Site icon Pandai Blog

ASM Diarah Lakukan Kajian Isu “Tidak Minat” Pelajar untuk Sambung Belajar.

Akademi Sains Malaysia (ASM) merupakan organisasi yang diberi mandat oleh Akta Akademi Sains Malaysia 1994 untuk menasihati kerajaan dan pihak berkepentingan mengenai sains, kejuruteraan dan teknologi (SET). Program ASM direka untuk membangunkan dan memupuk bakat dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di pelbagai peringkat dari sekolah hingga saintis muda.

Baru-baru ini, digemparkan bahawa lebih 70 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak berminat menyambung pelajaran. Oleh itu, ASM menjalankan kajian strategik dan menghasilkan laporan, kertas kedudukan, pelan tindakan dan ulasan bebas yang berasaskan bukti yang tepat berdasarkan statistik berikut. 

Pada Ahad yang lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba menzahirkan kata hampa pada Majlis Perasmian Karnival STEM Merdeka Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia apabila ramai bakat muda alam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bakal disia-siakan begitu saja. 

“Kajian perlu dilakukan segera untuk menambah minat golongan muda. Saya telah arahkan Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk membuat kaji selidik tentang hal ini” 

Cadangan tersebut direka bentuk untuk membantu penggubal dasar dan pegawai kerajaan memahami isu-isu tersebuT. Ini untuk membolehkan mereka mereka bentuk dan membangunkan pelan tindakan yang praktikal dan inklusif dan banyak program utama ASM dijalankan sebagai projek perintis. 

Kaji selidik Jabatan Perangkaan yang dilakukan pada 2019 mendapati bahawa 390,000 daripada 560,000 calon atau lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran. Namun ia dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021. Hanya 170,000 memilih untuk menyambung pengajian manakala bakinya memilih untuk tidak berbuat demikian.

Ini mendapat perhatian daripada Dr Adham yang mengusulkan bahawa langkah selanjutnya perlu dilaksanakan supaya masalah itu tidak jadi bebanan awal negara dalam melahirkan generasi berteknologi tinggi serta berminat dalam bidang sains inovasi dan teknologi.

Sementara itu, Dr Adham juga berkata, 1.67 juta penyertaan Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 direkodkan sehingga semalam di seluruh negara melibatkan sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan individu yang sedang membuat penyelidikan atas kerjasama kerajaan Johor dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tambahnya, program seperti ini secara tidak langsung dapat merealisasikan harapan Perdana Menteri supaya lebih ramai bakat-bakat muda dan baharu menyertai bidang sains dalam karier pelajaran dan pekerjaan.

“Sehingga kini sebanyak 175 program telah dianjurkan melalui Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022, ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Mula nya, kita sasarkan hanya 1.5 juta penyertaan sehingga Oktober ini namun berjaya dicapai lebih awal, dengan total 1.67 juta” 

Log in atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficialBlog: blog.pandai.org

Exit mobile version