GET PANDAI APP NOW

Articles

Badan Sihat Otak Cerdas: 5 Kelebihan Bersenam!

Mesti semua dah sedia maklum yang bersenam tu bukan sekadar nak turunkan berat badan atau jadi khas untuk atlit sahaja. Zaman sekarang ni bersenam bukan satu perkara yang asing dah untuk kita buat sebagai aktiviti harian. Tapi masih ada juga yang tak nampak kepentingan senaman dalam hidup kita ni. Ada banyak manfaat yang bukan saja baik untuk kesihatan fizikal, tapi juga boleh buat hidup kita lebih seronok dan cerdaskan mental. Jom kita lihat 5 kelebihan bersenam!

1. Tubuh Badan Lebih Sihat

Bersenam membantu kita kekalkan berat badan yang sihat. Bila kita bersenam, otot-otot kita akan jadi lebih kuat dan fleksibel. Kita pun jadi lebih bertenaga dan kurang letih. Kalau korang selalu bersenam, risiko untuk sakit jantung dan kencing manis pun boleh kurang. Contohnya, senaman simple macam aktiviti cardio pun sudah cukup untuk kita amalkan 2-3 kali seminggu. Jadi, jangan malas-malas ya, berjogging atau berbasikal dengan kawan-kawan!

2. Stabilkan Mood dan Kurangkan Stres

Dalam dunia yang sentiasa sibuk, kita mudah rasa stres dengan kerja sekolah dan pelbagai aktiviti harian, lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar. Jadual dari pagi hingga ke malam penuh dengan aktivit yang memakan tenaga fizikal dan mental. Tapi, bersenam boleh jadi cara yang terbaik untuk kurangkan stres tersebut. Macam release tention lah. Bila kita bersenam, badan kita keluarkan hormon endorfin yang buat kita rasa gembira dan rileks. Jadi, kalau korang ada ujian yang penting atau banyak tugasan yang kena siapkan, cubalah masukkan senaman dalam aktiviti harian. Mesti rasa lebih baik!

3. Lebih Fokus di Sekolah

Kelebihan bersenam yang lain ialah ia boleh buat kita lebih fokus di sekolah. Bila kita bersenam, otak kita dapat lebih oksigen dan darah. Ini membantu kita jadi lebih tumpuan dan berfikiran jernih. Jadi, kalau nak jadi pelajar cemerlang, kita boleh jadikan bersenam sebagai sebahagian daripada rutin harian kita.

4. Tingkatkan Kemahiran Sosial

Bersenam bukan sahaja baik untuk tubuh badan, tapi juga boleh buat kita kenal kawan-kawan baru. Kita boleh sertai kelab sukan atau pasukan bola sepak di sekolah. Dalam proses tu, kita boleh jumpa ramai kawan yang berkongsi minat yang sama. Bersenam dalam kumpulan juga buat aktiviti tu lebih seronok!

5. Tingkatkan Disiplin Diri

Bersenam juga boleh ajar kita tentang disiplin. Bila kita ada jadual tetap untuk bersenam, kita belajar tentang tanggungjawab dan kecekalan. Ini adalah kemahiran yang berguna tak hanya dalam sukan, tapi juga dalam kehidupan seharian kita.

Jom Bersenam!

Mulakan hari dengan bersenam dan sertailah aktiviti sukan di sekolah. Ingat, bersenam bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, tapi juga emosi dan mental kita. Jadi, mari kita kekalkan kebiasaan sihat ni dan jadi generasi Malaysia yang lebih cergas, gembira, dan pintar!


Log in or Sign Up at www.pandai.org | Download Pandai App now via Google Play or App Store
Follow us on our Social Media Now for more updates! 
Facebook | Twitter | Tiktok | Instagram
#SenangJeNakPandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!