Pada 8 Oktober 2026, Dewan Merpati di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menjadi tumpuan apabila 30 buah sekolah TVPSS elite berkumpul untuk Bengkel Shooting Advanced Pandai Lensa Muda Elite Peringkat Negeri Selangor. Dianjurkan bersama SSTP JPN Selangor dan Pandai, bengkel sehari ini membuka fasa baharu program Pandai Lensa Muda Selangor, satu inisiatif yang mengasah bakat murid dalam penghasilan kandungan digital.
Apa Itu Bengkel Pandai Lensa Muda Elite?
Pandai Lensa Muda Elite ialah program khas yang mempertemukan sekolah TVPSS terpilih dengan dunia penghasilan kandungan kreatif. Menerusi bengkel peringkat lanjutan (advanced) ini, murid bukan sekadar belajar teori, sebaliknya didedahkan dengan teknik sebenar yang digunakan oleh content creator pada hari ini.
Fokus utama bengkel kali ini ialah penghasilan content berformat short drama, gaya video pendek yang kini popular dan mudah menarik perhatian penonton muda.
Sebelum ini, program yang sama turut telah dijayakan di Negeri Sembilan, menyaksikan sekolah-sekolah TVPSS negeri tersebut menyertai bengkel Pandai Lensa Muda.
Baca juga: Pandai Lensa Muda TVPSS Negeri Sembilan
30 Sekolah Hadir ke Dewan Merpati
Seramai 90 orang murid dari 30 buah sekolah hadir ke bengkel ini, diiringi 30 orang guru pengiring TVPSS. Setiap sekolah menghantar tiga orang murid bersama seorang guru pengiring.
Penyertaan dipecahkan kepada dua kategori: 17 buah sekolah menengah dan 13 buah sekolah rendah. Gabungan murid sekolah rendah dan menengah dalam satu ruang memberi suasana pembelajaran yang pelbagai dan bertenaga.
Fokus Bengkel: Teknik Shooting Short Drama
Sepanjang bengkel, murid dibimbing cara merakam content bergaya short drama dengan lebih kemas dan menarik. Antara kemahiran yang diajar termasuk pemilihan angle, teknik transition, serta scriptwriting bagi menghasilkan jalan cerita yang padat dan menawan.
Sesi praktikal turut diadakan supaya murid dapat terus mencuba teknik yang dipelajari. Bengkel ini dikendalikan oleh Bro Safuan, TikTok Guru, yang berkongsi kaedah hands-on merangkumi angle, cara membuat transition dan scriptwriting.
Selain itu, task bulanan dimaklumkan lebih awal kepada elite circle sebagai salah satu manfaat eksklusif buat peserta Pandai Lensa Muda Elite.
Tiga Objektif Utama Program
Program ini digerakkan oleh tiga sasaran utama yang menjadi panduan setiap sekolah peserta:
- Mencapai minimum 10,000 pengikut (followers) bagi akaun sekolah.
- Video sekolah mencapai sekurang-kurangnya 1 juta tontonan di platform TikTok.
- Meningkatkan kemahiran editing dan mengasah bakat pelajar untuk menjadi content creator yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Tiga Fasa Program Pandai Lensa Muda Selangor
Bengkel ini hanyalah permulaan. Program Pandai Lensa Muda Selangor dilaksanakan menerusi tiga fasa:
Fasa 1 — Bengkel
30 buah sekolah TVPSS elite menyertai bengkel dan menerima elite kit masing-masing. Setiap kit mengandungi t-shirt Pandai Lensa Muda Elite, 6 keping patches untuk ditampal pada vest TVPSS, dan satu set mikrofon Amgrass.
Fasa 2 — Cabaran
Peserta perlu menghantar dua buah video. Satu video tugasan bulanan Oktober, dan satu lagi video khas untuk pemilihan sekolah yang bakal shoot content bersama Aqil. Kedua-dua video perlu dihantar sebelum 26 Oktober 2026.
Fasa 3 — Elite
Satu buah sekolah dari Selangor akan dipilih untuk menghasilkan content bersama Duta Pandai, Aqil Zulkiflee. Pemilihan dibuat berdasarkan jumlah engagement dan tontonan video tugasan, serta penilaian pihak Pandai terhadap tahap keaktifan sekolah dalam program Pandai Lensa Muda.
Impak kepada Murid dan Sekolah
Lebih daripada sekadar bengkel, program ini membawa impak yang lebih luas. Buat murid, ia melahirkan generasi yang celik IT dan seiring dengan peredaran masa, sekali gus memberi kesedaran tentang cara menggunakan media sosial untuk menyampaikan kebaikan kepada masyarakat.

Di peringkat sekolah pula, program ini menyokong usaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat untuk semua murid selaras dengan salah satu tema task bulanan, iaitu “jadikan sekolah tempat yang selamat”.
Jutaan Terima Kasih, Selangor!
Pandai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan bengkel ini, khususnya SSTP JPN Selangor atas kerjasama erat sepanjang program.
Penghargaan turut ditujukan kepada Puan Hafizah binti Mohamad, Ketua Penolong Pengarah SSTP JPN Selangor, serta Encik Muhammad Dzarrin Al-Ghifari bin Zainal Abidin, Pengurus Pemasaran, Pandai Education Sdn. Bhd., atas sokongan dan komitmen mereka dalam merealisasikan program ini.
Perjalanan Baru Sahaja Bermula
Pandai tidak sabar untuk melihat kreativiti setiap murid selepas menyertai bengkel ini. Semoga semua ilmu yang dipelajari dapat digunakan sepenuhnya dalam penghasilan video tugasan bulanan.
Selamat maju jaya kepada semua peserta Pandai Lensa Muda Elite, perjalanan sebenar baru sahaja bermula!
Senang je nak apa? Senang je nak Pandai!

