Pandai School Tour Kulai berlangsung dari 21 hingga 25 September 2026. Selama lima hari, program ini menyentuh 30 buah sekolah di sekitar daerah Kulai, Johor. Setiap hari, dua sesi dijalankan iaitu pada waktu pagi dan tengah hari. Hasilnya, Aplikasi Pandai dapat dibawa lebih dekat kepada murid, guru dan ibu bapa. Selain itu, tour ini turut membuka ruang pembelajaran digital yang lebih meluas di daerah ini.
Lima Hari, Dua Sesi Sehari Merentasi Daerah Kulai
Sepanjang program, pasukan Pandai bergerak dari satu sekolah ke satu sekolah. Jadualnya padat, dengan dua sesi setiap hari. Oleh itu, lebih banyak sekolah dapat dirangkul dalam masa seminggu. Walaupun begitu, kualiti setiap sesi tetap dijaga.
Fokus utama Pandai School Tour ialah memberi taklimat dan pendedahan langsung tentang Aplikasi Pandai kepada murid. Menerusi sesi ini, murid belajar cara aplikasi memudahkan pembelajaran kendiri. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan cara belajar yang lebih seronok menggunakan teknologi. Dengan itu, kaedah pembelajaran abad ke-21 dapat diperkenalkan secara praktikal.
Lebih daripada Sekadar Taklimat Aplikasi
Setiap sesi bukan sekadar memperkenalkan aplikasi. Para speaker turut memberi inspirasi kepada murid untuk mensasarkan keputusan cemerlang, di samping menggalakkan peningkatan keaktifan DELIMa di sekolah masing-masing.
Kejayaan setiap sesi digerakkan oleh barisan speaker Pandai yang komited. Mereka ialah Luqman, Nafees, Affiq, Faizikri dan Nasrullah. Sepanjang tour, mereka bergilir-gilir turun ke sekolah untuk bersama murid.
12,677 Murid dan 10,203 Ibu Bapa Dicapai
Impak Pandai School Tour Kulai terserlah menerusi jumlah capaiannya. Sepanjang program, seramai 12,677 murid terlibat secara langsung dengan sesi yang dijalankan, manakala 10,203 ibu bapa turut dicapai menerusi program ini.
Angka ini menunjukkan bahawa gerak kerja tidak terhenti di dalam dewan sekolah sahaja, sebaliknya turut menjangkau ke rumah, memberi ibu bapa gambaran tentang cara mereka boleh menyokong pembelajaran anak menerusi Pandai.
Sekolah dengan Capaian Tertinggi
Beberapa buah sekolah mencatatkan peratusan capaian (percentage reached) yang paling tinggi sepanjang tour, mencerminkan sambutan dan penglibatan yang sangat menggalakkan daripada warga sekolah. Antara sekolah yang menyerlah ialah:
- SK Bandar Tenggara 2
- SM Agama Bandar Tenggara
- SMK Kelapa Sawit
SK Sri Pulai Perdana Rangkul Tempat Pertama Malaysia
Kemuncak kejayaan Pandai School Tour Kulai datang daripada SK Sri Pulai Perdana, yang muncul di kedudukan pertama seluruh Malaysia pada carta kedudukan sekolah (school leaderboard) bagi bulan Oktober. Sekolah ini mencatatkan 77,304 mata, mengatasi semua sekolah lain di seluruh negara.
Pencapaian ini bukan satu kebetulan. Ia membuktikan bahawa semangat dan kesedaran yang disemai sepanjang tour benar-benar diterjemahkan kepada keaktifan murid di dalam aplikasi, satu petanda bahawa pendekatan turun ke sekolah memberi kesan yang nyata.

8 Sekolah Kulai Dominasi Ranking Teratas Johor
Kecemerlangan daerah Kulai tidak terhenti di situ. Pada carta kedudukan peringkat negeri pula, sebanyak 8 daripada 10 sekolah teratas di Johor bagi bulan Oktober merupakan sekolah dari daerah Kulai. Ini adalah satu dominasi yang jarang dilihat.

SK Sri Pulai Perdana sekali lagi mendahului carta Johor, diikuti barisan sekolah Kulai yang lain seperti SK Bandar Putra Kulai, SK Taman Pulai Emas, SK Bandar Tenggara 2, SK Kulai dan SK Putra Utama. Deretan nama ini menggambarkan betapa seluruh daerah bergerak serentak ke arah pembelajaran digital.
Apa Kata Guru tentang Tour Ini
Sambutan hangat turut datang daripada pihak sekolah yang menerima kunjungan pasukan Pandai. Berikut sebahagian maklum balas yang dikongsikan:
“Terima kasih kepada team Pandai Apps, khususnya Encik Affiq, kerana sudi hadir ke SK Putra Utama dan berkongsi tentang aplikasi Pandai bersama murid-murid kami. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadikan pembelajaran lebih mudah, menarik dan menyeronokkan.”
— Guru SK Putra Utama
“Pihak sekolah amat menghargai kesudian Encik Faizikri dan Team Pandai meluangkan masa untuk bersama-sama murid dan guru. Semoga perkongsian ini nanti dapat memberikan inspirasi, pengalaman baharu serta manfaat yang bermakna kepada anak-anak SKIP2.”
— GPK Pentadbiran, SK Taman Indahpura 2




Terima Kasih buat Semua Rakan Daerah Kulai
Kejayaan Pandai School Tour Kulai ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada SSTP Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai. Pandai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama erat yang diberikan sepanjang program.
Penghargaan khas turut ditujukan kepada Puan Afifah binti Arifin, Penolong Pegawai Pendidikan Sumber dan Teknologi Pendidikan (KPP SSTP Kulai), serta Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, barisan pegawai dan penolong PPD Kulai, para Pengetua dan Guru Besar, PIC School Tour, Admin DELIMa, dan semua sekolah di daerah Kulai yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memartabatkan pendidikan digital.
Pandai School Tour Kulai Belum Berakhir

Dengan sambutan yang begitu menggalakkan di Kulai, Pandai School Tour membuktikan bahawa pendidikan digital mampu diterima baik apabila dibawa terus ke depan murid dan guru. Daerah Kulai kini menjadi antara contoh terbaik bagaimana sebuah daerah boleh bangkit serentak menerusi pembelajaran digital.
Nantikan destinasi Pandai School Tour yang seterusnya, perjalanan memperkasa pendidikan digital masih jauh dan baru sahaja bermula!
Senang je nak apa? Senang je nak Pandai!

