GET PANDAI APP NOW

Pandai

BIMBING ANAK CEMERLANG AKADEMIK: RAHSIA KEJAYAAN ANAK-ANAK CEMERLANG BERSAMA DR. SHUKRI ABDULLAH

Setiap ibu bapa sudah tentu mengimpikan kecemerlangan anak-anak mereka, namun realitinya, kejayaan ini bukan datang dari bakat semata-mata. Kunci kepada kecemerlangan anak-anak bermula di rumah. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan bagi membimbing anak-anak. Modul B.A.C.A (Bimbing Anak Cemerlang Akademik) yang dibawakan khas oleh Dr. Shukri Abdullah mampu memberikan bimbingan kepada ibu bapa untuk mengembangkan potensi anak-anak serta membantu mereka cemerlang dalam akademik!

Adakah kejayaan akademik hanya milik segelintir pelajar sahaja? Bagaimana pula dengan anak-anak anda?

Modul B.A.C.A mengandungi panduan lengkap khas untuk ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam akademik. Modul ini dibawakan khas oleh Dr. Shukri Abdullah – Motivator berpengalaman lebih 33 tahun bukan sahaja di Malaysia bahkan juga meliputi Brunei, dan Singapura. Modul ini menggabungkan pelbagai sumber rujukan termasuklah hasil temu bual 12 ‘Top Parents‘ Malaysia.

Pelajar cemerlang ialah Pelajar Biasa yang berusaha secara luar biasa !!


Kenali Motivator Anda

Temui Dr.Shukri Abdullah, motivator berpengalaman dalam bidang pendidikan serta memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang akademik! Memulakan kerjaya di Universiti Sains Malaysia (USM), beliau pernah memegang jawatan sebagai Profesor Madya dan Timbalan Dekan. Sejak tahun 1992, Dr. Shukri telah menganjurkan banyak seminar Strategi dan Kemahiran Belajar bukan sahaja di Malaysia malahan juga di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan pengarang bagi 9 buah buku motivasi antaranya “Melekat Pada Gajet” dan “Genius Guna Gajet”


Mengapa perlu sertai kelas ini?

  • Panduan Komprehensif Berdasarkan Pengalaman Luas
    Modul B.A.C.A dibina berdasarkan pengalaman lebih 33 tahun Dr. Shukri Abdullah dalam bidang pendidikan dan motivasi termasuklah inisiatifnya menemu bual 12 ‘Top Parents‘ Malaysia.
  • Membekalkan panduan Membangunkan Potensi Anak
    Memberi bimbingan kepada ibu bapa cara mengenal pasti dan mengembangkan potensi anak-anak
  • Mengurus Penggunaan Gajet dengan Bijak
    Modul ini turut memberikan panduan khusus berkaitan strategi membantu anak menggunakan gajet secara bijak.

Bagaimana untuk sertai kelas ini?

  • Muat Turun Aplikasi Pandai dan Log Masuk
  • Pastikan aplikasi Pandai telah dimuat turun di peranti anda. Jika belum, anda boleh memuat turun melalui App Store atau Google Play. Pandai juga boleh diakses di web browser anda. Daftar sekarang di Pandai untuk mendapatkan akses kepada modul terbaru ini.
  • Modul ini tersedia di dalam aplikasi Pandai. Mulakan carian modul ini pada bahagian menu ‘Kelas’ yang bertajuk Bimbing Anak Cemerlang Akademik (B.A.C.A) 
  • Lakukan pembayaran untuk mengakses kesemua 11 modul 
  • Ikuti Setiap video beserta kuiz dan dapatkan sijil anda

Klik link di bawah dan daftar untuk sertai kelas!


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial