Site icon Pandai Blog

Persediaan Ujian Khas UKKM 2024 Kemasukan MRSM di Pandai

Seperti yang kita ketahui, Majlis Amanah Rakyat, MARA akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4 tahun 2024, secara berperingkat mulai November 2023.

Tarikh-Tarikh Penting UKKM

Tarikh permohonan UKKM dibuka atas talian mulai 15 September 2023 hingga 20 Oktober 2023. Klik sini untuk membuat permohonan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh semakan panggilan UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ ICGSE/ Teknikal kini dibuka bermula 27 Oktober (mulai jam 8.00 malam) hingga 22 Disember 2023. Klik sini untuk membuat semakan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Syarat Kemasukan UKKM

Jenis-jenis MRSM

Format UKKM

Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2024, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian khas. Ujian ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.

Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki. Empat subjek tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, dan Keperibadian dalam bentuk objektif dan subjektif. Untuk pemohon yang memohon MRSM Ulul Albab, IGSCE dan Teknikal anda dikehendaki menduduki ujian tambahan yang berkaitan dengan MRSM pilihan anda sebagai syarat tambahan.

Jadi, bagi membantu para pelajar membuat persediaan menghadapi ujian UKKM yang sebenar, Pandai telah menyediakan 16 set latihan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mengikut perincian format yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Set soalan ini boleh diakses di Pandai pada bahagian Latihan atau ‘Practice.

Kesemua 16 set latihan ujian ini boleh diakses secara percuma dan eksklusif bagi pengguna premium sahaja. Kami juga telah menyenaraikan dengan mudah dan menyediakan pautan bagi semua set ujian ini mengikut Tahun 6 dan Tingkatan 3 buat anda semua. Setiap Set Ujian tersebut boleh diakses dan klik sahaja dengan pautan dibawah.

Tahun 6

Bahasa MelayuSet 1Set 2Set 3Set 4
Bahasa InggerisSet 1Set 2Set 3Set 4
MatematikSet 1Set 2Set 3Set 4
SainsSet 1Set 2Set 3Set 4


Tingkatan 3

Bahasa MelayuSet 1Set 2Set 3Set 4
Bahasa InggerisSet 1Set 2Set 3Set 4
MatematikSet 1Set 2Set 3Set 4
SainsSet 1Set 2Set 3Set 4


Untuk makluman, set soalan ini mengandungi contoh-contoh soalan latihan untuk membantu persediaan pelajar menghadapi UKKM. Set soalan ini bukan ujian rasmi daripada MARA. Ia bukan set soalan UKKM yang sebenar, atau set soalan UKKM yang terdahulu. Ini kerana MARA tidak pernah melantik ejen atau pihak ketiga dalam menyediakan perkhidmatan dan penjualan set soalan UKKM bagi kemasukan pelajar ke MRSM.

Diharap dengan adanya set latihan ujian UKKM di dalam Pandai boleh membantu pelajar membuat persediaan yang lebih baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat memasuki MRSM yang di cita-citakan.

Selamat berjaya diucapkan untuk adik-adik!

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store
FB: @pandaiofficial | Instagram:@pandaiofficial | Twitter: @pandaiofficial | Tiktok: @pandaiofficial


Exit mobile version