai dan JomStudy ini.
- Kepelbagaian bahasa
Antaranya ialah aplikasi-aplikasi ini menyediakan kandungan dalam pelbagai bahasa. bahasa Melayu dan bahasa Inggeris disediakan dalam kedua-dua aplikasi ini. Namun, Pandai juga menyediakan kandungan dalam bahasa Cina. Ini dapat memudahkan pelajar untuk memahami kandungan mengikut bahasa yang mereka selesa. - Nota ringkas
Selain itu, kedua-dua aplikasi ini juga menyediakan nota ringkas bagi setiap bab dan topik. Nota-nota ini ditulis dalam bentuk point form, jadual, gambar rajah dan peta minda. Namun begitu, JomStudy mempunyai bahagian SPM tips bagi soalan yang sering disoalkan dalam peperiksaan. Ini kerana kandungan aplikasi ini hanya fokus kepada pelajar SPM. - Quiz gamifikasi
Quiz gamifikasi merupakan ciri seterusnya. Pandai dan JomStudy menyediakan soalan-soalan quiz gamifikasi berbentuk objektif. Quiz ini memberikan jawapan yang serta merta bersama penjelasan bagi jawapan tersebut. Namun begitu, Pandai mempunyai ciri tambahan iaitu perbincangan dimana pelajar boleh berbincang tentang soalan dan jawapan. - Live Tuition
Akhir sekali, kedua-dua aplikasi ini menyediakan Live Tuition yang dijalankan secara atas talian. JomStudy mempunyai tuisyen atas talian bagi subjek Sejarah dan Bahasa Melayu manakala Pandai mempunyai tuisyen bagi subjek fizik, bahasa Inggeris, biologi, sains, bahasa Melayu, matematik, matematik tambahan, kimia dan sejarah. Pandai juga telah berkolaborasi dengan Prudential untuk mengadakan kelas bagi pengetahuan kewangan.
Perbezaan
Terdapat 3 perbezaan ciri aplikasi Pandai dan JomStudy ini.
Pandai | JomStudy |
Tiada Iklan | Ada Iklan |
Darjah 1 – Tingkatan 5 | Tingkatan 4 & 5 |
Ciri lebihan – Reward – Video pembelajaran – Simulasi eksperimen – Ujian personaliti – Padanan universiti | Ciri lebihan Kertas trial SPM tahun yang lepas bersama jawapan |
Pertama, pelajar yang menggunakan JomStudy harus menonton iklan beberapa saat sebelum dapat mengakses nota ringkas. Pelajar harus melanggan premium pass untuk menghilangkan iklan tersebut. Manakala, Pandai tidak mempunyai iklan untuk mengakses nota ringkas. Namun begitu, pelajar juga boleh melanggan premium pass Pandai untuk mendapatkan pelbagai ciri premium.
Selain itu, kandungan dalam aplikasi JomStudy hanya fokus kepada pelajar SPM iaitu kandungan pembelajaran tingkatan 4 dan 5. Sebaliknya, Pandai sesuai digunakan bagi semua pelajar sekolah – darjah 1 hingga tingkatan 5.
JomStudy dan Pandai juga mempunyai pelbagai ciri tambahan yang berlainan antara satu sama lain. JomStudy menyediakan kertas trial SPM tahun yang lepas bersama jawapan. Ini memudahkan pelajar untuk membuat latihan peperiksaan sebagai persediaan menempuh SPM yang sebenar. Sebaliknya, Pandai menyediakan nota pembelajaran dalam bentuk video yang menarik. Pandai juga mempunyai ciri reward dimana pelajar diberi ganjaran untuk belajar. Ini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar secara konsisten.
Terdapat banyak kegunaan aplikasi Pandai dan JomStudy yang dapat membantu pelajar SPM untuk belajar dalam keselesaan rumah. Kini, pelajar tidak perlu lagi membeli buku rujukan dan latihan dengan banyak, atau mencari video pembelajaran di YouTube. Semuanya dapat diakses dalam aplikasi pembelajaran sahaja! Muat turun sekarang!
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial