GET PANDAI APP NOW

Pandai

Magic Tool: Pembantu AI Guru dalam Pengajaran & Pentadbiran!

Sebagai seorang pendidik, guru menggalas pelbagai tanggungjawab seperti merancang pengajaran, menyediakan dokumen, berinteraksi dengan pelajar, mengendalikan aktiviti kokurikulum, dan banyak lagi. Bagaimana jika guru-guru mempunyai pembantu peribadi yang dapat meringankan beban kerja serta membantu anda untuk memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting? Kami ada solusinya!  Memperkenalkan Magic Tools – pembantu AI yang direka untuk mempermudah perancangan pengajaran serta membantu guru menyediakan bahan pengajaran dan dokumen pentadbiran dengan lebih efisien!

Apa itu Magic Tool?

Magic Tool ialah penjana kandungan pengajaran berasaskan AI yang interaktif untuk membantu guru dalam mencari idea, menyusun kandungan di samping memudahkan tugasan harian mereka. Sama ada anda memerlukan inspirasi untuk pengajaran, kertas cadangan yang tersusun dengan baik, atau teks ucapan yang menarik untuk majlis atau perhimpunan rasmi, Magic Tools sedia membantu!

Apakah Jenis Kandungan yang Boleh Dihasilkan dengan Magic Tool?

Magic Tool bukan sekadar alat untuk merancang pengajaran, tetapi juga membantu guru menghasilkan pelbagai bahan dengan lebih mudah dan cepat. Beberapa jenis kandungan yang boleh dijana termasuk:

  • Kertas cadangan: Sama ada untuk program sekolah, inisiatif akademik, atau aktiviti kokurikulum, Magic Tool membantu menyediakan dokumen yang tersusun dan profesional.
  • Rancangan aktiviti kelab: Merancang aktiviti kelab kini lebih mudah dengan cadangan yang tersusun dan sesuai dengan keperluan pelajar.
  • Ucapan & pengumuman: Dapatkan teks ucapan atau pengumuman yang sesuai untuk perhimpunan, acara rasmi, atau pembentangan penting.
  • Bahan pengajaran kreatif: Jana kandungan interaktif yang selaras dengan pengajaran PAK-21 untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar dalam subjek matapelajaran mahupun kelas ganti.
  • Penjana Teks Kad Imbasan: Bantu pelajar menghafal konsep penting dengan kad imbasan yang boleh dihasilkan dengan cepat dan berkesan.
  • Aktiviti topikal: Cipta aktiviti berkaitan topik pembelajaran untuk menjadikan sesi pengajaran lebih menarik dan interaktif.

Selain itu, Magic Tools juga boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis dokumen lain yang memudahkan kerja harian guru. Dengan keupayaan AI, ia membantu memastikan setiap bahan yang dijana berkualiti tinggi, relevan, dan sesuai untuk keperluan guru-guru Malaysia!

Bagaimanakah cara untuk menggunakan Magic Tool? 

Berikut adalah langkah mudah untuk menggunakannya:

  1. Masukkan Butiran yang Diperlukan
    Berikan maklumat asas seperti topik, format kandungan, atau sebarang keperluan khusus yang diperlukan.
  2. AI Menjana Kandungan Secara Automatik
    Berdasarkan input yang diberikan, Magic Tools akan menghasilkan kandungan yang tersusun dan sesuai dalam masa yang singkat.
  3. Semak & Selaraskan
    Gunakan kandungan yang dijana sebagai asas, kemudian ubah suai mengikut keperluan sebelum menggunakannya dalam pengajaran atau pentadbiran.

Dengan proses yang ringkas ini, guru dapat menjimatkan masa dan mendapatkan bahan berkualiti tinggi dengan lebih CEPAT dan MUDAH!

Kelebihan Menggunakan Magic Tool

Magic Tool direka untuk membantu guru menguruskan tugasan dengan lebih cekap dan efektif. Berikut adalah beberapa kelebihannya:

Menjimatkan Masa
Dengan Magic Tool, guru tidak perlu lagi menghabiskan berjam-jam mencari idea atau menyediakan bahan pengajaran secara manual. AI menjana kandungan dengan pantas, membolehkan guru memberi tumpuan kepada aspek pengajaran yang lebih penting.

Memaksimumkan Kecekapan
Guru boleh mengutamakan interaksi dengan pelajar sementara AI menguruskan tugasan seperti penyediaan dokumen, kertas cadangan, dan bahan pembelajaran.

Menarik Minat Pelajar
Kandungan yang dihasilkan lebih dinamik dan interaktif, menjadikannya lebih menarik berbanding kaedah pembelajaran tradisional berasaskan buku.

Pengajaran yang Lebih Peribadi
Magic Tool membolehkan guru menyesuaikan bahan pembelajaran mengikut tahap pemahaman dan keperluan individu pelajar, memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan.

Mudah Diakses & Diedit
Semua kandungan disimpan dalam format digital dan boleh diakses pada bila-bila masa. Guru juga boleh mengubah suai bahan mengikut keperluan sebelum menggunakannya dalam pengajaran.

Dengan kelebihan ini, Magic Tools menjadi alat yang dapat membantu guru merancang dan menyampaikan pengajaran dengan lebih lancar dan berkesan.

Bagi pengguna percuma Pandai Teacher, terhad kepada beberapa penjanaan kandungan sehari manakala pengguna Premium akan menerima akses tanpa had untuk menjana sebanyak mungkin kandungan yang diperlukan.

Daftar sekarang dan alami sendiri kehebatan Magic Tool!