GET PANDAI APP NOW

Articles

Nak Belajar di Luar Negara Selepas SPM? Ini Caranya!

Bayangkan semua negara impian adik-adik; Australia, United Kingdom, German, Japan, Korea, dan banyak lagi! Bayangkan dapat belajar di negara impian anda selepas SPM. Menariknya! Belajar di luar negara bukan sahaja menawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi di institusi terkenal, tetapi juga memberikan pendedahan budaya luar dan self-development. Dua perkara ini penting dalam sediakan kita untuk berkembang maju dalam masyarakat yang saling berkaitan secara global. Jadi, jom lihat cara untuk menyambung pelajaran di luar negara selepas SPM!

1. Pilih Program Pra-Unversiti

Sebelum memilih program, pelajar harus menyenaraikan negara-negara dan bandar-bandar yang mereka ingin sambung belajar. Kemudian, pelajar harus menentukan kursus dan laluan kerjaya yang diingini. Akhir sekali, pelajar boleh memilih universiti yang menawarkan kursus diingini dengan yuran yang sesuai dengan bajet sendiri. Informasi ini boleh didapati dari laman web universiti. Untuk maklumat yang lebih peribadi tentang sesuatu universiti, pelajar boleh membaca blog pengalaman pelajar lain. Ini membantu pelajar untuk mendapatkan pandangan tentang kehidupan pelajar di sana. 

2. Semak Syarat Kemasukan

Setiap universiti dan negara mempunyai kriteria kemasukan khusus. Ini termasuk daripada kelayakan akademik hingga ujian kecekapan bahasa. Pelajar harus melayari laman web universiti tersebut dan menyemak dengan teliti syarat kemasukan institusi pilihan. Ini untuk memastikan bahawa mereka telah memenuhi piawaian akademik dan sebarang prasyarat tambahan. Antara syarat kemasukan yang paling penting ialah keputusan minimum SPM, keperluan subjek khusus dan ujian penguasaan Bahasa Inggeris seperti IELTS atau TOEFL.

3. Hantar Borang Permohonan dan Dokumen Peribadi

Ini antara langkah penting dalam melanjutkan pelajaran ke luar negara. Proses ini memerlukan perhatian kepada perincian dan organisasi. Kebanyakan universiti menyediakan portal permohonan dalam talian. Pelajar hanya perlu mengisi borang yang diperlukan dan memuat naik dokumen penting dalam portal tersebut. Dokumen-dokumen penting ini termasuk transkrip akademik, referral letter atau surat rujukan dari guru atau mentor dan penyata peribadi. Borang permohonan dan dokumen peribadi ini harus dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

4. Tunggu Surat Tawaran

Kini, tugas pelajar adalah untuk sentiasa menyemak emel peribadi untuk sebarang makluman dari pihak universiti. Sesetengah universiti akan menjadualkan sesi temu duga manakala sesetengah akan terus menghantar surat tawaran jika pelajar layak untuk mendaftar di universiti tersebut. Pelajar yang menjawab sebarang permintaan dengan segera dapat mengukuhkan lagi pencalonan kerana telah menunjukkan komitmen yang proaktif.

5. Memohon Biasiswa

Biasiswa dapat meringankan beban kewangan pelajar dan mengejar aspirasi pendidikan. Banyak universiti dan organisasi luar yang menyediakan program biasiswa untuk pelajar antarabangsa, termasuk dari Malaysia. Untuk meningkatkan lagi peluang mendapat kelayakan bantuan, pelajar boleh memohon lebih dari satu dan kemudian pilih mengikut keperluan diri. Sama seperti memohon universiti, pelajar juga harus semak kriteria kelayakan, tarikh akhir permohonan dan dokumen yang diperlukan untuk setiap biasiswa. Disinilah dimana pelajar harus menyerlahkan pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum dan sumbangan komuniti. 

6. Memohon Visa Pelajar

Setelah semua bahagian sukar selesai, kini masa untuk menandakan kebenaran rasmi pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi di negara asing! Proses ini mungkin berbeza-beza bergantung pada negara yang dipilih. Pelajar harus menyemak keperluan visa daripada laman web rasmi kedutaan negara yang dipilih. Keperluan Visa ini termasuk borang permohonan, surat tawaran, kestabilan kewangan dan banyak lagi. Visa pelajar juga mempunyai yuran yang perlu dibayar mengikut kaedah pembayaran negara yang dipilih. Kemudian, pelajar hanya harus menunggu Visa mereka diproses.

7. Tempah Penerbangan!

You’re all set! Kemas beg anda dan pengalaman yang mengujakan menanti anda di sana!


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial

Related posts
NewsPandai

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2024/2025 dalam Projek Level Up Pandai!

CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!