GET PANDAI APP NOW

Pandai

5 Jurusan yang Mempunyai Peluang Pekerjaan Tinggi di Malaysia!

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah muncul sebagai pusat terkemuka untuk pendidikan tinggi yang menarik pelbagai populasi pelajar tempatan dan antarabangsa. Sejak dilanda pandemik, landskap pengajian tinggi telah berkembang untuk memenuhi tuntunan dunia yang pantas berubah. Untuk memenuhi pasaran pekerjaan dan keperluan masyarakat yang berkembang, terdapat 5 jurusan universiti yang telah melonjak dalam permintaan. 

1. Teknologi Maklumat (IT) (Information Technology)

Jurusan teknologi maklumat (IT) ialah program yang memberi tumpuan kepada kajian penggunaan komputer dan telekomunikasi untuk menyimpan, mendapatkan semula, menghantar dan memanipulasi data. Ia merangkumi pelbagai topik seperti perkakasan komputer, pembangunan software, keselamatan siber dan pengurusan sistem maklumat. Jurusan IT telah menjadi salah satu sektor yang paling berkembang pesat dalam pasaran Malaysia selepas pandemik. Ini kerana kenaikan dalam penggunaan teknologi dalam kehidupan harian.

Antara pekerjaan-pekerjaan yang boleh diceburi ialah:

  1. Keselamatan Siber
  2. Sains Data
  3. Kecerdasan Buatan (AI) 
  4. Robotik
  5. Pengkomputeran Awan
  6. Sains Komputer
  7. Kejuruteraan Perisian atau Pengaturcaraan 
  8. Teknologi Maklumat (IT) atau Teknologi Komunikasi Maklumat 
  9. Pembangunan Permainan

2. Perakaunan (Accounting)

Perakaunan ialah program yang memberikan pelajar pemahaman yang komprehensif tentang prinsip dan amalan kewangan. Ini termasuk merekod, meringkaskan, menganalisa dan melaporkan transaksi kewangan. Antara bidang jurusan ini ialah perakaunan kewangan, pengurusan, pengauditan, percukaian dan pengurusan kewangan. Jurusan ini amat penting pada masa kini kerana persekitaran perniagaan yang semakin hari semakin kompleks. Perakaunan memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan kewangan dan kemampanan syarikat. 

Antara pekerjaan-pekerjaan yang boleh diceburi ialah:

  1. Perakaunan
  2. Perakaunan & Kewangan
  3. Sains Aktuari 
  4. Perbankan & Kewangan
  5. Kewangan
  6. Teknologi Kewangan 

3. Jualan dan Pemasaran (Sales & Marketing)

Kursus jualan dan pemasaran adalah program yang memberi tumpuan kepada prinsip dan amalan yang terlibat dalam mempromosikan dan menjual produk atau perkhidmatan. Tugasnya merangkumi penyelidikan pasaran, tingkah laku pengguna, pengiklanan, penjenamaan, pemasaran digital, teknik jualan dan pengurusan perhubungan. Dengan peningkatan bisnes atas talian, perniagaan semakin bergantung pada strategi pemasaran digital. Ini telah membuka banyak peluang pekerjaan bagi jualan dan pemasaran digital. 

Antara pekerjaan-pekerjaan yang boleh diceburi ialah:

  1. Pengurus Media Sosial
  2. Pengurusan Jenama
  3. Pengurus SEO
  4. Penganalisis Penyelidikan Pasaran
  5. Pengurus Pemasaran
  6. Pengurus Produk
  7. Pengurusan Acara
  8. Penyelidik Pasaran

4. Pentadbiran Perniagaan (Business Administration)

Pentadbiran perniagaan ialah program yang menyediakan pemahaman komprehensif tentang pelbagai aspek operasi perniagaan. Aspek ini termasuk pengurusan kewangan, pemasaran, sumber manusia dan tingkah laku organisasi. Pengetahuan ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengurus dan memimpin organisasi dengan berkesan. Kepentingan kursus ini telah meningkat disebabkan oleh persekitaran perniagaan global yang dinamik dan pesat berubah. Ini menyumbang kepada peningkatan permintaan untuk graduan yang boleh mengurus dan menyesuaikan diri dengan perubahan ini.

Antara pekerjaan-pekerjaan yang boleh diceburi ialah:

  1. Analitis Perniagaan
  2. ePerniagaan
  3. Pengurusan Sumber Manusia
  4. Pengurusan Logistik
  5. Pengurusan Rantaian Bekalan
  6. Pengurusan Jualan

5. Kejuruteraan (Engineering)

Kejuruteraan ialah program yang merangkumi kajian mengaplikasikan prinsip saintifik, matematik dan teknologi untuk mereka bentuk dan mencipta sesuatu – sama ada bangunan, mesin atau program komputer. Pelajar akan mempelajari cara menghasilkan penyelesaian kepada masalah, menjadikan sesuatu berfungsi dengan lebih baik dan menggunakan teknologi dengan bijak. Kepentingan jurusan ini telah meningkat selari dengan kepesatan kemajuan teknologi. Kepakaran para jurutera penting untuk menangani isu masyarakat yang kompleks.

Antara pekerjaan-pekerjaan yang boleh diceburi ialah:

  1. Jurutera Elektrik
  2. Jurutera Awam
  3. Jurutera Aeronautik
  4. Jurutera Mekanikal
  5. Jurutera Kimia
  6. Jurutera Alam Sekitar
  7. Saintis Makmal Perubatan
  8. Jurutera Perisian
  9. Jurutera Nuklear

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial