
Sebelum anda mula isi borang UPUOnline, luangkan masa untuk buat pertimbangan awal dan rujuk panduan. Ini penting unutk setiap permohonan UPU supaya pilihan kursus yang anda buat nanti benar-benar sesuai dengan minat, kebolehan dan peluang masa depan.
Berikut beberapa perkara yang boleh anda buat:
- Kenal pasti minat & kecenderungan sendiri
Fikirkan bidang yang anda suka atau selalu skor tinggi — sains, bahasa, teknologi, kejuruteraan, seni, perniagaan, dll. - Semak keputusan SPM atau kelayakan terkini
Bandingkan gred anda dengan syarat minimum bagi kursus tertentu (rujuk e-Panduan UPUOnline). - Dapatkan nasihat kaunselor sekolah
Kaunselor boleh bantu nilai potensi anda berdasarkan minat, markah, dan peluang pekerjaan masa hadapan. - Berbincang dengan guru dan ibu bapa
Minta pandangan mereka, terutamanya jika anda keliru antara dua bidang. Kadang-kadang mereka nampak potensi anda lebih awal dari anda sendiri! - Buat kajian awal tentang kerjaya dan peluang sambung belajar
Lihat prospek kerjaya, universiti yang tawarkan bidang tersebut, dan peluang biasiswa.
Ingat: Pilihan kursus hari ini akan mempengaruhi masa depan anda. Jadi pastikan anda buat keputusan berdasarkan minat + kelayakan + peluang kerjaya — bukan semata-mata ikut kawan atau trend!
Sumber: https://upu.mohe.gov.my/#
Nak sambung belajar ke IPTA, politeknik atau kolej komuniti? Permohonan melalui UPUOnline adalah laluan utama yang perlu pelajar lalui. Tapi sebelum tekan butang “MOHON”, pastikan pelajar ikut langkah-langkah penting ini supaya tak tersalah isi atau terlepas maklumat penting.
Jom kita fokus dulu beberapa LANGKAH KRITIKAL yang mungkin membuatkan ramai pelajar terlepas pandang.
Langkah 1: Bayaran Proses UPU Online
Pembelian Nombor PIN Unik ID UPU
- Tarikh Pembelian: 9 Februari 2025 hingga 18 Mei 2025
- Harga: RM10.60
- Tempat Pembelian: Semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pastikan pelajar membeli nombor PIN mengikut kategori permohonan pelajar.
- Tarikh Permohonan Dibuka: 10 Februari 2025 (12:00 tengah hari)
- Tarikh Permohonan Ditutup: 14 Mac 2025 (5:00 petang)
- Fasa Kedua (Kemaskini Pilihan Program): 14 April 2025 hingga 18 Mei 2025
Langkah 3: Pastikan Kategori Pelajar Betul
Sebelum mohon, pelajar kena tahu pelajar berada dalam kategori mana. Terdapat beberapa kategori permohonan UPU, contohnya:
- Lepasan SPM
- Lepasan STPM/Setaraf
- Lepasan Matrikulasi/Asasi
- Lepasan Diploma
Pastikan pelajar pilih kategori yang betul supaya kursus dan institusi yang pelajar nak mohon akan keluar dalam senarai.
Langkah 4: Semak Syarat Kelayakan di e-Panduan
Setiap kursus ada syarat kelayakan berbeza. Pelajar boleh rujuk portal e-Panduan UPU untuk:
- Semak syarat kemasukan setiap program
- Lihat mata pelajaran wajib dan gred minimum
- Elakkan mohon program yang pelajar tak layak
📌 Tip: Kalau pelajar tak cukup syarat, permohonan pelajar akan ditolak secara automatik, jadi penting untuk semak dulu!
Langkah 5: Kira Merit Pelajar
Apa itu merit? Merit ialah markah keseluruhan yang digunakan oleh UPU untuk menapis dan memilih pelajar bagi kemasukan ke IPTA, politeknik, kolej komuniti, dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam).
Merit ini penting sebab ia digunakan untuk menentukan siapa yang layak masuk sesuatu program, terutamanya program yang sangat kompetitif seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, dsb.
Markah merit akan menentukan peluang pelajar diterima ke sesuatu program. Ia dikira berdasarkan:
- 90% markah akademik (SPM, STPM dll.)
- 10% markah kokurikulum
Gunakan kalkulator merit online (disediakan di laman UPU) untuk kira anggaran merit pelajar lebih awal.
Langkah 6: Semak Tren Permohonan & Penawaran
Pelajar boleh lihat data permohonan tahun-tahun lepas untuk:
- Tahu program mana paling ramai mohon.
- Lihat program yang biasa ditawarkan ikut merit tertentu.
- Rancang strategi pemilihan kursus — pilih kombinasi selamat & impian
Contoh: Jika ramai pelajar cemerlang mohon perubatan, peluang lebih tipis — jadi, tambah pilihan alternatif yang masih dalam minat pelajar.
Langkah 8: Isi Permohonan di UPUOnline
Bila semua dah siap, barulah isi borang permohonan UPU di: https://upu.mohe.gov.my
Tips masa isi borang:
- Gunakan komputer, bukan telefon
- Isi dengan teliti dan jangan tergesa-gesa
- Simpan maklumat log masuk dengan selamat
- Lengkapkan semua bahagian bertanda (*)
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPU Online tersebut, boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat dan talian berikut:
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Nak tahu lebih lanjut tentang biasiswa yang sesuai untuk pelajar SPM? Baca senarai biasiswa terkini di sini.