Cuti sekolah datang lagi! Dan kali ni, jom isi dengan sesuatu yang lebih kreatif, interaktif dan menyeronokkan! 🎪✨
Program Cuti Sekolah: Karnival Kreatif kembali membawa pelajar meneroka pelbagai pengalaman menarik. Daripada mengenali Bahasa Korea dan Mandarin, mencipta laman web menggunakan Canva, hinggalah menghasilkan kuih-muih tradisional Melayu, semuanya dalam satu karnival!
Pembelajaran kali ni bukan sekadar teori. Sebaliknya, ia dipenuhi aktiviti interaktif, permainan, demonstrasi dan pengalaman hands-on yang membantu pelajar mencetuskan kreativiti, membina keyakinan dan belajar kemahiran baharu. Dan yang paling best? Semua ni PERCUMA je!
Butiran Program Cuti Sekolah Karnival Kreatif



Ini semua yang anda perlu tahu:
📅 Tarikh: 2 – 3 September 2026 (Rabu – Khamis)
⏰ Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari & 2:00 petang – 4:00 petang
👥 Peserta: Terbuka kepada semua pelajar (Tahun 1 hingga Tingkatan 5)
💻 Tempat: Online, dalam aplikasi Pandai
💰 Yuran: Percuma!
👉 Daftar: my.pandai.org
Jadual Program
Hari 1 — 2 September 2026 (Rabu)
| Masa | Program | Tutor | Aktiviti | Bahan Diperlukan |
|---|---|---|---|---|
| 10AM–12PM | Annyeong, Korea! 2.0 | Teacher Nadia & Cikgu Alya | Belajar asas Hangeul & sebutan Korea, dan cuba tulis nama sendiri dalam Hangeul. | Tiada bahan khas. |
| 2PM–4PM | Mandarin Marvels 2.0 | Sir Shah & Teacher Atiqah | Belajar sebutan & kosa kata Mandarin melalui topik harian: keluarga, warna & barang sekolah. | Tiada bahan khas. |
Hari 2 — 3 September 2026 (Khamis)
| Masa | Program | Tutor | Aktiviti | Bahan Diperlukan |
|---|---|---|---|---|
| 10AM–12PM | Canva Storytellers | Miss Belle & Teacher Anis | Hasilkan laman web ringkas berbentuk blog menggunakan Canva. | Akaun Canva; gambar peribadi atau gambar pilihan; kertas & alat tulis. |
| 2PM–4PM | Chef Cilik | Teacher Zahida | Kenali kuih tradisional Melayu & saksikan demo Buah Melaka, Kuih Cara Manis & Roti Jala. Boleh masak sama dari rumah! | Tepung gandum, tepung pulut, telur, daun pandan, gula melaka/gula nisan, santan, minyak masak, garam, gula, pewarna kuning & hijau, air, kuali non-stick, pengisar makanan, acuan kuih cara & roti jala, serta dapur & alatan memasak yang sesuai. |
4 Program Menarik Yang Menanti
🇰🇷 Annyeong, Korea! 2.0
Bersama Teacher Nadia & Cikgu Alya · 2 September, 10:00 pagi
Jom terbang ke Korea! Pelajar akan mengimbas kembali asas Hangeul, mengenali huruf konsonan dan vokal, serta belajar sebutan asas. Lebih menarik, mereka akan mencuba menulis nama sendiri dalam Hangeul dan mempelajari ungkapan Bahasa Korea yang mudah digunakan setiap hari. Annyeong! 🌸
🐉 Mandarin Marvels 2.0
Bersama Sir Shah & Teacher Atiqah · 2 September, 2:00 petang
Terokai keajaiban Bahasa Mandarin dalam sesi yang santai dan fun! Pelajar akan belajar sebutan dan kosa kata Mandarin melalui topik dekat dengan kehidupan harian — seperti ahli keluarga, barangan sekolah dan warna kegemaran. Selain itu, mereka berpeluang berinteraksi dan membina keyakinan menggunakan perkataan Mandarin. Bestnya!
💻 Canva Storytellers
Bersama Miss Belle & Teacher Anis · 3 September, 10:00 pagi
Turn your story into a website! Dalam sesi interaktif dua jam ni, pelajar akan dibimbing menghasilkan laman web ringkas berbentuk blog menggunakan Canva. Mereka akan menggabungkan kemahiran menulis dengan teknik menyusun gambar, teks, warna dan elemen hiasan — untuk berkongsi cerita peribadi atau topik kegemaran secara kreatif. 🎨
🍳 Chef Cilik
Bersama Teacher Zahida · 3 September, 2:00 petang
Jom masuk dapur! Chef Cilik mengajak anak-anak meneroka dunia masakan dan kuih-muih tradisional Melayu. Bermula dengan kuiz interaktif mengenali makanan tradisional, kemudian saksikan demonstrasi resepi Buah Melaka, Kuih Cara Manis dan Roti Jala. Lebih seronok lagi, pelajar boleh memasak bersama secara langsung dari rumah — dengan pantauan ibu bapa, ya! 🥥
Cara Sertai Program Cuti Sekolah Percuma Ni
Nak join? Senang je. Program cuti sekolah percuma ni terbuka kepada semua pelajar seluruh Malaysia, dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Pelajar cuma perlu ada akaun Pandai.
- Pengguna baharu: Daftar akaun percuma di my.pandai.org.
- Pengguna sedia ada: Log masuk sahaja, kemudian pilih sesi pilihan anda.

Soalan Lazim
Adakah pelajar akan dapat badges, coins atau sijil?
☑️ Badges eksklusif bagi setiap program akan diberikan kepada pelajar selepas tamat sesi. Namun, tiada coins atau sijil disediakan.
Boleh dapatkan slide atau nota untuk setiap program?
☑️ Boleh. Tutor akan muat naik nota di bahagian ‘class lesson’ sebelum program bermula.
Ada kelas rakaman disediakan?
☑️ Maaf, program ni istimewa untuk sesi live sahaja. Tiada rakaman disediakan, jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai secara langsung!
Jom Cipta, Teroka & Berkarya!
Jangan biarkan cuti sekolah berlalu begitu sahaja. Sertai Program Cuti Sekolah: Karnival Kreatif, dan biarkan anak-anak belajar sesuatu yang baharu, cetuskan kreativiti dan bina keyakinan — sambil berseronok!
Program ni dianjurkan oleh Pandai Live Tuition, dan ia percuma sepenuhnya. Jadi, tunggu apa lagi?
💸 Percuma je! Daftar Pandai sekarang di my.pandai.org.
Jom cipta, teroka dan berkarya! 🎪✨

