Site icon Pandai Blog

Pandemik Jejaskan Prestasi lebih 1.6 Bilion Pelajar.

Learning difficulties, school, education, online remote learning concept. Sad kid sitting at table with laptop computer and holding card with Help word; Shutterstock ID 1822202771; other: -; purchase_order: -; client: -; job: -

COVID-19 telah menjejaskan pembelajaran di lebih 150 negara dan menjejaskan 1.6 bilion pelajar. Kebanyakkan negara telah melaksanakan beberapa bentuk pembelajaran jarak jauh dan memandangkan pandemik telah berkembang, begitu juga tindak balas pendidikan. Sekolah kini dibuka sebahagian atau sepenuhnya di banyak bidang kuasa.

Baru-baru ini di Kota Bahru, Kelantan, Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Anuar telah menerima pujian yang melambung atas kecemerlangan mereka dalam membawa kejayaan yang konsisten di kalangan para pelajar. 

Ini mendapat perhatian daripada Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar yang menekankan bahawa penglibatan ibu bapa memainkan peranan penting agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran dan bimbingan ibu bapa melengkapkan usaha mereka dan sokongan yang konsisten. 

“Cabaran ketika itu juga, anak-anak terdedah dengan pemikiran bebas yang banyak dipaparkan di internet dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam,” katanya

Yang turut berada meraikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMUA Darul Anuar pada Sabtu lepas adalah Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haron Ismail. Beliau telah menyatakan hasratnya untuk mencari dana untuk melengkapkan pembelajaran sekolah tersebut. 

Tambahnya lagi, Tuan Haron Ismail telah memberikan anugerah kepada 9 orang pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2021 dan 22 pelajar Sijil Menengah Ugama sempena Yayasan Islam Kelantan yang tidak dilaksanakan selama dua tahun lama nya akibat pandemik. Tahun ini, MAT PIBG telah diadakan secara bersemuka dan juga mendapatkan penglibatan yang tinggi daripada ibu bapa hampir mencecah 200 ribu orang. 

Menariknya, terdapat dua pasangan kembar dari Kemboja, Najihah Sles yang berjaya mendapat keputusan yang tertinggi iaitu 8A manakala kembarnya Najidah Sles mendapat 6A yang merangkup tempat ketiga pelajar terbaik. Kejayaan mereka mendapat perhatian semua pihak dan media. 

Kata mereka, kecemerlangan tidak datang bergolek kalau tidak tanpa usaha yang berterusan. Oleh itu, untuk menjayakan pembelajaran secara atas talian, interaksi dua hala perlu dilakukan tekal walaupun akses kepada pembelajaran dan pembangunan kemahiran tidak dikekalkan secara normal dalam beberapa konteks, namun, strategi pembelajaran yang utuh perlu dilaksanakan secara terus dan effektif.

Log in atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficialBlog: blog.pandai.org

Exit mobile version