GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

Persediaan Ujian Khas UKKM 2024 Kemasukan MRSM di Pandai

Seperti yang kita ketahui, Majlis Amanah Rakyat, MARA akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4 tahun 2024, secara berperingkat mulai November 2023.

  • Sesi 1 : November dan Disember 2023
  • Sesi 2 : Januari 2024
  • Sesi 3 : Februari 2024

Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2024, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini. Ujian ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.

Klik di sini untuk maklumat terkini berkenaan UKKM dan Set-set Soalan Contoh dalam Aplikasi Pandai!

Jadi, bagi membantu para pelajar membuat persediaan menghadapi ujian UKKM yang sebenar, Pandai telah menyediakan 16 set latihan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mengikut perincian format yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Set soalan ini boleh diakses di Pandai pada bahagian Peperiksaan Penggal atau ‘Term Exams’.

Kesemua 16 set latihan ujian ini boleh diakses secara percuma dan eksklusif bagi pengguna premium sahaja. Kami juga telah menyenaraikan dengan mudah dan menyediakan pautan bagi semua set ujian ini mengikut Tahun 6 dan Tingkatan 3 buat anda semua. Setiap Set Ujian tersebut boleh diakses dan klik sahaja dengan pautan dibawah.

Tahun 6

Bahasa MelayuSet 1Set 2Set 3Set 4
Bahasa InggerisSet 1Set 2Set 3Set 4
MatematikSet 1Set 2Set 3Set 4
SainsSet 1Set 2Set 3Set 4


Tingkatan 3

Bahasa MelayuSet 1Set 2Set 3Set 4
Bahasa InggerisSet 1Set 2Set 3Set 4
MatematikSet 1Set 2Set 3Set 4
SainsSet 1Set 2Set 3Set 4


Untuk makluman, set soalan ini mengandungi contoh-contoh soalan latihan untuk membantu persediaan pelajar menghadapi UKKM. Set soalan ini bukan ujian rasmi daripada MARA. Ia bukan set soalan UKKM yang sebenar, atau set soalan UKKM yang terdahulu. Ini kerana MARA tidak pernah melantik ejen atau pihak ketiga dalam menyediakan perkhidmatan dan penjualan set soalan UKKM bagi kemasukan pelajar ke MRSM.

Diharap dengan adanya set latihan ujian UKKM di dalam Pandai boleh membantu pelajar membuat persediaan yang lebih baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat memasuki MRSM yang di cita-citakan.

Selamat berjaya diucapkan untuk adik-adik!

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!

PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!