Musim cuti sekolah akhir tahun dah hampir tiba! Tapi kali ini, jangan biarkan masa cuti berlalu begitu sahaja. Menerusi Program Cuti Sekolah Pandai, anak-anak berpeluang mengukuhkan penguasaan subjek sambil belajar menerusi aktiviti dan projek yang interaktif serta menyeronokkan. Siap sedia untuk perjalanan pembelajaran yang pastinya berbeza bersama tutor Pandai!
Edisi kali ini hadir dalam dua fasa menarik: Back to Basics dan Project Learning. Lebih istimewa, program ini dibuka eksklusif buat pengguna Pandai Premium sahaja. Jom lihat apa yang menanti!
Apa Itu Program Cuti Sekolah Pandai?
Program Cuti Sekolah Pandai ialah program pembelajaran khas sepanjang cuti sekolah untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 4. Pada asasnya, ia memberi peluang kepada pelajar mengukuhkan penguasaan subjek mengikut silibus bilik darjah.
Tapi jangan bayangkan kelas biasa yang membosankan! Sebaliknya, setiap sesi dikendalikan oleh tutor Pandai menerusi aktiviti dan projek yang interaktif. Dengan itu, pelajar belajar sambil beraktiviti, bukan sekadar menghadap buku.
Dua Fasa Istimewa Sepanjang Program
Program ini berlangsung dari 10 November 2026 hingga 2 Januari 2027. Sepanjang tempoh itu, pelajar akan melalui dua fasa pembelajaran yang saling melengkapi.

Fasa 1 — Back to Basics (10 November – 5 Disember 2026)
Dalam fasa ini, pelajar mengukuhkan penguasaan asas bagi setiap subjek. Dengan pendekatan belajar semula dari akar, mereka lebih yakin dan bersedia sebelum melangkah ke gred yang seterusnya pada tahun hadapan.
Fasa 2 — Project Learning (14 Disember 2026 – 2 Januari 2027)
Lepas kukuh dengan asas, kini tiba masa paling seronok: Project Learning! Dalam fasa ini, pelajar mengaplikasikan teori dan ilmu yang dipelajari melalui projek yang menarik bersama tutor. Hasilnya, pembelajaran terasa lebih bermakna dan dekat dengan dunia sebenar.
Butiran Penuh Program
Sebelum menyertai, jom semak butiran ringkas program ini:
- Tarikh: 10 November 2026 hingga 2 Januari 2027
- Masa: Mengikut jadual Live Tuition 2026
- Peserta: Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 4 (Pengguna Premium)
- Subjek terlibat: Semua subjek bagi sekolah rendah dan menengah




Contoh Projek Menarik Mengikut Subjek
⚙️ Ni baru sneak peek je! Tutor tengah polish part paling fun. Stay tune for more update! ⚙️
Kenapa Perlu Sertai Program Ini?

Masih teragak-agak? Berikut beberapa sebab kenapa program ini berbaloi disertai:
- Belajar sambil seronok. Setiap sesi menggabungkan aktiviti dan pembelajaran, jadi cuti terasa produktif tanpa membebankan.
- Persediaan awal ke tahun baharu. Pelajar masuk sesi persekolahan 2027 dengan asas yang lebih kukuh.
- Dibimbing tutor Pandai. Semua sesi dikendalikan oleh tutor Pandai Live Tuition yang mahir mengikut silibus terkini.
- Eksklusif untuk Premium. Pengalaman pembelajaran yang lebih lengkap dan teratur buat pengguna Pandai Premium.
Cara Menyertai Program
Nak join? Mudah sahaja. Program Cuti Sekolah Pandai dibuka khas untuk pengguna Pandai Premium. Jadi, pengguna Premium Tahun 1 hingga Tingkatan 4 boleh terus menyertai sesi mengikut jadual Live Tuition 2026.
Belum jadi pengguna Premium? Jangan risau! Daftar Pandai Premium di my.pandai.org, kemudian ikuti sesi mengikut jadual yang disediakan.


Jom Sertai Program Cuti Sekolah Pandai!
Jadikan cuti sekolah kali ini lebih bermakna. Dengan Back to Basics dan Project Learning, pelajar bukan sahaja mengukuhkan asas, malah belajar mengaplikasikan ilmu secara kreatif.
Jom ubah rutin cuti biasa menjadi pengalaman belajar yang menyeronokkan dan berimpak tinggi! Tawaran ini istimewa buat pengguna Pandai Premium Tahun 1 sehingga Tingkatan 4.
Senang je nak apa? Senang je nak Pandai!

