Site icon Pandai Blog

Panduan Lengkap Permohonan UPU Lepasan SPM 2024/2025

Sebelum anda mula isi borang UPUOnline, luangkan masa untuk buat pertimbangan awal dan rujuk panduan. Ini penting unutk setiap permohonan UPU supaya pilihan kursus yang anda buat nanti benar-benar sesuai dengan minat, kebolehan dan peluang masa depan.

Berikut beberapa perkara yang boleh anda buat:

  1. Kenal pasti minat & kecenderungan sendiri
    Fikirkan bidang yang anda suka atau selalu skor tinggi — sains, bahasa, teknologi, kejuruteraan, seni, perniagaan, dll.
  2. Semak keputusan SPM atau kelayakan terkini
    Bandingkan gred anda dengan syarat minimum bagi kursus tertentu (rujuk e-Panduan UPUOnline).
  3. Dapatkan nasihat kaunselor sekolah
    Kaunselor boleh bantu nilai potensi anda berdasarkan minat, markah, dan peluang pekerjaan masa hadapan.
  4. Berbincang dengan guru dan ibu bapa
    Minta pandangan mereka, terutamanya jika anda keliru antara dua bidang. Kadang-kadang mereka nampak potensi anda lebih awal dari anda sendiri!
  5. Buat kajian awal tentang kerjaya dan peluang sambung belajar
    Lihat prospek kerjaya, universiti yang tawarkan bidang tersebut, dan peluang biasiswa.

Ingat: Pilihan kursus hari ini akan mempengaruhi masa depan anda. Jadi pastikan anda buat keputusan berdasarkan minat + kelayakan + peluang kerjaya — bukan semata-mata ikut kawan atau trend!


Sumber: https://upu.mohe.gov.my/# 

Nak sambung belajar ke IPTA, politeknik atau kolej komuniti? Permohonan melalui UPUOnline adalah laluan utama yang perlu pelajar lalui. Tapi sebelum tekan butang “MOHON”, pastikan pelajar ikut langkah-langkah penting ini supaya tak tersalah isi atau terlepas maklumat penting.

Jom kita fokus dulu beberapa LANGKAH KRITIKAL yang mungkin membuatkan ramai pelajar terlepas pandang.

Langkah 1: Bayaran Proses UPU Online

Pembelian Nombor PIN Unik ID UPU

Langkah 3: Pastikan Kategori Pelajar Betul

Sebelum mohon, pelajar kena tahu pelajar berada dalam kategori mana. Terdapat beberapa kategori permohonan UPU, contohnya:

Pastikan pelajar pilih kategori yang betul supaya kursus dan institusi yang pelajar nak mohon akan keluar dalam senarai.

Langkah 4: Semak Syarat Kelayakan di e-Panduan

Setiap kursus ada syarat kelayakan berbeza. Pelajar boleh rujuk portal e-Panduan UPU untuk:

📌 Tip: Kalau pelajar tak cukup syarat, permohonan pelajar akan ditolak secara automatik, jadi penting untuk semak dulu!

Langkah 5: Kira Merit Pelajar

Apa itu merit? Merit ialah markah keseluruhan yang digunakan oleh UPU untuk menapis dan memilih pelajar bagi kemasukan ke IPTA, politeknik, kolej komuniti, dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam).

Merit ini penting sebab ia digunakan untuk menentukan siapa yang layak masuk sesuatu program, terutamanya program yang sangat kompetitif seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, dsb.

Markah merit akan menentukan peluang pelajar diterima ke sesuatu program. Ia dikira berdasarkan:

Gunakan kalkulator merit online (disediakan di laman UPU) untuk kira anggaran merit pelajar lebih awal.

Langkah 6: Semak Tren Permohonan & Penawaran

Pelajar boleh lihat data permohonan tahun-tahun lepas untuk:

Contoh: Jika ramai pelajar cemerlang mohon perubatan, peluang lebih tipis — jadi, tambah pilihan alternatif yang masih dalam minat pelajar.

Langkah 8: Isi Permohonan di UPUOnline

Bila semua dah siap, barulah isi borang permohonan UPU di:  https://upu.mohe.gov.my

Tips masa isi borang:

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPU Online tersebut, boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat dan talian berikut: 

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: upu@mohe.gov.my

Nak tahu lebih lanjut tentang biasiswa yang sesuai untuk pelajar SPM? Baca senarai biasiswa terkini di sini.


Exit mobile version